November 29, 2022
Seramai 19 pemandu telah dikenakan saman di atas kesalahan memotong barisan ketika trafik sesak di sekitar bandar Kuantan baru-baru ini oleh sepasukan anggota dari Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang. Difahamkan, JPJ Pahang telah menjalankan Ops Memotong Barisan di sekitar bandar Kuantan bermula jam 5.00 petang hingga 7.00 malam dan operasi berkenaan dijalankan di lokasi yang sering dikesan kesalahan memotong barisan ketika keadaan trafik sesak pada waktu puncak. Hasil daripada operasi yang dijalankan, sebanyak 19 pemandu kenderaan telah dikeluarkan notis saman di atas kesalahan ‘memotong kenderaan sebelah kiri jalan’ dan 6 notis saman bagi lain-lain kesalahan. Pengarah JPJ Negeri Pahang Tuan Kamarul Iskandar Bin Nordin menyeru agar orang ramai tidak lagi melakukan kesalahan berkenaan sehingga boleh menyebabkan bertambahnya kesesakan jalan raya dan mendatangkan risiko bahaya kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Tambahnya, perbuatan memotong barisan oleh sebahagian pemandu tidak bertanggungjawab ini boleh mengundang bahaya dan risiko berlakunya kemalangan kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Memotong barisan adalah satu kesalahan lalu lintas dan pelaku boleh dikenakan kompaun sehingga RM300 jika disabit kesalahan di bawah Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.          

Seramai 19 pemandu telah dikenakan saman di atas kesalahan memotong barisan ketika trafik sesak di sekitar bandar Kuantan baru-baru ini oleh sepasukan anggota dari Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang.

Difahamkan, JPJ Pahang telah menjalankan Ops Memotong Barisan di sekitar bandar Kuantan bermula jam 5.00 petang hingga 7.00 malam dan operasi berkenaan dijalankan di lokasi yang sering dikesan kesalahan memotong barisan ketika keadaan trafik sesak pada waktu puncak.

Hasil daripada operasi yang dijalankan, sebanyak 19 pemandu kenderaan telah dikeluarkan notis saman di atas kesalahan ‘memotong kenderaan sebelah kiri jalan’ dan 6 notis saman bagi lain-lain kesalahan.

Pengarah JPJ Negeri Pahang Tuan Kamarul Iskandar Bin Nordin menyeru agar orang ramai tidak lagi melakukan kesalahan berkenaan sehingga boleh menyebabkan bertambahnya kesesakan jalan raya dan mendatangkan risiko bahaya kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

Tambahnya, perbuatan memotong barisan oleh sebahagian pemandu tidak bertanggungjawab ini boleh mengundang bahaya dan risiko berlakunya kemalangan kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

Memotong barisan adalah satu kesalahan lalu lintas dan pelaku boleh dikenakan kompaun sehingga RM300 jika disabit kesalahan di bawah Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.          

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language