June 27, 2022
Tahukah anda, pengenalan ‘kadar harga jalan’ atau bayaran caj kesesakan yang dikenakan untuk masuk ke zon sesak di bandar disifatkan antara langkah terbaik mengurangkan kesesakan lalu lintas? Pendekatan ini sudah lama dilaksanakan di luar negara seperti: Singapura London, United Kingdom Stockholm, Sweden Milan, Itali *Kredit foto: The Star Motif Caj Kesesakan Menurut laporan Bernama, pengenalan caj kesesakan dalam masa panjang ini bertujuan untuk: Mengurangkan perjalanan waktu puncak Mengurangkan kesesakan jalan raya Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam Persoalannya, adakah pengguna jalan raya di Kuala Lumpur bersedia sekiranya ia dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun akan datang terutamanya apabila sistem jaringan pengangkutan awam siap sepenuhnya? Bersediakah Kita? Mengulas mengenai isu itu, Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Madya Marlina Suzana Jaafar berkata walaupun lebih selesa membawa kereta sendiri, masyarakat perlu sedar kenderaan pensendirian merupakan punca utama kepada kesesakan. Jelasnya, penambahan atau pelebaran jalan raya juga bukanlah satu solusi kepada pengurangan kesesakan malah ia menambahkan lagi bilangan kereta persendirian yang akan memburukkan situasi. Langkah itu termasuk mempersiapkan infrastruktur di sekitar pusat bandar dan kawasan perumahan bagi membolehkan penggunaan pelbagai mod mobiliti lain termasuk basikal, skuter, dan berjalan kaki selain memperkenal zon rendah karbon. Kesimpulannya, Marlina berkata penambahbaikan adalah harus menuju ke arah 'modal split' atau 'modal share' iaitu penggunaan semua mod pengangkutan seperti tren dan berbasikal secara seimbang. Tambahnya, walaupun ramai yang merasakan bahawa ia tidak sesuai dilakukan di negara kita yang panas, tetapi dengan adanya kreativiti kita mampu mewujudkan infrustuktur yang selesa bagi menarik pengguna menggunakan mobiliti tersebut Galak Guna Pengangkutan Awam Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kerajaan dijangka mempertimbangkan semula struktur bayaran meletak kereta di dalam bandar setelah projek Transit Aliran Massa (MRT) 3 siap kelak. Ini termasuk melihat keperluan untuk mengenakan fi alam sekitar dan bayaran kesesakan kenderaan apabila sistem jaringan pengangkutan awam yang sudah lengkap diwujudkan. Pandangan sama turut dikongsikan Pensyarah Kanan, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Safizahanin Mokhtar yang menyarankan kajian menyeluruh dan projek perintis caj kesesakan perlu dilaksanakan terlebih dahulu seperti yang dilakukan di bandar utama luar negara. Menurut Safizahanin, pelaksanaan caj kesesakan di London mengambil tempoh 10 tahun kajian terperinci termasuk kajian pergerakan pengguna dari lokasi tertentu dan diikuti beberapa kawasan dipilih untuk dilaksanakan percubaan projek itu. “Pada awalnya ada bantahan, namun perlaksanaan itu dilakukan secara perlahan sehingga pengguna sendiri merasai impak seperti bas secara tiba-tiba lebih efektif mengikut jadual perjalanan ekoran tiada kesesakan trafik, sekali gus memupuk pengguna memilih mod pengangkutan alternatif," tambahnya. Kualiti Jalan Utama Di KL Teruk Dalam pada itu, berdasarkan laporan Road Traffic Volume Malaysia (RTVM) 2018 yang disediakan oleh Kementerian Kerja Raya, Safizahanin berkata kualiti jalan raya utama di ibu kota berada antara tahap D (sederhana) dan tahap F (gagal) untuk menampung bilangan kenderaan disebabkan pertambahan yang tinggi sehingga berlakunya kesesakan teruk. Tambahnya, ini disokong dengan laporan daripada 'The Asean Secretariat' pada 2017 yang menyatakan rakyat Malaysia memiliki kenderaan persendirian kedua tertinggi iaitu sebanyak 896.7 kenderaan bagi 1,000 penduduk selepas Brunei berbanding Thailand, Indoensia dan Vietnam. Tetapi, bersediakah kita untuk ke arah itu?

Tahukah anda, pengenalan ‘kadar harga jalan’ atau bayaran caj kesesakan yang dikenakan untuk masuk ke zon sesak di bandar disifatkan antara langkah terbaik mengurangkan kesesakan lalu lintas?

Pendekatan ini sudah lama dilaksanakan di luar negara seperti:

Singapura
London, United Kingdom
Stockholm, Sweden
Milan, Itali

*Kredit foto: The Star

Motif Caj Kesesakan

Menurut laporan Bernama, pengenalan caj kesesakan dalam masa panjang ini bertujuan untuk:

Mengurangkan perjalanan waktu puncak
Mengurangkan kesesakan jalan raya
Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam

Persoalannya, adakah pengguna jalan raya di Kuala Lumpur bersedia sekiranya ia dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun akan datang terutamanya apabila sistem jaringan pengangkutan awam siap sepenuhnya?

Bersediakah Kita?

Mengulas mengenai isu itu, Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Madya Marlina Suzana Jaafar berkata walaupun lebih selesa membawa kereta sendiri, masyarakat perlu sedar kenderaan pensendirian merupakan punca utama kepada kesesakan.

Jelasnya, penambahan atau pelebaran jalan raya juga bukanlah satu solusi kepada pengurangan kesesakan malah ia menambahkan lagi bilangan kereta persendirian yang akan memburukkan situasi.

Langkah itu termasuk mempersiapkan infrastruktur di sekitar pusat bandar dan kawasan perumahan bagi membolehkan penggunaan pelbagai mod mobiliti lain termasuk basikal, skuter, dan berjalan kaki selain memperkenal zon rendah karbon.

Kesimpulannya, Marlina berkata penambahbaikan adalah harus menuju ke arah ‘modal split’ atau ‘modal share’ iaitu penggunaan semua mod pengangkutan seperti tren dan berbasikal secara seimbang.

Tambahnya, walaupun ramai yang merasakan bahawa ia tidak sesuai dilakukan di negara kita yang panas, tetapi dengan adanya kreativiti kita mampu mewujudkan infrustuktur yang selesa bagi menarik pengguna menggunakan mobiliti tersebut

Galak Guna Pengangkutan Awam

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kerajaan dijangka mempertimbangkan semula struktur bayaran meletak kereta di dalam bandar setelah projek Transit Aliran Massa (MRT) 3 siap kelak.

Ini termasuk melihat keperluan untuk mengenakan fi alam sekitar dan bayaran kesesakan kenderaan apabila sistem jaringan pengangkutan awam yang sudah lengkap diwujudkan.

Pandangan sama turut dikongsikan Pensyarah Kanan, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Safizahanin Mokhtar yang menyarankan kajian menyeluruh dan projek perintis caj kesesakan perlu dilaksanakan terlebih dahulu seperti yang dilakukan di bandar utama luar negara.

Menurut Safizahanin, pelaksanaan caj kesesakan di London mengambil tempoh 10 tahun kajian terperinci termasuk kajian pergerakan pengguna dari lokasi tertentu dan diikuti beberapa kawasan dipilih untuk dilaksanakan percubaan projek itu.

“Pada awalnya ada bantahan, namun perlaksanaan itu dilakukan secara perlahan sehingga pengguna sendiri merasai impak seperti bas secara tiba-tiba lebih efektif mengikut jadual perjalanan ekoran tiada kesesakan trafik, sekali gus memupuk pengguna memilih mod pengangkutan alternatif,” tambahnya.

Kualiti Jalan Utama Di KL Teruk

Dalam pada itu, berdasarkan laporan Road Traffic Volume Malaysia (RTVM) 2018 yang disediakan oleh Kementerian Kerja Raya, Safizahanin berkata kualiti jalan raya utama di ibu kota berada antara tahap D (sederhana) dan tahap F (gagal) untuk menampung bilangan kenderaan disebabkan pertambahan yang tinggi sehingga berlakunya kesesakan teruk.

Tambahnya, ini disokong dengan laporan daripada ‘The Asean Secretariat’ pada 2017 yang menyatakan rakyat Malaysia memiliki kenderaan persendirian kedua tertinggi iaitu sebanyak 896.7 kenderaan bagi 1,000 penduduk selepas Brunei berbanding Thailand, Indoensia dan Vietnam.

Tetapi, bersediakah kita untuk ke arah itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language