December 6, 2022
Sebuah Proton X50 1.5 TGDI Flagship merupakan antara yang ditahan setelah didapati mempunyai tol tertunggak sebanyak RM57.50. Menerusi ciapan di Twitter Prolintas selaku pengendali Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), pemandu SUV popular itu ditahan pihaknya di Plaza Tol Dato’ Keramat baru-baru ini. Proton X50 Tak Bayar Tol Hasil usaha mengesan penceroboh tol yang semakin kerap dijalankan, beberapa kenderaan telah berjaya ditahan di Plaza Tol Dato Keramat, Lebuhraya AKLEH. Salah sebuah kenderaan yang ditahan ialah Proton X50 dengan tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50 , namun amaun kerugian telah dikembalikan pada masa & lokasi sama ketika ditahan. PROLINTAS akan terus giat menjalankan operasi mengesan penceroboh tol melalui pasukan operasi lebuh raya bagi menahan pengguna tidak bertanggungjawab agar melangsaikan tunggakan bayaran tol. Bagaimana Tunggakan Tol Berlaku? Menurut andaian orang ramai, kemungkinan tunggakan tol berlaku kerana pemandu ini bertindak mengekori rapat kereta dihadapannya untuk melepasi plaza tol tanpa perlu membayar tol. Mengikut sistem Touch ‘n Go, jika anda ‘sentuh masuk'  dan 'sentuh keluar' di plaza tol melebihi had masa 20 jam, anda akan dikenakan caj tol maksimum kerana melebihi had masa. Mungkin dari situlah pihak Prolintas dapat mengesan tunggakan tol kereta ini yang tiada rekod keluar dari lebuh raya kerana tidak ‘sentuh keluar’ di plaza tol. Kesimpulannya tol wajib dibayar, tak kiralah anda guna kereta apa sekalipun.

Sebuah Proton X50 1.5 TGDI Flagship merupakan antara yang ditahan setelah didapati mempunyai tol tertunggak sebanyak RM57.50.

Menerusi ciapan di Twitter Prolintas selaku pengendali Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), pemandu SUV popular itu ditahan pihaknya di Plaza Tol Dato’ Keramat baru-baru ini.

Proton X50 Tak Bayar Tol

Hasil usaha mengesan penceroboh tol yang semakin kerap dijalankan, beberapa kenderaan telah berjaya ditahan di Plaza Tol Dato Keramat, Lebuhraya AKLEH.

Salah sebuah kenderaan yang ditahan ialah Proton X50 dengan tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50 , namun amaun kerugian telah dikembalikan pada masa & lokasi sama ketika ditahan.

PROLINTAS akan terus giat menjalankan operasi mengesan penceroboh tol melalui pasukan operasi lebuh raya bagi menahan pengguna tidak bertanggungjawab agar melangsaikan tunggakan bayaran tol.

Bagaimana Tunggakan Tol Berlaku?

Menurut andaian orang ramai, kemungkinan tunggakan tol berlaku kerana pemandu ini bertindak mengekori rapat kereta dihadapannya untuk melepasi plaza tol tanpa perlu membayar tol.

Mengikut sistem Touch ‘n Go, jika anda ‘sentuh masuk’  dan ‘sentuh keluar’ di plaza tol melebihi had masa 20 jam, anda akan dikenakan caj tol maksimum kerana melebihi had masa.

Mungkin dari situlah pihak Prolintas dapat mengesan tunggakan tol kereta ini yang tiada rekod keluar dari lebuh raya kerana tidak ‘sentuh keluar’ di plaza tol.

Kesimpulannya tol wajib dibayar, tak kiralah anda guna kereta apa sekalipun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language