Categories
Auto news

Mitsubishi Xpander Cross Facelift 2022 – Nampak Menarik

Mitsubishi Xpander Cross facelift 2022 telah didedahkan ketika Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2022 dan rupanya… nampak menarik.

Selepas model facelift untuk Xpander biasa diperkenalkan pada hujung tahun lalu, sekarang adalah giliran Xpander Cross pula muncul dalam versi facelift yang melibatkan banyak peningkatan.

*Kredit foto: Mobil123

Exterior

Bahagian luarannya masih lagi mempunyai rupa Xpander, namun tampak lebih agresif dan garang.

Perbezaan yang membuatkan model ini kelihatan lebih berlemak dapat dilihat pada:

Rekaan gril Dynamic Shield berbentuk Trapezoid baharu di hadapan
Rekaan lampu T-Shape di hadapan
Rekaan bampar hadapan dan belakang
Wheel arc moulding yang lebih ketara
Rekaan Lampu LED tirus lebih panjang
Lebih lebar sebanyak 40 mm
Rekaan rim  17-inci baharu

*Kredit foto: Autonetmagz

Enjin Dan Prestasi

Enjin Xpander Cross facelift ini masih sama dengan Xpander facelift biasa, iaitu enjin 4A91 1.5 liter empat-silinder MIVEC menghasilkan 105 PS dan 141 Nm tork dan dipadankan dengan pilihan tranmisi:

Manual 5-kelajuan
CVT automatik

*Kredit foto: Mobil123

Interior

Bahagian dalamannya turut menerima kemasan baharu seiring dengan kemasan yang diterima pada Xpander facelift, bezanya cuma pada warna. Versi Cross ini menerima gabungan warna Navy Blue dan Silver dan sterengnya sama seperti Triton.

Selain itu, Xpander Cross ini hadir dengan:

Skrin infotainment bersaiz 9-inci
Kawalan penyaman udara digital
Brek parkir elektronik dengan Auto Hold (bagi varian automatik)
Pengecas tanpa wayar Qi
Meter separa digital

Ciri Keselamatan Dan Bantuan Pemanduan

Untuk sistem keselamatan, Xpander Cross datang dengan:

2-beg udara
Kawalan Kestabilan Aktif
Bantuan Mula Mendaki
ABS dengan EBD dan BA
Active Yaw Control
Kamera undur pelbagai sudut
Brek cakera (hadapan)
Brek drum (belakang)

*Kredit foto: Mobil123

Harga

Di Indonesia, hanya ada dua varian yang ditawarkan:

Xpander Cross MT Rp309,95 juta (RM93,437)
Xpander Cross CVT Premium Package Rp335,75 juta (RM101.215)

Sekiranya Xpander Cross yang lebih ganas ini memasuki pasaran Malaysia, agak-agak berapa tanda harga yang sesuai bagi model ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language