November 28, 2022
Susulan pengumuman kerajaan bahawa pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan berakhir pada 30 Jun ini, ramai pembeli menyerbu ke bilik pameran kereta untuk menempah kenderaan yang diingini. Kebanyakan daripada mereka berbuat demikian kerana mahu menikmati insentif pengecualian SST yang menjadikan harga kereta semasa sedikit rendah berbanding biasa. Tempah Dulu Demi Pengecualian SST Berdasarkan laporan Berita Harian, ada pembeli di ibu kota yang sanggup menunggu sehingga enam bulan untuk mendapatkan kenderaan yang diingini, asalkan dapat menikmati insentif yang diberikan kerajaan ini. Menurut penasihat jualan syarikat kereta import, Edwin Wong Chee Keong, berkata ramai pembeli merebut peluang untuk menempah kereta dalam masa seminggu ini dengan menempah terlebih dahulu untuk memastikan mereka masih lagi boleh dapat pengecualian SST. Berdasarkan kenyataan daripada kerajaan, walaupun kereta didaftarkan selepas tamat pengecualian SST, namun jika pembeli telah menempah sebelum 30 Jun, mereka dikira masih layak menerima pengecualian. Ini kerana kerajaan telah melanjutkan tempoh pendaftaran kenderaan tersebut di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga 31 Mac 2023 meskipun tarikh akhir pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang kekal pada 30 Jun 2022. Lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan itu adalah satu penyelesaian titik tengah bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula selepas pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat serta kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara. Menurut Edwin, meskipun tiada lanjutan pengecualian SST, namun ketika ini pihaknya belum menerima sebarang pembatalan tempahan oleh pelanggannya. Tambahnya, sebelum ini jika berlaku masalah teknikal seperti warna yang diingini tiada, pelanggan akan membatalkan tempahan. "Sejak Insentif Pengecualian SST diperkenalkan, kami berjaya menjual 150 sehingga 180 unit kenderaan dalam tempoh dua bulan," katanya. Tempahan Meningkat 2 Kali Ganda Sementara itu, pengurus syarikat kereta tempatan, Muhammad Dini, pula berkata jumlah tempahan yang diterima syarikat itu tidak terjejas, sebaliknya melonjak sehingga dua kali ganda. Jelasnya, sebelum ini mereka menerima 200 hingga 300 unit tempahan dalam masa sebulan. Namun kini mereka telah menerima tempahan sebanyak 400 hingga 500 unit. Selain jumlah pelanggan yang berkunjung ke bilik pameran semakin meningkat, beliau menyatakan bahawa tempahan pelanggan menerusi sistem dalam talian juga mencatatkan peningkatan. "Kami mengenakan deposit sebanyak RM100 untuk model kereta yang laris di pasaran dan jika mereka batalkan tempahan, deposit akan dipulangkan semula. Agihan kereta tertakluk kepada ibu pejabat," katanya. Bayaran Bulanan Kereta Lebih Rendah Sementara itu, eksekutif akaun, Ashraf Arif Nor Azlan, berkata insentif pengecualian SST yang memudahkan dari segi deposit dan harga kereta merupakan sebab beliau membeli kereta kerana bayaran bulanan bagi kereta beliau menjadi lebih rendah. Beliau turut mencadangkan agar kerajaan memanjangkan tempoh insentif ini supaya pembeli dapat melakukan penjimatan dan pengedar dapat menyumbangkan kembali kepada ekonomi negara. Mereka yang ingin menikmati pengecualian SST ketika membeli kenderaan masih boleh berbuat demikian sebelum 30 Jun 2022.

Susulan pengumuman kerajaan bahawa pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan berakhir pada 30 Jun ini, ramai pembeli menyerbu ke bilik pameran kereta untuk menempah kenderaan yang diingini.

Kebanyakan daripada mereka berbuat demikian kerana mahu menikmati insentif pengecualian SST yang menjadikan harga kereta semasa sedikit rendah berbanding biasa.

Tempah Dulu Demi Pengecualian SST

Berdasarkan laporan Berita Harian, ada pembeli di ibu kota yang sanggup menunggu sehingga enam bulan untuk mendapatkan kenderaan yang diingini, asalkan dapat menikmati insentif yang diberikan kerajaan ini.

Menurut penasihat jualan syarikat kereta import, Edwin Wong Chee Keong, berkata ramai pembeli merebut peluang untuk menempah kereta dalam masa seminggu ini dengan menempah terlebih dahulu untuk memastikan mereka masih lagi boleh dapat pengecualian SST.

Berdasarkan kenyataan daripada kerajaan, walaupun kereta didaftarkan selepas tamat pengecualian SST, namun jika pembeli telah menempah sebelum 30 Jun, mereka dikira masih layak menerima pengecualian.

Ini kerana kerajaan telah melanjutkan tempoh pendaftaran kenderaan tersebut di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga 31 Mac 2023 meskipun tarikh akhir pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang kekal pada 30 Jun 2022.

Lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan itu adalah satu penyelesaian titik tengah bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula selepas pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat serta kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara.

Menurut Edwin, meskipun tiada lanjutan pengecualian SST, namun ketika ini pihaknya belum menerima sebarang pembatalan tempahan oleh pelanggannya. Tambahnya, sebelum ini jika berlaku masalah teknikal seperti warna yang diingini tiada, pelanggan akan membatalkan tempahan.

“Sejak Insentif Pengecualian SST diperkenalkan, kami berjaya menjual 150 sehingga 180 unit kenderaan dalam tempoh dua bulan,” katanya.

Tempahan Meningkat 2 Kali Ganda

Sementara itu, pengurus syarikat kereta tempatan, Muhammad Dini, pula berkata jumlah tempahan yang diterima syarikat itu tidak terjejas, sebaliknya melonjak sehingga dua kali ganda.

Jelasnya, sebelum ini mereka menerima 200 hingga 300 unit tempahan dalam masa sebulan. Namun kini mereka telah menerima tempahan sebanyak 400 hingga 500 unit.

Selain jumlah pelanggan yang berkunjung ke bilik pameran semakin meningkat, beliau menyatakan bahawa tempahan pelanggan menerusi sistem dalam talian juga mencatatkan peningkatan.

“Kami mengenakan deposit sebanyak RM100 untuk model kereta yang laris di pasaran dan jika mereka batalkan tempahan, deposit akan dipulangkan semula. Agihan kereta tertakluk kepada ibu pejabat,” katanya.

Bayaran Bulanan Kereta Lebih Rendah

Sementara itu, eksekutif akaun, Ashraf Arif Nor Azlan, berkata insentif pengecualian SST yang memudahkan dari segi deposit dan harga kereta merupakan sebab beliau membeli kereta kerana bayaran bulanan bagi kereta beliau menjadi lebih rendah.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan memanjangkan tempoh insentif ini supaya pembeli dapat melakukan penjimatan dan pengedar dapat menyumbangkan kembali kepada ekonomi negara.

Mereka yang ingin menikmati pengecualian SST ketika membeli kenderaan masih boleh berbuat demikian sebelum 30 Jun 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language