August 17, 2022
Kawasaki kembali ke pasaran Malaysia di bawah Modenas secara rasminya setelah melancarkan 3 model iaitu Ninja 250, Ninja 250 ABS serta Z250 ABS. Berikutan peningkatan pemilikan saham Kawasaki Motors Ltd (KMC) dalam Modenas, semua model motosikal Kawasaki 650cc ke bawah akan dijenamakan semula dibawah Modenas. Harga yang ditawarkan bagi setiap model: Modenas Ninja 250: RM18,900 Modenas Ninja 250 ABS: RM20,500 Modenas Z250 ABS: RM19,500 Modenas Ninja 250 Ninja 250 yang dilancarkan ini merupakan model sama yang dilancarkan oleh Kawasaki Motors pada 2018. Bezanya, Ninja 250 di bawah Modenas ini dipasang di Malaysia dan harganya sedikit murah berbanding RM23,071 ketika dilancarkan 4 tahun lalu. Modenas Ninja 250 ABS Merujuk kepada namanya, Ninja 250 ABS ini hadir dengan ciri ABS yang tersedia melalui cakera 286 mm di hadapan dan 193 mm di belakang. Itu sahaja perbezaan antara Ninja 250 dengan Ninja 250 ABS. Motor ini  mencatat berat sebanyak 167 kg. Modenas Z250 ABS Z250 pula berkongsi asas yang sama dengan Ninja 250, bezanya, Ninja 250 merupakan versi motosikal sport manakala Z250 merupakan versi naked. Perbezaan dapat dilihat pada panel badan, lampu serta meternya. Berat Z250 dan Ninja 250 adalah sama pada 165 kg. Enjin Dan Suspensi Ketiga-tiga model ini menggunakan enjin 2 silinder DOHC 249cc yang menghasilkan 37 hp dan 23 Nm tork dan dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan dengan klac jenis assist & slipper. Untuk bahagian suspensi, ketiga-tiga motosikal ini menggunakan fork teleskopik di hadapan dan monoshock di belakang. Semua model ini hadir dengan rim bersaiz 17 inci bersama tayar bersaiz 110/70 di hadapan dan 140/70 di belakang. Kelengkapan Lain Lampu hadapan LED Lampu belakang LED Tangki bahan api 14 liter Tinggi tempat duduk 795 mm Warna Ninja 250: Metallic Carbon Grey dan Metallic Matte Graphite Ninja 250 ABS: Metallic Matte Graphite Grey Z250 ABS: Metallic Spark Black dan Candy Cardinal Red Ketiga-tiga model motosikal ini akan berada di semua wakil pengedar sah Kawasaki mulai 1 Ogos 2022.

Kawasaki kembali ke pasaran Malaysia di bawah Modenas secara rasminya setelah melancarkan 3 model iaitu Ninja 250, Ninja 250 ABS serta Z250 ABS.

Berikutan peningkatan pemilikan saham Kawasaki Motors Ltd (KMC) dalam Modenas, semua model motosikal Kawasaki 650cc ke bawah akan dijenamakan semula dibawah Modenas.

Harga yang ditawarkan bagi setiap model:

Modenas Ninja 250: RM18,900
Modenas Ninja 250 ABS: RM20,500
Modenas Z250 ABS: RM19,500

Modenas Ninja 250

Ninja 250 yang dilancarkan ini merupakan model sama yang dilancarkan oleh Kawasaki Motors pada 2018. Bezanya, Ninja 250 di bawah Modenas ini dipasang di Malaysia dan harganya sedikit murah berbanding RM23,071 ketika dilancarkan 4 tahun lalu.

Modenas Ninja 250 ABS

Merujuk kepada namanya, Ninja 250 ABS ini hadir dengan ciri ABS yang tersedia melalui cakera 286 mm di hadapan dan 193 mm di belakang. Itu sahaja perbezaan antara Ninja 250 dengan Ninja 250 ABS. Motor ini  mencatat berat sebanyak 167 kg.

Modenas Z250 ABS

Z250 pula berkongsi asas yang sama dengan Ninja 250, bezanya, Ninja 250 merupakan versi motosikal sport manakala Z250 merupakan versi naked. Perbezaan dapat dilihat pada panel badan, lampu serta meternya. Berat Z250 dan Ninja 250 adalah sama pada 165 kg.

Enjin Dan Suspensi

Ketiga-tiga model ini menggunakan enjin 2 silinder DOHC 249cc yang menghasilkan 37 hp dan 23 Nm tork dan dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan dengan klac jenis assist & slipper.

Untuk bahagian suspensi, ketiga-tiga motosikal ini menggunakan fork teleskopik di hadapan dan monoshock di belakang. Semua model ini hadir dengan rim bersaiz 17 inci bersama tayar bersaiz 110/70 di hadapan dan 140/70 di belakang.

Kelengkapan Lain

Lampu hadapan LED
Lampu belakang LED
Tangki bahan api 14 liter
Tinggi tempat duduk 795 mm

Warna

Ninja 250: Metallic Carbon Grey dan Metallic Matte Graphite

Ninja 250 ABS: Metallic Matte Graphite Grey

Z250 ABS: Metallic Spark Black dan Candy Cardinal Red

Ketiga-tiga model motosikal ini akan berada di semua wakil pengedar sah Kawasaki mulai 1 Ogos 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language