Categories
Auto news

Myvi Kena Clamp Di Petak Parkir Kosong – Pemilik Persoal Apa Salahnya

Sebuah Myvi telah dikunci tayarnya atau kena clamp setelah diletakkan di kawasan parkir kosong di pusat beli belah Berjaya Times Square di Kuala Lumpur.

Namun menurut pemiliknya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana parkir yang digunakannya merupakan parkir kosong yang tidak mempunyai tanda sebagai petak parkir khas yang disediakan kepada sesuatu pihak.

*Kredit video: Mia Saripah

Myvi Kena Clamp, Pemilik Keliru

Menerusi sebuah video berdurasi 41 saat yang dikongsikan oleh Mia Saripah di Facebook, pemilik di dalam video berkenaan keliru mengapa keretanya dikunci dan menerima notis bahawa beliau perlu membayar RM100 untuk membuka kunci tersebut.

Pemilik itu juga menjelaskan bahawa tiada sebarang tanda larangan atau notis yang menyatakan bahawa dilarang meletakkan kereta di kawasan parkir itu, jadi mengapa keretanya dikunci?

Bukan itu sahaja, pemilik tersebut turut menyatakan bahawa Myvi miliknya langsung tidak menghalang laluan untuk mana-mana kenderaan lain keluar daripada kawasan tersebut. Lebih mengelirukan, rakannya yang meletakkan kereta di hadapannya tidak dikunci dan boleh keluar daripada kawasan parkir itu tanpa sebarang masalah.

Video yang dikongsikan ini sedikit sebanyak telah menimbulkan pelbagai reaksi dan tanda tanya dalam kalangan pengguna media sosial. Agak-agaknya apa kesalahan yang dilakukan oleh pemilik tersebut?

Antara Sebab Mengapa Kereta Itu Dikunci

Apabila video tersebut dimuatnaik di media sosial, tentera bawang negara terus memberikan antara sebab-sebab mengapa Myvi itu dikunci. Ada yang mendakwa kereta itu dikunci kerana mungkin parkir itu disediakan khusus untuk kegunaan kedai cuci kereta yang berada di sebelah itu.

Selain itu, ada juga yang menyatakan bahawa parkir tersebut mungkin parkir khas kerana terdapat nombor di petak tersebut. Jika dilihat pada video, ada petak parkir lain di kawasan itu tidak mempunyai nombor yang mungkin menandakan bahawa pengunjung boleh meletakkan kenderaan di situ.

Namun ada juga yang berkongsi bahawa tayar kereta mereka pernah dikunci kerana mereka terlupa untuk mengunci pintu kereta dan pihak pengurusan telah mengunci tayarnya atas sebab keselamatan bagi mengelakkan kereta itu dicuri.

Apapun sebabnya, pemilik berkenaan telah digesa untuk pergi berjumpa pihak pengurusan pusat beli belah terbabit untuk mendapatkan jawapan sebenar mengapa Myvi itu dikunci di kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang fitnah.

Setakat ini masih tiada video baharu yang menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Para pengguna media sosial turut mendesak agar mereka memuat naik bahagian kedua video itu bersama pihak pengurusan untuk mengetahui apa sebenarnya kesalahan yang dilakukan sampai keretanya dikenakan clamp.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language