Categories
Auto news

Orang Ramai ‘Alihkan’ Myvi – Angkara Parkir Sesuka Hati Hingga Menghalang Laluan

Akibat meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya, sebuah Myvi telah diangkat dan dialihkan orang ramai kerana diletakkan di garisan kuning dan menghalang laluan.

Sebuah video berdurasi 13 saat yang dikongsikan Amir Afiq (@amirafiqqqqq) di TikTok menunjukkan sekumpulan lelaki bertindak mengangkat Myvi terbabit untuk membenarkan bas yang dinaiki mereka melalui jalan tersebut.

*Kredit video: Amirafiqqqqq

Orang Ramai ‘Alihkan’ Myvi

Menurut pemilik video yang berada di lokasi kejadian, setelah laluan bas itu dihalang, mereka telah berusaha mencari pemiliknya di sekirat Padang Kota terlebih dahulu namun tidak ditemui.

Oleh itu, perakam video serta rakan-rakannya bertindak untuk mengangkat Myvi terbabit untuk dialihkan dan dirapatkan dengan tembok jalan bagi memberi ruang kepada bas untuk bergerak melalui laluan tersebut.  

Pemilik Myvi itu tidak dapat dikesan sehinggalah kereta itu selesai dialihkan. Netizen berpendapat mungkin juga pemiliknya ada di kawasan terbabit, namun segan nak mengaku setelah melihat sekumpulan lelaki mengangkat kereta itu untuk dialihkan.  

Tiada Kerosakan Pada Myvi

Rata-rata orang ramai memuji tindakan sekumpulan lelaki berkenaan kerana masih bertimbang rasa dan tidak merosakkan kereta tersebut meskipun ia telah menghalang dan menyusahkan mereka.

Bagi sesetengah manusia yang kurang sabar, mungkin Myvi itu akan dihentam sahaja oleh kenderaan bersaiz besar seperti lori mahupun bas yang ingin melalui jalan tersebut. Masih ingat kejadian lori yang menghentam kereta-kereta yang diletakkan di bahu jalan sehingga menghalang laluan di Putrajaya tahun lalu? 

*Kredit video: JeJo

Kesalahan Parkir Di Garisan Kuning

Masih ramai pengguna yang tidak tahu menggunakan ruang parkir dengan betul sehingga menyusahkan pengguna lain apabila kenderaan mereka menghalang laluan di jalan raya.

Berikur merupakan kesalahan parkir yang sering dilihat di Malaysia:

Parkir di garisan kuning
Membuat halangan fizikal
Meletak kenderaan secara bertindih

Mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah kesalahan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959. Mana-mana individu melakukan kesalahan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM300.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language