May 21, 2022
Bengang dengan laluan tol RFID yang tidak berfungsi, King Myvi merempuh palang tol - kalau anda berada di dalam situasi yang sama, apa pula tindakan anda?  Melalui sebuah video yang tular di media sosial, kita dapat melihat kelibat sebuah Perodua Myvi yang memandu secara berhemah ketika cuba melalui palang tol RFID di lebuh raya. Cubaan sebanyak empat kali itu tidak membuahkan hasil dan akhrinya pemandu Myvi itu merempuh palang tol dan meneruskan perjalanannya.  King Myvi 1-0 RFID *Kredit video KawKaw Channel dan Adrian Tan Tindakan pemandu Myvi itu jelas mengejutkan pemandu di belakangnya tetapi jika anda berada di situasi pemandu Myvi itu, apa agaknya tindakan anda?  Masalah RFID di Malaysia Aplilkasi dan transaksi tol RFID di Malaysia sejak dimulakan masih lagi dibelenggu pelbagai masalah dan menjadi keluhan ramai pengguna, lagi-lagi setelah Hari Raya Aidilfitri 2022 diawalkan sehari, mesti ada banyak lagi perkara yang perlu diuruskan.  Rata-rata komen netizen di Facebook menyokong tindakan si pemandu Myvi itu. Ia seolah-olah mewakili rasa tidak puas hati dan marah pengguna jalan raya yang masih tidak senang hati dengan sistem RFID di lebuh raya Malaysia.   Berikut di antara komen netizen dari Facebook: Adakah masalah tol RFID ini hanya di tol Batu 9 atau perlukah kerajaan mengkaji semula keberkesanan sistem RFID di semua rangkaian lebuh raya di Malaysia? Adakah tindakan undang-undang bakal dikenakan terhadap pemandu Myvi tersebut?  Anda juga mungkin ini membaca kenapa Malaysia perlu beralih kepada sistem RFID di pautan ini.  Walaubagaimanpun kita tetap perlu bersyukur yang sempena Hari Raya Aidilfitri 2022, tol percuma atau diskaun tol diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk Keluarga Malaysia. 

Bengang dengan laluan tol RFID yang tidak berfungsi, King Myvi merempuh palang tol – kalau anda berada di dalam situasi yang sama, apa pula tindakan anda? 

Melalui sebuah video yang tular di media sosial, kita dapat melihat kelibat sebuah Perodua Myvi yang memandu secara berhemah ketika cuba melalui palang tol RFID di lebuh raya. Cubaan sebanyak empat kali itu tidak membuahkan hasil dan akhrinya pemandu Myvi itu merempuh palang tol dan meneruskan perjalanannya. 

King Myvi 1-0 RFID

*Kredit video KawKaw Channel dan Adrian Tan

Tindakan pemandu Myvi itu jelas mengejutkan pemandu di belakangnya tetapi jika anda berada di situasi pemandu Myvi itu, apa agaknya tindakan anda? 

Masalah RFID di Malaysia

Aplilkasi dan transaksi tol RFID di Malaysia sejak dimulakan masih lagi dibelenggu pelbagai masalah dan menjadi keluhan ramai pengguna, lagi-lagi setelah Hari Raya Aidilfitri 2022 diawalkan sehari, mesti ada banyak lagi perkara yang perlu diuruskan. 

Rata-rata komen netizen di Facebook menyokong tindakan si pemandu Myvi itu. Ia seolah-olah mewakili rasa tidak puas hati dan marah pengguna jalan raya yang masih tidak senang hati dengan sistem RFID di lebuh raya Malaysia.  

Berikut di antara komen netizen dari Facebook:

Adakah masalah tol RFID ini hanya di tol Batu 9 atau perlukah kerajaan mengkaji semula keberkesanan sistem RFID di semua rangkaian lebuh raya di Malaysia? Adakah tindakan undang-undang bakal dikenakan terhadap pemandu Myvi tersebut? 

Anda juga mungkin ini membaca kenapa Malaysia perlu beralih kepada sistem RFID di pautan ini

Walaubagaimanpun kita tetap perlu bersyukur yang sempena Hari Raya Aidilfitri 2022, tol percuma atau diskaun tol diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk Keluarga Malaysia. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language