December 7, 2022
Seramai 252 pemandu telah menerima saman atau ‘surat cinta’ daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka di atas kesalahan memotong barisan dalam Op Rentas Sempadan Wilayah Selatan. Menurut Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Sharif, kesalahan memotong barisan dari arah kiri jalan adalah penyumbang terbesar terhadap jumlah saman dikeluarkan sepanjang tiga hari operasi dijalankan. *Kredit foto: The Star Potong Barisan Paling Ramai Daripada 956 buah yang diperiksa di tiga lokasi utama iaitu Cheng Height, Bertam Malim dan Padang Keladi, sebanyak 662 kenderaan telah diambil tindakan. Tambah Firdaus, kesalahan memotong barisan sebelah kiri juga merupakan kesalahan tertinggi dikesan dalam Op Sempadan membabitkan kolaborasi JPJ Negeri Sembilan dan Johor. “Trafik sesak kerana jumlah kenderaan meningkat pada cuti hujung minggu, jadi ramai pemandu yang bertindak memotong barisan kerana tidak sabar,” katanya. Memotong barisan adalah salah di sisi undang-undang dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, menyaksikan pesalah boleh disaman sebanyak RM300. *Kredit foto: Kosmo Saman Lain Yang Direkodkan Firdaus berkata, sebanyak 502 saman telah dikeluarkan untuk kesalahan lain, antaranya: Tidak mematuhi lampu isyarat merah (121) Tidak memakai topi keledar (15) Tidak memakai tali pinggang keledar (26) Memotong di garisan berkembar (3) Menggunakan lorong kecemasan (2) Menggunakan telefon bimbit (5) Membawa lebih muatan (131) Membawa muatan bahaya (1)

Seramai 252 pemandu telah menerima saman atau ‘surat cinta’ daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka di atas kesalahan memotong barisan dalam Op Rentas Sempadan Wilayah Selatan.

Menurut Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Sharif, kesalahan memotong barisan dari arah kiri jalan adalah penyumbang terbesar terhadap jumlah saman dikeluarkan sepanjang tiga hari operasi dijalankan.

*Kredit foto: The Star

Potong Barisan Paling Ramai

Daripada 956 buah yang diperiksa di tiga lokasi utama iaitu Cheng Height, Bertam Malim dan Padang Keladi, sebanyak 662 kenderaan telah diambil tindakan.

Tambah Firdaus, kesalahan memotong barisan sebelah kiri juga merupakan kesalahan tertinggi dikesan dalam Op Sempadan membabitkan kolaborasi JPJ Negeri Sembilan dan Johor.

“Trafik sesak kerana jumlah kenderaan meningkat pada cuti hujung minggu, jadi ramai pemandu yang bertindak memotong barisan kerana tidak sabar,” katanya.

Memotong barisan adalah salah di sisi undang-undang dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, menyaksikan pesalah boleh disaman sebanyak RM300.

*Kredit foto: Kosmo

Saman Lain Yang Direkodkan

Firdaus berkata, sebanyak 502 saman telah dikeluarkan untuk kesalahan lain, antaranya:

Tidak mematuhi lampu isyarat merah (121)
Tidak memakai topi keledar (15)
Tidak memakai tali pinggang keledar (26)
Memotong di garisan berkembar (3)
Menggunakan lorong kecemasan (2)
Menggunakan telefon bimbit (5)
Membawa lebih muatan (131)
Membawa muatan bahaya (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language