December 7, 2022
Sebanyak tiga kenderaan mewah dianggarkan bernilai kira-kira RM940,000 dilarikan daripada sebuah bengkel di Jalan Damansara, Kampung Bukit Lanjan. Ketua Polis Brickfields Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian itu dilaporkan oleh seorang pengadu selepas mendapati terdapat kesan pecah pada mangga kunci di pintu masuk dan beberapa kereta didapati hilang kira-kira 10.39 pagi. Pecah Masuk Bengkel, Curi Kereta Pelanggan Amihizam berkata, suspek dipercayai masuk ke dalam bengkel dengan memecahkan mangga pintu utama sebelum melarikan kereta Nissan Skyline GTR Prestige, Mercedes Benz E200K, dan Toyota Land Cruiser. Kesemua kenderaan yang dicuri itu merupakan kenderaan pelanggan yang telah siap dibaiki oleh bengkel tersebut, namun masih belum dituntut oleh pelanggan. Ketika ini, polis sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui berapa ramai suspek yang terlibat dalam aktiviti ini. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang diteliti oleh pihak polis dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan/395A Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03- 2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.  

Sebanyak tiga kenderaan mewah dianggarkan bernilai kira-kira RM940,000 dilarikan daripada sebuah bengkel di Jalan Damansara, Kampung Bukit Lanjan.

Ketua Polis Brickfields Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian itu dilaporkan oleh seorang pengadu selepas mendapati terdapat kesan pecah pada mangga kunci di pintu masuk dan beberapa kereta didapati hilang kira-kira 10.39 pagi.

Pecah Masuk Bengkel, Curi Kereta Pelanggan

Amihizam berkata, suspek dipercayai masuk ke dalam bengkel dengan memecahkan mangga pintu utama sebelum melarikan kereta Nissan Skyline GTR Prestige, Mercedes Benz E200K, dan Toyota Land Cruiser.

Kesemua kenderaan yang dicuri itu merupakan kenderaan pelanggan yang telah siap dibaiki oleh bengkel tersebut, namun masih belum dituntut oleh pelanggan.

Ketika ini, polis sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui berapa ramai suspek yang terlibat dalam aktiviti ini.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang diteliti oleh pihak polis dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan/395A Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03- 2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language