December 8, 2022
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula 16 Jun 2022 bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL serta KTM Komuter Lembah Klang. Kenyataan ini disampaikan oleh beliau sendiri sempena pembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu, di Stesen MRT Kampung Batu. Tambang Percuma Selama Sebulan Menurut PM, kerajaan faham dengan kesusahan rakyat terutama dengan peningkatan harga barang yang membebankan serta kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh itu, beliau telah mengumumkan tambang percuma itu bagi perkhidmatan: MRT Transit Aliran Ringan (LRT) Bas Rapid Transit (BRT) Monorel Bas RapidKL. KTM Komuter  Menurut PM, kerajaan memberikan subsidi RM140 juta bagi membolehkan penumpang menikmati tambang percuma pengangkutan RapidKL, manakala RM15 juta bagi KTM Komuter Lembah Klang selama sebulan. “Saya berharap Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam ini dan meletakkan kenderaan masing-masing di Park N Ride dan #JomNaikMRT,” katanya. Mengeratkan Hubungan Komuniti Penduduk Melalui penyediaan kemudahan laluan MRT Putrajaya, Perdana Menteri berkata ia akan terus menjadi pemangkin ke arah mengeratkan hubungan antara komuniti penduduk terutamanya yang tinggal berdekatan dengan jajaran. Tambahnya, rakyat akan lebih mudah bergerak dan berulang-alik ke tempat kerja, bersosial dan mengakses kemudahan awam yang lain. Kerajaan juga yakin kawasan sepanjang jajaran seperti Jinjang, Sungai Buloh, Kepong dan Bandar Sri Damansara akan membangun lebih pesat, setara dengan kawasan-kawasan di bandar lain. “Laluan ini juga dijangka mencetus dan merancakkan semula pembangunan di kawasan-kawasan yang lama atau yang belum dibangunkan sebelum ini,” ujarnya. MRT Laluan Putrajaya MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu sepanjang 17.5 kilometer (km) meliputi 12 stesen termasuk tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang 16 Jun 2022.  Sembilan stesen baharu yang dibuka ialah: Damansara Damai Sri Damansara Barat Sri Damansara Sentral Sri Damansara Timur Metro Prima Kepong Baru Jinjang Sri Delima Kampung Batu. Dalam pada itu, 13 laluan bas perantara juga akan memulakan operasi pada masa sama untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan perumahan dan komersial yang terletak di dalam kawasan berhampiran stesen seperti Bandar Sri Damansara, Taman Ehsan, Taman Kepong serta Bandar Baru Selayang. Jika segalanya mengikut jadual, Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa 2 pula dijangka akan beroperasi menjelang Januari 2023.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula 16 Jun 2022 bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL serta KTM Komuter Lembah Klang.

Kenyataan ini disampaikan oleh beliau sendiri sempena pembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu, di Stesen MRT Kampung Batu.

Tambang Percuma Selama Sebulan

Menurut PM, kerajaan faham dengan kesusahan rakyat terutama dengan peningkatan harga barang yang membebankan serta kos sara hidup yang semakin meningkat.

Oleh itu, beliau telah mengumumkan tambang percuma itu bagi perkhidmatan:

MRT
Transit Aliran Ringan (LRT)
Bas Rapid Transit (BRT)
Monorel
Bas RapidKL.
KTM Komuter 

Menurut PM, kerajaan memberikan subsidi RM140 juta bagi membolehkan penumpang menikmati tambang percuma pengangkutan RapidKL, manakala RM15 juta bagi KTM Komuter Lembah Klang selama sebulan.

“Saya berharap Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam ini dan meletakkan kenderaan masing-masing di Park N Ride dan #JomNaikMRT,” katanya.

Mengeratkan Hubungan Komuniti Penduduk

Melalui penyediaan kemudahan laluan MRT Putrajaya, Perdana Menteri berkata ia akan terus menjadi pemangkin ke arah mengeratkan hubungan antara komuniti penduduk terutamanya yang tinggal berdekatan dengan jajaran.

Tambahnya, rakyat akan lebih mudah bergerak dan berulang-alik ke tempat kerja, bersosial dan mengakses kemudahan awam yang lain.

Kerajaan juga yakin kawasan sepanjang jajaran seperti Jinjang, Sungai Buloh, Kepong dan Bandar Sri Damansara akan membangun lebih pesat, setara dengan kawasan-kawasan di bandar lain.

“Laluan ini juga dijangka mencetus dan merancakkan semula pembangunan di kawasan-kawasan yang lama atau yang belum dibangunkan sebelum ini,” ujarnya.

MRT Laluan Putrajaya

MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu sepanjang 17.5 kilometer (km) meliputi 12 stesen termasuk tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang 16 Jun 2022. 

Sembilan stesen baharu yang dibuka ialah:

Damansara Damai
Sri Damansara Barat
Sri Damansara Sentral
Sri Damansara Timur
Metro Prima
Kepong Baru
Jinjang
Sri Delima
Kampung Batu.

Dalam pada itu, 13 laluan bas perantara juga akan memulakan operasi pada masa sama untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan perumahan dan komersial yang terletak di dalam kawasan berhampiran stesen seperti Bandar Sri Damansara, Taman Ehsan, Taman Kepong serta Bandar Baru Selayang.

Jika segalanya mengikut jadual, Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya Fasa 2 pula dijangka akan beroperasi menjelang Januari 2023.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language