Categories
Auto news

Nissan Skyline R32 Menyerupai Kereta Polis Disita Di Art Of Speed

Sebuah Nissan Skyline R32 yang bercorakkan kenderaan polis telah dirampas ketika menyertai pameran automotif Art Of Speed Malaysia pada hujung minggu lalu.

Kereta ‘polis’ yang merupakan salah satu tarikan utama pada pameran tersebut telah menarik perhatian ramai termasuk pihak polis sendiri sehingga menyebabkan kereta disita manakala pemiliknya ditahan.

PDRM Serbu Art Of Speed

R32 bercorakkan kenderaan polis ini mula mencuri perhatian ramai setelah tular di media sosial sehingga menyebabkan ramai yang menyangka ia adalah milik PDRM.

Walau bagaimanapun, kereta itu bukanlah milik PDRM, sebaliknya ia dibuat bagi menyertai pameran Art Of Speed yang berlangsung selama dua hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof, selepas menerima maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang ke lokasi pameran kira-kira pukul 10.30 malam untuk menjalankan siasatan.

Susulan itu, polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang juga merupakan pemilik kereta tersebut. Berikut merupakan antara barang yang dirampas:

Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan milik pasukan polis
Kunci kereta
Slip penyertaan pameran

Menurut Wan Kamarul Azran, lelaki yang ditahan bekerja sebagai penjual aksesori kereta dan pemeriksaan lanjut mendapati kereta tersebut mempunyai cukai jalan yang sah dan digunakan oleh suspek.

Menyerupai Kenderaan Polis Adalah Satu Kesalahan

Sebarang pengubahsuaian corak kenderaan menyerupai kenderaan pihak berkuasa seperti penggunaan lambang dan corak tanpa sebarang kebenaran adalah salah disisi undang-undang dan pemilik kereta boleh ditahan dan kenderaan mereka boleh disita.

Setelah keterangan pemilik kereta itu diambil polis, pemilik tersebut telah diikat jamin dan kes disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada polis untuk menjalankan tugas.

*Kredit foto: Mynewshub

GTR R35 Rasmi PDRM

Tahukah anda, PDRM juga mempunyai sebuah Nissan GT-R R35 rasmi? Ianya diuruskan oleh IPK Johor Bahru bagi kegunaan polis pengiring istana.

Kereta tersebut dihadiahkan oleh Tunku Temenggong Johor TTJ Tunku Idris buat Sultan Johor Sultan Ibrahim semasa hari keputeraan baginda. Namun kenderaan itu dihadiahkan pula oleh tuanku Sultan kepada PDRM Johor bagi kegunaan polis pengiring. Orang Johor mesti pernah terserempak dengan R35 PDRM ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language