November 28, 2022
Syarikat berskala kecil, organisasi atau individu perlu memohon permit khas mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk melayakkan membeli petrol dan diesel melebihi 20 liter daripada stesen minyak untuk kegunaan sendiri. Walau bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan bahawa permit khas itu hanya diperlukan bagi pembelian bahan api dengan kuantiti melebihi 20 liter ke atas sahaja. Permit Khas Pembelian Bahan Api Permit khas itu diperlukan bagi mengelakkan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel daripada diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab Menurut Alexander, mana-mana pihak yang diberi kebenaran untuk membeli petrol dan diesel melalui Permit Khas boleh menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas yang bersesuaian mengikut kuantiti harian yang diluluskan. "Mana-mana pihak yang membeli dengan kuantiti kurang daripada 20 liter termasuk kes-kes kecemasan adalah dibenarkan dan tidak memerlukan permit khas,” tambahnya. Ketika ini, Alexander memberitahu antara pihak yang sudah mendapat Permit Khas daripada pihak kementerian adalah: Pengguna 'forklift' Sektor pertanian dan penternakan Pengusaha industri makanan Penduduk di kawasan pedalaman Pengguna pengangkutan air untuk enjin bot Nelayan separuh masa iaitu bukan pemegang kad e-nelayan Pihak yang mahu memohon permit khas boleh berbuat demikian melalui sistem Mysubsidi Permit Khas secara dalam talian di portal http://permitkhas.kpdnhep.gov.my atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran. Tiada bayaran dikenakan bagi permohonan permit khas berkenaan. Regulasi Pembelian Bahan Bakar Bersubsidi Mengulas laporan media berhubung larangan pembelian bahan api petrol dan diesel menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas tanpa kebenaran, Alexander berkata mengikut peruntukan undang-undang Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961, setiap stesen minyak mesti mempunyai lesen mengikut akta terbabit bagi membolehkan ia berurusniaga dengan minyak petrol dan diesel. "Antara syarat yang ditetapkan bawah lesen terbabit adalah mana-mana stesen minyak tidak dibenarkan menjual bahan api diesel dan semua gred petrol kecuali ia menggunakan tangki asal kenderaan berkenaan atau yang diluluskan oleh agensi berkaitan dan dijual kepada mana-mana pihak yang mendapat kebenaran daripada pihak KPDNHEP bawah peruntukan undang-undang AKB 1961," katanya.

Syarikat berskala kecil, organisasi atau individu perlu memohon permit khas mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk melayakkan membeli petrol dan diesel melebihi 20 liter daripada stesen minyak untuk kegunaan sendiri.

Walau bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan bahawa permit khas itu hanya diperlukan bagi pembelian bahan api dengan kuantiti melebihi 20 liter ke atas sahaja.

Permit Khas Pembelian Bahan Api

Permit khas itu diperlukan bagi mengelakkan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel daripada diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

Menurut Alexander, mana-mana pihak yang diberi kebenaran untuk membeli petrol dan diesel melalui Permit Khas boleh menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas yang bersesuaian mengikut kuantiti harian yang diluluskan.

“Mana-mana pihak yang membeli dengan kuantiti kurang daripada 20 liter termasuk kes-kes kecemasan adalah dibenarkan dan tidak memerlukan permit khas,” tambahnya.

Ketika ini, Alexander memberitahu antara pihak yang sudah mendapat Permit Khas daripada pihak kementerian adalah:

Pengguna ‘forklift’
Sektor pertanian dan penternakan
Pengusaha industri makanan
Penduduk di kawasan pedalaman
Pengguna pengangkutan air untuk enjin bot
Nelayan separuh masa iaitu bukan pemegang kad e-nelayan

Pihak yang mahu memohon permit khas boleh berbuat demikian melalui sistem Mysubsidi Permit Khas secara dalam talian di portal http://permitkhas.kpdnhep.gov.my atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran. Tiada bayaran dikenakan bagi permohonan permit khas berkenaan.

Regulasi Pembelian Bahan Bakar Bersubsidi

Mengulas laporan media berhubung larangan pembelian bahan api petrol dan diesel menggunakan tong drum, plastik atau apa-apa bekas tanpa kebenaran, Alexander berkata mengikut peruntukan undang-undang Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961, setiap stesen minyak mesti mempunyai lesen mengikut akta terbabit bagi membolehkan ia berurusniaga dengan minyak petrol dan diesel.

“Antara syarat yang ditetapkan bawah lesen terbabit adalah mana-mana stesen minyak tidak dibenarkan menjual bahan api diesel dan semua gred petrol kecuali ia menggunakan tangki asal kenderaan berkenaan atau yang diluluskan oleh agensi berkaitan dan dijual kepada mana-mana pihak yang mendapat kebenaran daripada pihak KPDNHEP bawah peruntukan undang-undang AKB 1961,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language