September 26, 2022
Memandu melebihi had laju merupakan kesalahan tertinggi yang dicatatkan melibatkan enam kesalahan utama dalam tempoh 10 hari Op Selamat 18 dilancarkan dari 29 April hingga 8 Mei lalu. Sebelum Op Selamat 18 dijalankan, PDRM telah menyatakan bahawa sebanyak enam kesalahan utama tidak akan dikenakan kompaun, sebaliknya perlu menyelesaikan saman itu di mahkamah. Kamera AwAS Kesan 35,618 Kesalahan Memandu Melebihi Had Laju Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengesan sebanyak 35,618 kesalahan memandu melebihi had laju melalui kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HARA) setakat pada 5 Mei lalu. JPJ di Facebook telah memaklumkan sepanjang tempoh itu, sebanyak 4.7 juta kenderaan telah dikesan dan direkodkan melalui kamera AwAS di lebuh raya di seluruh negara sepanjang tujuh hari operasi berkenaan dijalankan bermula 29 April. Sebanyak 1.5 juta kenderaan telah melalui kamera AwAS di lampu isyarat dengan 10,355 kenderaan direkodkan melanggar lampu isyarat merah. Kesalahan tidak mematuhi had laju dan melanggar lampu isyarat melalui kamera AwAS ini merupakan antara kesalahan utama dalam tempoh Ops HRA 2022 yang akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun. Sekiranya disabitkan bersalah, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 di bawah Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pengguna jalan raya yang melakukan kedua-dua kesalahan ini (melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah) juga akan direkodkan dengan tindakan sehingga empat mata demerit berjadual di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) bagi setiap kesalahan mengikut Subseksyen 40(1) atau Subseksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan. Sistem mata demerit ini akan memberi kesan kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu. Sebanyak 45 kamera AwAS telah beroperasi sepenuhnya membabitkan 29 kamera bagi tujuan memantau kesalahan melebihi had laju dan 16 kamera bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah. Jumlah Saman Dikeluarkan Mengikut Kesalahan Sepanjang Op Selamat 18 Memandu melebihi had laju: 240,421 kes Melanggar lampu isyarat 4,375 kes Memotong barisan: 3,582 kes Menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu: 1,991 kes Memotong di garisan berkembar: 1,202 kes Memandu di lorong kecemasan: 804 kes Jika dilihat dari segi perbezaan jumlah saman yang dikeluarkan, kesalahan memandu melebihi had laju sahaja sudah menguasai hampir keseluruhan saman yang dikeluarkan ketika Op Selamat 18 ini. Operasi selama 10 hari ini telah merekodkan sebanyak 166 kematian di seluruh negara. Memandangkan saman had laju paling banyak dikeluarkan, jom kita lihat semula had laju jalan-jalan di Malaysia yang perlu dipatuhi oleh pengguna jalan raya. Untuk maklumat lanjut mengenai perbezaan had laju di jalan raya di Malaysia, rujuk di sini. 

Memandu melebihi had laju merupakan kesalahan tertinggi yang dicatatkan melibatkan enam kesalahan utama dalam tempoh 10 hari Op Selamat 18 dilancarkan dari 29 April hingga 8 Mei lalu.

Sebelum Op Selamat 18 dijalankan, PDRM telah menyatakan bahawa sebanyak enam kesalahan utama tidak akan dikenakan kompaun, sebaliknya perlu menyelesaikan saman itu di mahkamah.

Kamera AwAS Kesan 35,618 Kesalahan Memandu Melebihi Had Laju

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengesan sebanyak 35,618 kesalahan memandu melebihi had laju melalui kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HARA) setakat pada 5 Mei lalu.

JPJ di Facebook telah memaklumkan sepanjang tempoh itu, sebanyak 4.7 juta kenderaan telah dikesan dan direkodkan melalui kamera AwAS di lebuh raya di seluruh negara sepanjang tujuh hari operasi berkenaan dijalankan bermula 29 April.

Sebanyak 1.5 juta kenderaan telah melalui kamera AwAS di lampu isyarat dengan 10,355 kenderaan direkodkan melanggar lampu isyarat merah.

Kesalahan tidak mematuhi had laju dan melanggar lampu isyarat melalui kamera AwAS ini merupakan antara kesalahan utama dalam tempoh Ops HRA 2022 yang akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun.

Sekiranya disabitkan bersalah, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 di bawah Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pengguna jalan raya yang melakukan kedua-dua kesalahan ini (melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah) juga akan direkodkan dengan tindakan sehingga empat mata demerit berjadual di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) bagi setiap kesalahan mengikut Subseksyen 40(1) atau Subseksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan.

Sistem mata demerit ini akan memberi kesan kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu.

Sebanyak 45 kamera AwAS telah beroperasi sepenuhnya membabitkan 29 kamera bagi tujuan memantau kesalahan melebihi had laju dan 16 kamera bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah.

Jumlah Saman Dikeluarkan Mengikut Kesalahan Sepanjang Op Selamat 18

Memandu melebihi had laju: 240,421 kes
Melanggar lampu isyarat 4,375 kes
Memotong barisan: 3,582 kes
Menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu: 1,991 kes
Memotong di garisan berkembar: 1,202 kes
Memandu di lorong kecemasan: 804 kes

Jika dilihat dari segi perbezaan jumlah saman yang dikeluarkan, kesalahan memandu melebihi had laju sahaja sudah menguasai hampir keseluruhan saman yang dikeluarkan ketika Op Selamat 18 ini.

Operasi selama 10 hari ini telah merekodkan sebanyak 166 kematian di seluruh negara. Memandangkan saman had laju paling banyak dikeluarkan, jom kita lihat semula had laju jalan-jalan di Malaysia yang perlu dipatuhi oleh pengguna jalan raya.

Untuk maklumat lanjut mengenai perbezaan had laju di jalan raya di Malaysia, rujuk di sini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language