November 28, 2022
Penunggang motosikal dan pemakaian jaket terbalik memang sesuatu yang tidak boleh dipisahkan di Malaysia, namun tahukah anda perbuatan tersebut boleh mengundang bahaya sehingga meragut nyawa? Walaupun ajal dan maut di tangan Tuhan dan kemungkinan untuk berlaku kemalangan akibat pemakaian jaket yang tidak kemas itu kecil, tidak salah untuk berhati-hati di jalan raya bagi mengelak sebarang bahaya kepada diri dan juga pengguna jalan raya lain. *Kredit foto: Zairul Eizam Bahaya Pemakaian Jaket Tidak Kemas Jaket atau baju hujan yang dipakai secara terbalik kebiasaannya tidak dizipkan dan ini menyebabkan jaket tersebut mengibas dengan kuat ketika motosikal bergerak dalam keadaan laju. Jaket atau baju hujan yang mengibas boleh menyebabkan: Jaket tersangkut pada kenderaan lain ketika mencelah atau memotong (cermin sisi, handle motor) Jaket boleh tersangkut pada tayar atau rantai motor sendiri Keadaan mungkin bertambah buruk sekiranya penunggang motosikal menggunakan jaket yang bersaiz besar secara terbalik atau tidak kemas. Lebih besar saiz jaket, lebih kuatlah ia mengibas ketika motosikal bergerak laju. Memang sudah menjadi lumrah motosikal untuk mencelah diantara kereta ketika trafik sesak, pemakaian jaket dengan tidak kemas boleh menyebabkan ia tersangkut pada cermin sisi kereta dan boleh membuatkan badan penunggang motosikal ibarat ditarik sehingga hilang kawalan. Boleh Bawa Maut Sebelum ini, Seorang pengguna Facebook, Zairul Eizam telah berkongsi risiko dan bahaya terhadap pemakaian jaket yang tidak kemas ketika menunggang motosikal seperti yang pernah menimpa senior sekolahnya suatu ketika dahulu. Ceritanya, arwah senior sekolahnya itu mahu memotong sebuah lori simen namun jaket yang tidak dipakai dengan sempurna telah mengibas-ngibas lalu tersangkut di sebatang cangkuk kecil pada lori simen terbabit. Kejadian tersebut telah menyebabkan mangsa terjatuh daripada motosikalnya lalu digilis oleh lori berkenaan. Kenapa Perlu Pakai Jaket Dengan Baik? Bersiap sedia andai hari hujan tanpa perlu berhenti di tepi jalan untuk betulkan pemakaian Tidak berhenti di tepi jalan bermakna kuranglah risiko dihentam kenderaan lain Mengelakkan pakaian berbau asap kenderaan Supaya tidak menggigil kesejukan di atas motor Ramai Tidak Pakai Jaket Dengan Betul Seperti yang pernah dikongsi Zairul pada 2018, pemerhatian kasarnya selama 18 hari mendapati seramai 63 orang penunggang motosikal tidak menggunakan baju hujan atau jaket dengan betul. Beliau turut menegur dan mengingatkan pengguna motosikal lain agar memakai jaket dengan sempurna, namun ada yang menyokongnya dan ada juga yang buat tak endah. Perkara itu tidaklah mengejutkan kerana ketika ini, masih ramai yang tidak menggunakan jaket dengan betul. Walaupun kemungkinan untuk berlaku kemalangan kerana jaket itu kecil, namun berhati-hatilah sebelum nasi menjadi bubur. Selain mengurangkan risiko kemalangan, pemakaian jaket yang sempurna juga melambangkan disiplin penunggang motosikal yang tinggi dalam meminimakan risiko yang membawa padah kepada penunggang mahupun orang lain.

Penunggang motosikal dan pemakaian jaket terbalik memang sesuatu yang tidak boleh dipisahkan di Malaysia, namun tahukah anda perbuatan tersebut boleh mengundang bahaya sehingga meragut nyawa?

Walaupun ajal dan maut di tangan Tuhan dan kemungkinan untuk berlaku kemalangan akibat pemakaian jaket yang tidak kemas itu kecil, tidak salah untuk berhati-hati di jalan raya bagi mengelak sebarang bahaya kepada diri dan juga pengguna jalan raya lain.

*Kredit foto: Zairul Eizam

Bahaya Pemakaian Jaket Tidak Kemas

Jaket atau baju hujan yang dipakai secara terbalik kebiasaannya tidak dizipkan dan ini menyebabkan jaket tersebut mengibas dengan kuat ketika motosikal bergerak dalam keadaan laju.

Jaket atau baju hujan yang mengibas boleh menyebabkan:

Jaket tersangkut pada kenderaan lain ketika mencelah atau memotong (cermin sisi, handle motor)
Jaket boleh tersangkut pada tayar atau rantai motor sendiri

Keadaan mungkin bertambah buruk sekiranya penunggang motosikal menggunakan jaket yang bersaiz besar secara terbalik atau tidak kemas. Lebih besar saiz jaket, lebih kuatlah ia mengibas ketika motosikal bergerak laju.

Memang sudah menjadi lumrah motosikal untuk mencelah diantara kereta ketika trafik sesak, pemakaian jaket dengan tidak kemas boleh menyebabkan ia tersangkut pada cermin sisi kereta dan boleh membuatkan badan penunggang motosikal ibarat ditarik sehingga hilang kawalan.

Boleh Bawa Maut

Sebelum ini, Seorang pengguna Facebook, Zairul Eizam telah berkongsi risiko dan bahaya terhadap pemakaian jaket yang tidak kemas ketika menunggang motosikal seperti yang pernah menimpa senior sekolahnya suatu ketika dahulu.

Ceritanya, arwah senior sekolahnya itu mahu memotong sebuah lori simen namun jaket yang tidak dipakai dengan sempurna telah mengibas-ngibas lalu tersangkut di sebatang cangkuk kecil pada lori simen terbabit.

Kejadian tersebut telah menyebabkan mangsa terjatuh daripada motosikalnya lalu digilis oleh lori berkenaan.

Kenapa Perlu Pakai Jaket Dengan Baik?

Bersiap sedia andai hari hujan tanpa perlu berhenti di tepi jalan untuk betulkan pemakaian
Tidak berhenti di tepi jalan bermakna kuranglah risiko dihentam kenderaan lain
Mengelakkan pakaian berbau asap kenderaan
Supaya tidak menggigil kesejukan di atas motor

Ramai Tidak Pakai Jaket Dengan Betul

Seperti yang pernah dikongsi Zairul pada 2018, pemerhatian kasarnya selama 18 hari mendapati seramai 63 orang penunggang motosikal tidak menggunakan baju hujan atau jaket dengan betul.

Beliau turut menegur dan mengingatkan pengguna motosikal lain agar memakai jaket dengan sempurna, namun ada yang menyokongnya dan ada juga yang buat tak endah.

Perkara itu tidaklah mengejutkan kerana ketika ini, masih ramai yang tidak menggunakan jaket dengan betul. Walaupun kemungkinan untuk berlaku kemalangan kerana jaket itu kecil, namun berhati-hatilah sebelum nasi menjadi bubur.

Selain mengurangkan risiko kemalangan, pemakaian jaket yang sempurna juga melambangkan disiplin penunggang motosikal yang tinggi dalam meminimakan risiko yang membawa padah kepada penunggang mahupun orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language