November 28, 2022
“Golongan kayangan atau kumpulan T20 lebih banyak menikmati subsidi yang diperuntukkan oleh kerajaan berbanding B40,” kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Perkara ini berlaku kerana subsidi yang disalurkan kerajaan bersifat menyeluruh dan memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Subsidi Petrol Dinikmati T20 Zafrul berkata, antara manfaat yang dinikmati golongan T20 ketika ini termasuklah sebahagian besar subsidi petroleum yang berjumlah RM4 bilion setakat Mac tahun ini. “Setiap RM1 subsidi bahan api, RM0.53 pergi kepada golongan T20 manakala hanya RM0.15 dimanfaatkan oleh golongan B40,” jelas Zafrul. Menurut beliau, subsidi tahun ini dijangka melebihi RM30 bilion dan lebih RM15 bilion daripada itu adalah subsidi kepada T20. Kerajaan Kaji Semula Mekanisme Pemberian Subsidi Untuk memastikan pemberian subsidi lebih bersasar dan menumpukan kepada golongan rentan, kerajaan sedang mengkaji semula mekanisme pemberian subsidi: Subsidi Petrol Subsidi Elektrik Zafrul berkata langkah itu bagi mengurangkan ketirisan dan memastikan sumber negara ditumpukan untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan. Pada Februari 2021, subsidi produk petroleum yang ditanggung oleh kerajaan hanya RM200 juta. Namun, menjelang Januari 2022, ianya adalah RM2 bilion dan pada Mac pula sudah lebih RM4 bilion. "Manakala untuk subsidi elektrik pada separuh tahun pertama 2022, kerajaan mengekalkan tarif elektrik untuk semua kediaman iaitu besar dan kecil dengan kos subsidi lebih kurang RM700 juta. "Kerajaan sedang kaji cara penyelarasan, di mana kita telah buat sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan bawa kepada Kabinet dalam masa terdekat. Yang penting data yang ada dan juga cara kita nak guna platform apa untuk pastikan golongan kita sasarkan dapat bantuan kerajaan," tambah beliau. Kerajaan Terus Kawal Kenaikan Harga Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan turut menyalurkan bantuan lain termasuk Keluarga Malaysia berjumlah RM8 bilion dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup. Katanya, setakat ini, kerajaan masih mengekal harga minyak bagi RON95 pada harga sekitar RM2.05 berbanding kos sebenar yang melebihi RM4 selain menanggung sebanyak RM700 juta subsidi ayam dan telur bagi tempoh Februari hingga Mei 2022. Kerajaan akan terus mengawal kenaikan harga demi membantu rakyat dan juga menyokong momentum pemulihan ekonomi kita, jelasnya lagi.  "Dengan dasar subsidi ini, kadar inflasi agak rendah dan diunjurkan antara 2.2 peratus hingga 3.2 peratus. "Kalau kita nak bandingkan kadar inflasi Malaysia dengan kadar inflasi di negara-negara lain, terutamanya apa yang diunjurkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), IMF mengunjurkan kadar inflasi bagi negara maju adalah 5.7 peratus dan bagi negara membangun ialah 8.7 peratus. "Kadar inflasi Mac 2022 bagi Malaysia hanyalah 2.2 peratus," jelasnya.

“Golongan kayangan atau kumpulan T20 lebih banyak menikmati subsidi yang diperuntukkan oleh kerajaan berbanding B40,” kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Perkara ini berlaku kerana subsidi yang disalurkan kerajaan bersifat menyeluruh dan memanfaatkan semua lapisan masyarakat.

Subsidi Petrol Dinikmati T20

Zafrul berkata, antara manfaat yang dinikmati golongan T20 ketika ini termasuklah sebahagian besar subsidi petroleum yang berjumlah RM4 bilion setakat Mac tahun ini.

“Setiap RM1 subsidi bahan api, RM0.53 pergi kepada golongan T20 manakala hanya RM0.15 dimanfaatkan oleh golongan B40,” jelas Zafrul.

Menurut beliau, subsidi tahun ini dijangka melebihi RM30 bilion dan lebih RM15 bilion daripada itu adalah subsidi kepada T20.

Kerajaan Kaji Semula Mekanisme Pemberian Subsidi

Untuk memastikan pemberian subsidi lebih bersasar dan menumpukan kepada golongan rentan, kerajaan sedang mengkaji semula mekanisme pemberian subsidi:

Subsidi Petrol
Subsidi Elektrik

Zafrul berkata langkah itu bagi mengurangkan ketirisan dan memastikan sumber negara ditumpukan untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

Pada Februari 2021, subsidi produk petroleum yang ditanggung oleh kerajaan hanya RM200 juta. Namun, menjelang Januari 2022, ianya adalah RM2 bilion dan pada Mac pula sudah lebih RM4 bilion.

“Manakala untuk subsidi elektrik pada separuh tahun pertama 2022, kerajaan mengekalkan tarif elektrik untuk semua kediaman iaitu besar dan kecil dengan kos subsidi lebih kurang RM700 juta.

“Kerajaan sedang kaji cara penyelarasan, di mana kita telah buat sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan bawa kepada Kabinet dalam masa terdekat. Yang penting data yang ada dan juga cara kita nak guna platform apa untuk pastikan golongan kita sasarkan dapat bantuan kerajaan,” tambah beliau.

Kerajaan Terus Kawal Kenaikan Harga

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan turut menyalurkan bantuan lain termasuk Keluarga Malaysia berjumlah RM8 bilion dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup.

Katanya, setakat ini, kerajaan masih mengekal harga minyak bagi RON95 pada harga sekitar RM2.05 berbanding kos sebenar yang melebihi RM4 selain menanggung sebanyak RM700 juta subsidi ayam dan telur bagi tempoh Februari hingga Mei 2022.

Kerajaan akan terus mengawal kenaikan harga demi membantu rakyat dan juga menyokong momentum pemulihan ekonomi kita, jelasnya lagi. 

“Dengan dasar subsidi ini, kadar inflasi agak rendah dan diunjurkan antara 2.2 peratus hingga 3.2 peratus.

“Kalau kita nak bandingkan kadar inflasi Malaysia dengan kadar inflasi di negara-negara lain, terutamanya apa yang diunjurkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), IMF mengunjurkan kadar inflasi bagi negara maju adalah 5.7 peratus dan bagi negara membangun ialah 8.7 peratus.

“Kadar inflasi Mac 2022 bagi Malaysia hanyalah 2.2 peratus,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language