Categories
Auto news

Mitos Push Start Button – Kena Tekan Sekali Atau Tiga Kali?

Bagi pemilik kereta yang hadir dengan fungsi butang Push Start untuk menghidupkan enjin, bagaimanakah cara yang betul untuk menghidupkan enjin? Tekan sekali sahaja atau tekan 3 kali?

Masih ingatkah anda tentang isu butang Push Start yang pernah tular beberapa tahun lalu? Meskipun sudah dibongkarkan beberapa kali sebelum ini, namun masih ada yang was-was dengan cara penggunaan butang Push Start ini. 

Tekan Butang Push Start 3 Kali

Sebelum ini, pernah tular bahawa cara yang betul untuk menghidupkan enjin menggunakan butang Push Start adalah dengan menekan sebanyak 3 kali seperti berikut:

Tekan butang Push Start tanpa menekan brek untuk membuka kunci stereng

Tekan butang Push Start sekali lagi bagi menghidupkan aksesori elektronik di dalam kereta
Pijak brek dan tekan butang Push Start sekali lagi untuk menghidupkan enjin

Khabarnya, cara diatas adalah cara paling selamat untuk menghidupkan enjin kereta di samping memanjangkan jangka hayat kereta. Persoalannya, adakah cara ini merupakan cara yang terbaik atau hanya mitos semata-mata?

Betul Atau Mitos?

Meskipun cara itu mungkin kelihatan seperti logik dan boleh dipercayai, namun belum ada bukti kukuh yang menunjukkan sistem komputer kereta boleh mengalami kerosakan jika enjin kereta dihidupkan dengan menekan butang Push Start dan brek secara serentak selama 1 kali sahaja.

Ini kerana teknologi kereta zaman sekarang bukanlah seperti kereta zaman dahulu. Tiada istilah sistem kereta terkejut atau tidak bersedia kerana kotak komputer enjin untuk kereta zaman sekarang berfungsi dengan amat pantas. 

Enjin kereta terkini juga telah direka dengan pelbagai tetapan keselamatan yang bertindak menjaga enjin dengan optimum. Malah dengan teknologi zaman sekarang, pengguna tidak perlu lagi menunggu lampu ‘check engine’ terpadam sebelum menghidupkan enjin kereta.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa butang berkenaan juga ada jangka hayatnya yang tersendiri dan boleh mengalami kehausan. Jika anda perlu menekan sebanyak 3 kali setiap kali ketika ingin menghidupkan enjin, ia sudah tentu memendekkan jangka hayat butang terbabit. 

Jika cara yang diajar pada buku panduan pemilik kereta ini boleh mendatangkan masalah kepada kereta, takkanlah pengeluar tak beri amaran awal serta cara menghidupkan enjin yang lebih spesifik kepada pengguna?

Yang paling penting, kembalilah pada kitab yang paling berguna kepada seseorang pemilik kereta iaitu buku panduan pengguna. Kalau buku itu dah nyatakan hanya perlu tekan sekali sahaja, ikut sahaja cara tersebut.

Ingatlah, teknologi itu memudahkan, bukan merumitkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language