December 6, 2022
Tindakan ibu apa atau penjaga yang membenarkan pelajar bermotosikal ke sekolah tanpa lesen perlu dihentikan serta merta atas risiko yang tinggi. Pelajar sekolah dan motosikal memang tak dapat dipisahkan. Ada yang lengkap berlesen dan bertopi keledar, malah ada juga yang lebih ranggi tanpa lesen dan helmet. *Kredit foto: Utusan Seperti biasalah, walaupun tak semua pelajar melanggar peraturan dan tidak berlesen, tetapi yang sering menunggang secara berbahaya dengan baju sekolah inilah yang sering kita lihat tular di internet mahupun ternampak di depan mata sendiri. Apa-apa pun, tidak kisahlah atas sebab apa sekalipun mereka dibenarkan untuk bermotosikal ke sekolah, tindakan itu merupakan perkara yang berisiko bukan sahaja kepada pelajar tersebut, malah kepada pengguna jalan raya lain. *Kredit video: Dashcam Owners Malaysia Tak Tahu Undang-Undang Tahu bawa motosikal tak semestinya mereka sudah layak untuk berada di atas jalan raya bersama kenderaan pelbagai jenis dengan berbeza-beza kelajuan. Kebanyakan mereka masih tidak peka terhadap undang-undang jalan raya kerana masih belum menghadiri kelas lesen. Buktinya, baru-baru ini, sebuah rakaman video dashcam yang tular di Facebook menunjukkan dua orang pelajar perempuan sekolah menengah yang terjatuh dari sebuah motosikal setelah hampir berlaga dengan sebuah lagi motosikal yang membuat pusingan U di garisan berkembar. Persamaannya, ketiga-tiga pelajar tersebut tidak menggunakan topi keledar. Walaupun mereka mungkin hanya bermotosikal di kawasan perumahan atau kawasan berdekatan sekolah sahaja, namun itu tidak bererti mereka tidak terdedah kepada risiko yang mungkin boleh membawa maut. Tak Mahir Tunggangan Defensif Selain itu, pengalaman menunggang juga agak kurang bagi pelajar yang masih tidak berlesen (terutama mereka di bawah 16 tahun) membuatkan mereka tidak begitu biasa menunggang motosikal di kawasan yang sibuk dengan pelbagai kereta berbanding kawasan perumahan. Dalam hal ini, mereka yang sudah bermotosikal untuk bertahun-tahun pasti sudah lebih berpengalaman dalam membaca situasi di jalan raya yang memerlukan mereka bertindak dengan pantas supaya tidak terlibat dalam kemalangan akibat perbuatan pengguna jalan raya lain, terutama ketika mencelah.   Di jalan raya, macam-macam situasi boleh terjadi akibat perbuatan pengguna jalan raya lain. Oleh kerana pelajar ini bermotosikal, risikonya jauh lebih besar berbanding mereka yang berkereta misalnya. *Kredit foto: Harian Metro Defensive riding adalah strategi yang membantu penunggang motosikal untuk sentiasa mengawal dan tidak terkejut dengan tindakan orang lain. Ia adalah mengenai memerhati, menjangka, merancang lebih awal dan strategi ini membolehkan penunggang motosikal kekal dalam keadaan selamat yang boleh dikawal. Untuk menggunakan defensive riding dengan berkesan, kemahiran yang diperlukan ialah: Kewaspadaan Pemerhatian Kesedaran Jangkaan Perancangan Kawalan Untuk mahir dalam defensive riding, anda perlu pergi kelas untuk betul-betul belajar dengan lebih mendalam. Nak belajar sendiri pun tiada masalah, namun perkara itu perlukan lebih banyak masa di atas jalan dan pengalaman untuk dikuasai, bukanlah sesuatu yang dapat dipelajari dalam sekelip mata.  *Kredit foto: Kosmo Jadi Penyumbang Statistik Tahukah anda bahawa golongan belia yang merupakan harapan negara di masa hadapan merupakan golongan paling ramai dicatatkan terlibat dalam kemalangan maut sejak tahun 2019? Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah kemalangan jalan raya di negara ini agak membimbangkan dengan sebanyak 14,308 kes direkodkan pada 2019 hingga 2021 dan golongan belia mencatatkan kes kematian tertinggi dengan purata 7,077 kes yang mencecah 50% daripada kadar kematian keseluruhan. *Kredit infografik: Sinar Harian Berdasarkan statistik kematian penunggang motosikal yang dikeluarkan oleh PDRM dari tahun 2014 hingga 2020, sebanyak 13,436 kematian direkodkan merupakan golongan muda dari had umur 6 tahun hingga 30 tahun. Malah, motosikal kapcai juga dikenali sebagai pembunuh utama golongan kanak-kanak dan remaja di negara ini. PM turut mengeluarkan kenyataan bahawa pihak JPJ berhasrat untuk mengurangkan kadar maut akibat kemalangan sebanyak 50% menjelang tahun 2030. Oleh itu, JPJ akan memperbanyakkan lagi program advokasi dan keterlibatan dengan pihak tertentu bagi memberi kesedaran keselamatan jalan raya. Apa Yang Boleh Dibuat? Pujian harus diberikan pada Polis Daerah Nilai yang menjalankan OP DIDIK di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Mohd Said ketika waktu persekolahan tamat dan pelajar pulang dari sekolah. Operasi itu telah menyaksikan sebanyak 29 saman dikeluarkan atas kesalahan seperti tiada lesen memandu (kesalahan tertinggi), cukai jalan tamat tempoh dan tidak memakai topi keledar. Op Didik ini diadakan bertujuan untuk memberi pendidikan dan advokasi kepada para pelajar sekolah supaya mengambil langkah-langkah keselamatan dalam menggunakan motosikal dari rumah ke sekolah dan pada masa yang sama memberi peringatan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang lalulintas. Dengan adanya operasi sebegini diharapkan para pelajar dapat mematuhi peraturan dan undang-undang lalulintas yang telah ditetapkan termasuklah menunggang motosikal dengan memakai topi keledar, mempunyai lesen memandu yang sah dan mematuhi had kelajuan. Yang paling penting, pihak berkuasa dah jalankan tanggungjawab mereka. Jadi ibu bapa atau penjaga turut perlu lebih tegas dalam melarang anak-anak yang masih belum cukup umur untuk mengambil lesen motosikal daripada menaiki motosikal. Mungkin anak anda penunggang yang berhemah, namun adakah mereka cukup bersedia untuk berada di atas jalan raya bersama ribuan kenderaan lain tanpa ilmu yang cukup?

Tindakan ibu apa atau penjaga yang membenarkan pelajar bermotosikal ke sekolah tanpa lesen perlu dihentikan serta merta atas risiko yang tinggi.

Pelajar sekolah dan motosikal memang tak dapat dipisahkan. Ada yang lengkap berlesen dan bertopi keledar, malah ada juga yang lebih ranggi tanpa lesen dan helmet.

*Kredit foto: Utusan

Seperti biasalah, walaupun tak semua pelajar melanggar peraturan dan tidak berlesen, tetapi yang sering menunggang secara berbahaya dengan baju sekolah inilah yang sering kita lihat tular di internet mahupun ternampak di depan mata sendiri.

Apa-apa pun, tidak kisahlah atas sebab apa sekalipun mereka dibenarkan untuk bermotosikal ke sekolah, tindakan itu merupakan perkara yang berisiko bukan sahaja kepada pelajar tersebut, malah kepada pengguna jalan raya lain.

*Kredit video: Dashcam Owners Malaysia

Tak Tahu Undang-Undang

Tahu bawa motosikal tak semestinya mereka sudah layak untuk berada di atas jalan raya bersama kenderaan pelbagai jenis dengan berbeza-beza kelajuan. Kebanyakan mereka masih tidak peka terhadap undang-undang jalan raya kerana masih belum menghadiri kelas lesen.

Buktinya, baru-baru ini, sebuah rakaman video dashcam yang tular di Facebook menunjukkan dua orang pelajar perempuan sekolah menengah yang terjatuh dari sebuah motosikal setelah hampir berlaga dengan sebuah lagi motosikal yang membuat pusingan U di garisan berkembar.

Persamaannya, ketiga-tiga pelajar tersebut tidak menggunakan topi keledar. Walaupun mereka mungkin hanya bermotosikal di kawasan perumahan atau kawasan berdekatan sekolah sahaja, namun itu tidak bererti mereka tidak terdedah kepada risiko yang mungkin boleh membawa maut.

Tak Mahir Tunggangan Defensif

Selain itu, pengalaman menunggang juga agak kurang bagi pelajar yang masih tidak berlesen (terutama mereka di bawah 16 tahun) membuatkan mereka tidak begitu biasa menunggang motosikal di kawasan yang sibuk dengan pelbagai kereta berbanding kawasan perumahan.

Dalam hal ini, mereka yang sudah bermotosikal untuk bertahun-tahun pasti sudah lebih berpengalaman dalam membaca situasi di jalan raya yang memerlukan mereka bertindak dengan pantas supaya tidak terlibat dalam kemalangan akibat perbuatan pengguna jalan raya lain, terutama ketika mencelah.  

Di jalan raya, macam-macam situasi boleh terjadi akibat perbuatan pengguna jalan raya lain. Oleh kerana pelajar ini bermotosikal, risikonya jauh lebih besar berbanding mereka yang berkereta misalnya.

*Kredit foto: Harian Metro

Defensive riding adalah strategi yang membantu penunggang motosikal untuk sentiasa mengawal dan tidak terkejut dengan tindakan orang lain. Ia adalah mengenai memerhati, menjangka, merancang lebih awal dan strategi ini membolehkan penunggang motosikal kekal dalam keadaan selamat yang boleh dikawal.

Untuk menggunakan defensive riding dengan berkesan, kemahiran yang diperlukan ialah:

Kewaspadaan
Pemerhatian
Kesedaran
Jangkaan
Perancangan
Kawalan

Untuk mahir dalam defensive riding, anda perlu pergi kelas untuk betul-betul belajar dengan lebih mendalam. Nak belajar sendiri pun tiada masalah, namun perkara itu perlukan lebih banyak masa di atas jalan dan pengalaman untuk dikuasai, bukanlah sesuatu yang dapat dipelajari dalam sekelip mata. 

*Kredit foto: Kosmo

Jadi Penyumbang Statistik

Tahukah anda bahawa golongan belia yang merupakan harapan negara di masa hadapan merupakan golongan paling ramai dicatatkan terlibat dalam kemalangan maut sejak tahun 2019?

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah kemalangan jalan raya di negara ini agak membimbangkan dengan sebanyak 14,308 kes direkodkan pada 2019 hingga 2021 dan golongan belia mencatatkan kes kematian tertinggi dengan purata 7,077 kes yang mencecah 50% daripada kadar kematian keseluruhan.

*Kredit infografik: Sinar Harian

Berdasarkan statistik kematian penunggang motosikal yang dikeluarkan oleh PDRM dari tahun 2014 hingga 2020, sebanyak 13,436 kematian direkodkan merupakan golongan muda dari had umur 6 tahun hingga 30 tahun. Malah, motosikal kapcai juga dikenali sebagai pembunuh utama golongan kanak-kanak dan remaja di negara ini.

PM turut mengeluarkan kenyataan bahawa pihak JPJ berhasrat untuk mengurangkan kadar maut akibat kemalangan sebanyak 50% menjelang tahun 2030. Oleh itu, JPJ akan memperbanyakkan lagi program advokasi dan keterlibatan dengan pihak tertentu bagi memberi kesedaran keselamatan jalan raya.

Apa Yang Boleh Dibuat?

Pujian harus diberikan pada Polis Daerah Nilai yang menjalankan OP DIDIK di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Mohd Said ketika waktu persekolahan tamat dan pelajar pulang dari sekolah. Operasi itu telah menyaksikan sebanyak 29 saman dikeluarkan atas kesalahan seperti tiada lesen memandu (kesalahan tertinggi), cukai jalan tamat tempoh dan tidak memakai topi keledar.

Op Didik ini diadakan bertujuan untuk memberi pendidikan dan advokasi kepada para pelajar sekolah supaya mengambil langkah-langkah keselamatan dalam menggunakan motosikal dari rumah ke sekolah dan pada masa yang sama memberi peringatan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang lalulintas.

Dengan adanya operasi sebegini diharapkan para pelajar dapat mematuhi peraturan dan undang-undang lalulintas yang telah ditetapkan termasuklah menunggang motosikal dengan memakai topi keledar, mempunyai lesen memandu yang sah dan mematuhi had kelajuan.

Yang paling penting, pihak berkuasa dah jalankan tanggungjawab mereka. Jadi ibu bapa atau penjaga turut perlu lebih tegas dalam melarang anak-anak yang masih belum cukup umur untuk mengambil lesen motosikal daripada menaiki motosikal. Mungkin anak anda penunggang yang berhemah, namun adakah mereka cukup bersedia untuk berada di atas jalan raya bersama ribuan kenderaan lain tanpa ilmu yang cukup?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language