Categories
Auto news

Papan Tanda ‘Kecil’ SUKE Ikut Piawaian – Bakal Digantikan Dengan Lebih Besar

Papan tanda bersaiz kecil di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) telah dicabut untuk digantikan dengan saiz yang lebih sesuai dan praktikal serta tidak mengelirukan pengguna.

Sejak dibuka pada 16 September lalu, orang ramai mengambil peluang untuk menikmati permandangan Kuala Lumpur melalui lebuh raya terbabit sehingga menyebabkan kemalangan.

Namun satu lagi isu timbul apabila sebuah video di TikTok telah menunjukkan saiz papan tanda lebih kecil daripada biasa digunakan di lebuhraya itu yang berisiko mengelirukan pengguna kerana sukar dibaca dari jauh.

Papan Tanda SUKE Ikut Piawaian

Menurut PROLINTAS, papan tanda yang dipasang di sepanjang Lebuhraya SUKE adalah mengikut piawaian yang ditetapkan dan telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Namun setelah saiz papan tanda itu menjadi isu hangat di media sosial, PROLINTAS melalui akaun Facebook rasminya telah memaklumkan bahawa pihaknya telah mencabut papan tanda tersebut dengan serta merta.

Tambah PROLINTAS, pihaknya sedang mereka bentuk papan tanda baharu yang lebih praktikal dan dijangka siap dalam masa terdekat.

Kenapa Guna Saiz Kecil?

Dikala ramai yang mempersoalkan tindakan PROLINTAS kerana membuat kerja ‘2 kali’ kerana perlu menggantikan papan tanda untuk lebuh raya yang baru dibuka, pengendali lebuh raya ini berkata papan tanda bersaiz kecil adalah papan tanda tambahan yang dipasang di tengah-tengah cabang simpang sebagai inisiatif yang diambil oleh pihak perunding dilantik serta syarikat.

Disebabkan kekangan kawasan, saiz papan tanda tambahan yang digunakan adalah lebih kecil berbanding papan tanda sedia ada. Sementara itu papan tanda utama dipasang pada gantry di setiap 250 meter sebelum simpang bercabang.

Dalam pada itu, PROLINTAS turut menyangkal dakwaan bahawa Lebuhraya SUKE tidak selamat digunakan setelah memberitahu struktur binaan SUKE adalah selamat dan mengikut piawaian yang ditetapkan serta menerima kelulusan sewajarnya yang tertakluk dalam perjanjian konsesi.

PROLINTAS turut memberitahu bahawa Bahagian Operasi Lebuhraya SUKE sentiasa komited dalam memastikan perkhidmatan lebuh raya terbaik dan menyarankan pengguna untuk terus peka serta mematuhi kesemua papan tanda di Lebuhraya SUKE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language