August 16, 2022
Pihak bank akan menjadi lebih berwaspada dalam meluluskan pinjaman sewa beli kenderaan berikutan peningkatan kadar faedah pinjaman serta inflasi di negara ini. Perkara ini sudah pasti memberi kesukaran kepada bakal pembeli kenderaan dalam tempoh masa terdekat ini. Purata Kelulusan Pinjaman Kenderaan Menurun Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, berkata berdasarkan data, apabila Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang menjadi rujukan kadar faedah pinjaman tempatan berada pada 2% antara Februari 2009 hingga Februari 2010, purata kadar kelulusan pinjaman untuk pembelian kenderaan berada pada 60%. Beliau berkata, bagaimanapun apabila OPR dinaikkan kepada 3% antara Mei 2011 dan Jun 2014, kadar kelulusan purata jatuh kepada 51%. Menurutnya, OPR yang lebih tinggi berkemungkinan akan diterjemahkan kepada perbelanjaan faedah yang lebih tinggi atas pinjaman sewa beli yang dibuat. Kenaikan OPR membuatkan pinjaman kenderaan menjadi lebih mahal dan lebih menyukarkan bagi sesetengah pelanggan. Oleh itu, penganalisis tersebut percaya bahawa bank akan menjadi lebih berhati-hati dalam memberi kelulusan terhadap pinjaman sewa beli kenderaan dan ia berpotentsi membawa kepada lebih banyak penurunan kadar kelulusan pinjaman. Inflasi Lemahkan Kuasa Beli Pengguna  Selain itu, Khai Xhiang berkata lonjakan inflasi juga boleh melemahkan kuasa beli pengguna. Jelasnya, inflasi teras Malaysia boleh terus meningkat apabila kerajaan mengambil langkah menyederhanakan tahap subsidi dalam tempoh terdekat. "Pada pandangan kami, kerana pembelian kereta adalah satu keputusan yang dibuat semata-mata mengikut budi bicara, apabila berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup dan harga kereta yang lebih tinggi, pengguna yang lebih sensitif terhadap harga mungkin lebih cenderung untuk menahan pembelian yang tidak penting," katanya.

Pihak bank akan menjadi lebih berwaspada dalam meluluskan pinjaman sewa beli kenderaan berikutan peningkatan kadar faedah pinjaman serta inflasi di negara ini.

Perkara ini sudah pasti memberi kesukaran kepada bakal pembeli kenderaan dalam tempoh masa terdekat ini.

Purata Kelulusan Pinjaman Kenderaan Menurun

Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, berkata berdasarkan data, apabila Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang menjadi rujukan kadar faedah pinjaman tempatan berada pada 2% antara Februari 2009 hingga Februari 2010, purata kadar kelulusan pinjaman untuk pembelian kenderaan berada pada 60%.

Beliau berkata, bagaimanapun apabila OPR dinaikkan kepada 3% antara Mei 2011 dan Jun 2014, kadar kelulusan purata jatuh kepada 51%.

Menurutnya, OPR yang lebih tinggi berkemungkinan akan diterjemahkan kepada perbelanjaan faedah yang lebih tinggi atas pinjaman sewa beli yang dibuat.

Kenaikan OPR membuatkan pinjaman kenderaan menjadi lebih mahal dan lebih menyukarkan bagi sesetengah pelanggan.

Oleh itu, penganalisis tersebut percaya bahawa bank akan menjadi lebih berhati-hati dalam memberi kelulusan terhadap pinjaman sewa beli kenderaan dan ia berpotentsi membawa kepada lebih banyak penurunan kadar kelulusan pinjaman.

Inflasi Lemahkan Kuasa Beli Pengguna 

Selain itu, Khai Xhiang berkata lonjakan inflasi juga boleh melemahkan kuasa beli pengguna.

Jelasnya, inflasi teras Malaysia boleh terus meningkat apabila kerajaan mengambil langkah menyederhanakan tahap subsidi dalam tempoh terdekat.

“Pada pandangan kami, kerana pembelian kereta adalah satu keputusan yang dibuat semata-mata mengikut budi bicara, apabila berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup dan harga kereta yang lebih tinggi, pengguna yang lebih sensitif terhadap harga mungkin lebih cenderung untuk menahan pembelian yang tidak penting,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language