Categories
Auto news

Parkir Merata Punca Jalan Di Bukit Jalil Sesak – Bahaya Kepada Pengguna Jalan

Kenderaan yang diletakkan secara haram dan merata-rata di sepanjang Persiaran Jalil Utama dan Jalan 13/155c di Bukit Jalil, Kuala Lumpur menimbulkan bahaya keselamatan kepada pengguna jalan raya.

Kenderaan yang diletakkan secara sembarangan di kedua-dua belah jalan utama ini telah memakan ruang dan menyebabkan kesesakan kepada pengguna jalan raya, berdasarkan laporan The Star.

Parkir Merata Bahayakan Pemandu Lain

Menurut seorang penduduk Bandar Kinrara, Hiu Chee Keong, kereta tersebut menghalang lalu lintas dan meninggalkan ruang yang sempit kepada pemandu untuk bergerak ketika menuju ke jalan utama.

“Saya melalui jalan ini untuk membawa anak perempuan saya ke Pavilion Bukit Jalil dan sering menghadapi kesesakan lalu lintas akibat kenderaan yang diletakkan secara haram,” katanya.

Tambahnya, ada kereta yang diletakkan di kawasan simpang dan ia menghalang penglihatan pemandu apabila ingin membelok, sekali gus menyebabkan tempat itu berisiko untuk berlaku kemalangan.

“Pemandu yang ingin membelok terpaksa memasuki lorong paling kanan jalan kerana kenderaan biasanya diletakkan secara haram di lorong kiri,” kata lelaki itu.

Hiu juga berkata bahawa sesetengah pemandu akan membuat pusingan ke jalan utama, memaksa kenderaan masuk untuk menekan brek secara tiba-tiba.

Lebih 100 Kereta Diletakkan Secara Haram

Berdasarkan pemerhatian Hiu, terdapat kira-kira 100 buah kereta yang diletakkan secara haram di kawasan tersebut. Kawasan itu telah diterjah oleh StarMetro dan didapati bahawa kenderaan telah diletakkan secara haram di sepanjang jalan 13/155c sehingga ke pintu masuk jejambat ke lebuh raya Bukit Jalil.

Pemandu tidak mempunyai pilihan selain memperlahankan kenderaan ketika melalui jalan tersebut kerana kenderaan yang diletakkan secara haram menghalang sebahagian jalan. Hiu berkata beliau telah membuat aduan berhubung isu ini melalui laman web “adukl” Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 25 Julai lalu.

Menurut DBKL, pihaknya menerima banyak aduan mengenai parkir haram di kawasan itu dan penguatkuasaan telah dijalankan termasuk mengeluarkan kompaun kepada pesalah trafik. Namun sebagai penduduk yang sering menggunakan laluan itu, Hiu tidak melihat sebarang penambahbaikan terhadap isu parkir haram di kawasan itu.

Beliau berharap pihak DBKL boleh mengambil tindakan lebih tegas seperti menunda kenderaan ini yang boleh menyebabkan halangan kepada pemandu lain.

Perkara itu turut disokong oleh penduduk Pangsapuri Sri Rakyat Bukit Jalil, Mohd Shamsul Mohd Razlan yang mendapati masalah itu semakin meruncing dan hanya menunggu masa sebelum kemalangan berlaku.

“Kebanyakan pemilik kenderaan sama ada bekerja di kawasan komersial berhampiran atau hanya orang ramai yang mahu mengelak daripada membayar parkir,” katanya. Tambah beliau, kehadiran kereta tersebut hanya menunggu masa sebelum kemalangan berlaku.

Menurut The Star, DBKL mengakui perkara itu tetapi masih belum memberi maklum balas buat waktu ini.

*Kredit foto: The Star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language