December 5, 2022
Penganjur sukan permotoran dinasihatkan berunding dengan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) sebelum menganjurkan apa-apa perlumbaan bagi memastikan lokasi perlumbaan itu menepati piawaian keselamatan minimum. Tujuh kelab sukan permotoran diiktiraf oleh MAM berkata pematuhan kepada peraturan keselamatan yang digubal oleh MAM boleh mengelakkan insiden kemalangan maut seperti pada Perlumbaan Battle of King (BOTK) 2022 di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak, Sabtu lalu. Dapatkan Kelulusan MAM Menurut kelab-kelab tersebut, insiden itu mungkin kurang membawa bencana sekiranya perlumbaan itu dijalankan mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan oleh MAM. Tambah mereka, walaupun tiada prosedur operasi standard (SOP) rasmi untuk memohon permit daripada MAM, Permit Acara MAM adalah dokumen utama sebelum Pesuruhjaya Sukan mengeluarkan permit kelulusan. Hanya dengan dua permit ini, polis serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan memberi kelulusan kepada kelab dan penganjur yang diiktiraf MAM. Penganjur Dan Pengendali Litar Perlu Bekerjasama Bagi memastikan litar selamat untuk perlumbaan, tujuh kelab yang terdiri daripada Kelab Sukan Bermotor MSF, Integrasi, Mines, Pocket Bike Association of Malaysia, Millennium Motorsports & Adventure Club, BRAAAP and Kelab Sukan Bermotor Maju turut menyarankan supaya penganjur dan pengendali litar saling bekerjasama. Kerjasama ini boleh membawa kepada perancangan yang lebih teliti dari segi: Bilangan anggota keselamatan Bilangan anggoota perubatan Kenderaan kecemasan Peralatan keselamatan pemandu Saringan keselamatan sebelum perlumbaan  

Penganjur sukan permotoran dinasihatkan berunding dengan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) sebelum menganjurkan apa-apa perlumbaan bagi memastikan lokasi perlumbaan itu menepati piawaian keselamatan minimum.

Tujuh kelab sukan permotoran diiktiraf oleh MAM berkata pematuhan kepada peraturan keselamatan yang digubal oleh MAM boleh mengelakkan insiden kemalangan maut seperti pada Perlumbaan Battle of King (BOTK) 2022 di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak, Sabtu lalu.

Dapatkan Kelulusan MAM

Menurut kelab-kelab tersebut, insiden itu mungkin kurang membawa bencana sekiranya perlumbaan itu dijalankan mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan oleh MAM.

Tambah mereka, walaupun tiada prosedur operasi standard (SOP) rasmi untuk memohon permit daripada MAM, Permit Acara MAM adalah dokumen utama sebelum Pesuruhjaya Sukan mengeluarkan permit kelulusan.

Hanya dengan dua permit ini, polis serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan memberi kelulusan kepada kelab dan penganjur yang diiktiraf MAM.

Penganjur Dan Pengendali Litar Perlu Bekerjasama

Bagi memastikan litar selamat untuk perlumbaan, tujuh kelab yang terdiri daripada Kelab Sukan Bermotor MSF, Integrasi, Mines, Pocket Bike Association of Malaysia, Millennium Motorsports & Adventure Club, BRAAAP and Kelab Sukan Bermotor Maju turut menyarankan supaya penganjur dan pengendali litar saling bekerjasama.

Kerjasama ini boleh membawa kepada perancangan yang lebih teliti dari segi:

Bilangan anggota keselamatan
Bilangan anggoota perubatan
Kenderaan kecemasan
Peralatan keselamatan pemandu
Saringan keselamatan sebelum perlumbaan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language