Categories
Auto news

Ops Lejang – JPJ Sasar Motosikal Guna Nombor Pendaftaran ‘Fancy’

Masih ramai pengguna motosikal yang dikesan tidak mematuhi peraturan penggunaan nombor pendaftaran mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menerusi laporan Harian Metro, perkara tersebut dibuktikan apabila majoriti daripada golongan mat motor ini ditahan menerusi operasi Ops Lejang yang dilaksanakan JPJ Negeri Sembilan di susur masuk Plaza Tol Senawang, baru-baru ini.

Masih Ramai Guna No Plat ‘Fancy’

Rata-rata daripada mereka yang ditahan menerusi Ops Lejang telah dikesan menggunakan nombor pendaftaran fancy yang terlampau kecil atau sukar untuk dikenal pasti angka atau huruf sebenar.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, kesalahan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, pihak JPJ dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), polis dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bagi menjalankan operasi yang memberi tumpuan terhadap penunggang motosikal bagi mengekang aktiviti rempit.

Sebanyak 138 motosikal diperiksa dan kesemuanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan termasuk ubahsuai ekzos dan penggunaan nombor plat fancy, manakala sebanyak lima motosikal telah disita.

“Tindakan mereka juga seolah cuba mengaburi mata pihak berkuasa jika dikesan melakukan kesalahan seperti melanggar lampu isyarat atau melakukan aksi berbahaya,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemilik berdaftar juga akan diambil tindakan dengan pengeluaran Notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1).

“Mereka diberi masa selama 10 hari untuk hadir pemeriksaan di mana-mana JPJ berdekatan bagi memastikan kenderaan itu dibuat tindakan pembetulan dengan menukar nombor pendaftaran yang mengikuti spesifikasi,” katanya.

*Sumber: JPJ

Kepentingan Menggunakan No Plat Ikut Spesifikasi

Jelas Hanif, ramai yang beranggapan penggunaan nombor pendaftaran yang mengikut spesifikasi tidak penting dari segi keselamatan jalan raya. Jika berlaku kemalangan, ia akan menyusahkan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan sama ada pemilik motosikal yang melanggar atau dilanggar.  

Dalam operasi itu, pihak berkuasa menemui pelbagai jenis nombor plat yang menyalahi peraturan. Ada yang berkilat, ada hanya sebesar dua jari, malah ada juga pemilik motosikal yang berani menunggang tanpa mempamerkan langsung nombor pendaftaran.

Sebelum ini, JPJ telah memberikan lampu hijau kepada orang ramai untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftaran mengelirukan, kabur atau fancy.

Kalau anda nampak mana-mana kenderaan yang melanggar peraturan tersebut, anda boleh laporkan kepada JPJ dengan cara seperti:

Tangkap gambar nombor pendaftaran kereta sebagai bukti
Rakaman video daripada dashcam kereta juga diterima
Sediakan butiran lain seperti lokasi dan waktu kejadian
Salurkan aduan berkenaan menerusi alamat e-mel [email protected]

*Kredit foto: JPJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language