December 1, 2022
Jika ada pengguna Proton X70 yang terdesak mahukan alat ganti, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk membeli sebiji lagi Proton X70 berstatus scrap bagi mendapatkan alat ganti yang diperlukan. Proton X70 lusuh dijual untuk alat ganti Foo Lian Auto Supplies, sebuah kedai yang menguruskan alat ganti baharu dan terpakai import yang bertempat di Ipoh, Perak telah membuat satu hantaran di Facebook mendedahkan bahawa syarikat itu ingin menjual sebuah Proton X70 tahun 2020 berstatus lupus atau scrap untuk mereka yang inginkan alat ganti model berkenaan. Menariknya, keadaan luaran dan dalaman kereta itu masih lagi cantik seolah-olah kereta baharu. Perlu diingatkan, kereta ini bukanlah kereta banjir. Walau bagaimanapun, terdapat kerosakan seperti kesan kebakaran di hadapan kereta ini. X70 ini telah dilaporkan terbakar sebelum ditukar status kepada kereta lupus, namun punca kebakaran tidak didedahkan. Jika merujuk pada gambar yang disediakan, kebakaran itu kemungkinan besar berlaku di bahagian hadapan atau enjin. Bahagian dalamnya seperti tempat duduk, papan pemuka serta kabinnya juga masih dalam keadaan baik dan kemas. Pendek kata, ianya adalah sebuah X70 yang hampir sempurna, tanpa memikirkan bahagian hadapannya. Proton X70 itu ditawarkan pada harga RM25,000 sebiji tanpa lerai. Jika ada yang berminat dengan Proton X70 ini, anda boleh menghubungi kedai tersebut untuk sebarang maklumat lanjut. Untuk harga RM25,000, adakah ianya satu tindakan yang berbaloi untuk membeli Proton X70 scrap hanya untuk mendapatkan alat ganti pada kereta ini?

Jika ada pengguna Proton X70 yang terdesak mahukan alat ganti, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk membeli sebiji lagi Proton X70 berstatus scrap bagi mendapatkan alat ganti yang diperlukan.

Proton X70 lusuh dijual untuk alat ganti

Foo Lian Auto Supplies, sebuah kedai yang menguruskan alat ganti baharu dan terpakai import yang bertempat di Ipoh, Perak telah membuat satu hantaran di Facebook mendedahkan bahawa syarikat itu ingin menjual sebuah Proton X70 tahun 2020 berstatus lupus atau scrap untuk mereka yang inginkan alat ganti model berkenaan.

Menariknya, keadaan luaran dan dalaman kereta itu masih lagi cantik seolah-olah kereta baharu. Perlu diingatkan, kereta ini bukanlah kereta banjir. Walau bagaimanapun, terdapat kerosakan seperti kesan kebakaran di hadapan kereta ini.

X70 ini telah dilaporkan terbakar sebelum ditukar status kepada kereta lupus, namun punca kebakaran tidak didedahkan. Jika merujuk pada gambar yang disediakan, kebakaran itu kemungkinan besar berlaku di bahagian hadapan atau enjin.

Bahagian dalamnya seperti tempat duduk, papan pemuka serta kabinnya juga masih dalam keadaan baik dan kemas. Pendek kata, ianya adalah sebuah X70 yang hampir sempurna, tanpa memikirkan bahagian hadapannya.

Proton X70 itu ditawarkan pada harga RM25,000 sebiji tanpa lerai. Jika ada yang berminat dengan Proton X70 ini, anda boleh menghubungi kedai tersebut untuk sebarang maklumat lanjut.

Untuk harga RM25,000, adakah ianya satu tindakan yang berbaloi untuk membeli Proton X70 scrap hanya untuk mendapatkan alat ganti pada kereta ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language