Categories
Auto news

PDRM Nafi Anggota Potong Q Ketika Cuci Kereta

Baru-baru ini telah tular satu ciapan di Twitter berkenaan anggota polis yang didakwa memotong barisan ketika mencuci kereta peronda polis (MPV) di sebuah kedai cuci kereta. Betul ke?

Menurut ciapan yang telah dipadam, anggota polis yang membasuh MPV itu didakwa tidak beratur dan telah memotong barisan meskipun ramai yang sedang beratur menunggu giliran.

Persoalan itu turut diajukan kepada twitter rasmi PDRM untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

PDRM Nafi Potong Q

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Shukor, hasil siasatan mendapati MPV itu digunakan oleh anggota yang bertugas di Balai Polis Pantai.

Kenderaan itu dibawa ke kedai mencuci kereta di kawasan Pantai Dalam kerana kotor dan ditinggalkan do bahagian belakang kedai untuk menunggu giliran.

Sebaliknya, pekerja kedai itu telah meminta anggota itu membawa masuk keretanya dahulu untuk dibasuh. Amihizam turut menegaskan bahawa anggota terbabit langsung tidak meminta untuk memotong barisan.

Setelah kereta selesai dibasuh, anggota terbabit membayar dan beredar untuk meneruskan tugasan rondaan.

Pihak IPD Brickfields turut menegaskan bahawa mereka tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dan mereka yang bersalah akan dikenakan tindakan tegas. Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language