June 29, 2022
Kerajaan akan mewajibkan pemasangan sistem brek antikunci (ABS) bagi pengeluaran motosikal baharu bagi enjin 150cc ke atas. Walau bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, penambahan sistem keselamatan itu bagaimanapun akan dikuatkuasakan selepas kajian terperinci dilakukan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros). Miros Jalankan Kajian Terperinci Menurut Wee, kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) itu dijangka selesai dalam enam bulan, manakala pelaksanaan mewajibkan pemasangan sistem ABS dijadualkan dalam tempoh dua tahun dari tarikh tamat kajian tersebut. Tambahnya, tempoh masa yang sama juga akan digunakan untuk meminda peraturan sedia ada bagi mewajibkan pemasangan ABS. Walau bagaimanapun, Wee menegaskan keputusan ini bukanlah dibuat secara mendadak atau tergesa-gesa untuk memberi ruang kepada Miros untuk buat kajian, serta berbincang dengan: Wakil pengguna Pemegang taruh Pihak industri pembuat motosikal Kepentingan Sistem ABS Pada Motor Wee menjelaskan pemasangan ABS merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mengurangkan kes kemalangan maut, di mana 60 peratus daripadanya membabitkan penunggang motosikal. “Mengikut data, lebih 60 peratus daripada 6,000 kematian kemalangan jalan raya direkodkan melibatkan penunggang motosikal dan peratusan ini tidak pernah menurun sejak sedekad lalu. Sistem brek yang kurang efektif adalah salah satu faktor kemalangan ini berlaku dan kerana itulah kita mencari penyelesaian dengan kajian ABS kerana ia mempunyai teknologi anti gelincir,” ujarnya. Menurut Wee, faktor utama kemalangan motosikal di negara ini adalah terbabas sendiri atau gagal mengelak ketika menunggang, antaranya disebabkan oleh sistem brek yang kurang bagus. *Kredit infografik: Ropali Motorcycles Justeru, sistem ABS dengan teknologi anti-gelincir ini akan membantu untuk menghalang motosikal daripada tergelincir, terbabas dan gagal mengelak ketika menunggang, sekali gus menambah baik tahap keselamatan motosikal di Malaysia. Baginya, langkah ini mampu mengurangkan kemalangan dan kematian membabitkan pengguna motosikal sehingga 30 peratus.  *Kredit foto: Kosmo Wee berkata pelaksanaan cadangan mewajibkan sistem ABS itu akan dilakukan secara berfasa dan jika berkesan, ia akan diteruskan kepada motosikal berkapasiti enjin yang lebih rendah daripada 150cc.  

Kerajaan akan mewajibkan pemasangan sistem brek antikunci (ABS) bagi pengeluaran motosikal baharu bagi enjin 150cc ke atas.

Walau bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, penambahan sistem keselamatan itu bagaimanapun akan dikuatkuasakan selepas kajian terperinci dilakukan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros).

Miros Jalankan Kajian Terperinci

Menurut Wee, kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) itu dijangka selesai dalam enam bulan, manakala pelaksanaan mewajibkan pemasangan sistem ABS dijadualkan dalam tempoh dua tahun dari tarikh tamat kajian tersebut.

Tambahnya, tempoh masa yang sama juga akan digunakan untuk meminda peraturan sedia ada bagi mewajibkan pemasangan ABS.

Walau bagaimanapun, Wee menegaskan keputusan ini bukanlah dibuat secara mendadak atau tergesa-gesa untuk memberi ruang kepada Miros untuk buat kajian, serta berbincang dengan:

Wakil pengguna
Pemegang taruh
Pihak industri pembuat motosikal

Kepentingan Sistem ABS Pada Motor

Wee menjelaskan pemasangan ABS merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mengurangkan kes kemalangan maut, di mana 60 peratus daripadanya membabitkan penunggang motosikal.

“Mengikut data, lebih 60 peratus daripada 6,000 kematian kemalangan jalan raya direkodkan melibatkan penunggang motosikal dan peratusan ini tidak pernah menurun sejak sedekad lalu. Sistem brek yang kurang efektif adalah salah satu faktor kemalangan ini berlaku dan kerana itulah kita mencari penyelesaian dengan kajian ABS kerana ia mempunyai teknologi anti gelincir,” ujarnya.

Menurut Wee, faktor utama kemalangan motosikal di negara ini adalah terbabas sendiri atau gagal mengelak ketika menunggang, antaranya disebabkan oleh sistem brek yang kurang bagus.

*Kredit infografik: Ropali Motorcycles

Justeru, sistem ABS dengan teknologi anti-gelincir ini akan membantu untuk menghalang motosikal daripada tergelincir, terbabas dan gagal mengelak ketika menunggang, sekali gus menambah baik tahap keselamatan motosikal di Malaysia.

Baginya, langkah ini mampu mengurangkan kemalangan dan kematian membabitkan pengguna motosikal sehingga 30 peratus. 

*Kredit foto: Kosmo

Wee berkata pelaksanaan cadangan mewajibkan sistem ABS itu akan dilakukan secara berfasa dan jika berkesan, ia akan diteruskan kepada motosikal berkapasiti enjin yang lebih rendah daripada 150cc.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language