May 28, 2022
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, satu peraturan kecil berhubung penggunaan e-skuter akan diputuskan, termasuk pelaksanaan lesen terhadap e-skuter. Susulan tular video yang memaparkan para pengguna e-skuter yang menggunakan jalan raya tanpa menghirau keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain di Cyberjaya, Kementerian Pengangkutan dilaporkan sedang memperhalusi satu peraturan kecil berhubung penggunaan skuter elektrik, termasuk pelaksanaan lesen. *Kredit foto: The Star Lesen e-Skuter Ketika ini, Kementerian Pengangkutan sedang memperhalusi beberapa dasar dan peraturan kecil bagi memastikan kenderaan mobiliti mikro itu dikawal penggunaannya. Kemungkinan, pelaksanaan lesen akan dikenakan kepada: Pengguna e-skuter Pembekal e-skuter Menurut Wee, pembekal skuter elektrik perlu melalui pengendali lesen dan cukai kerana spesifikasi e-skuter tersebut perlu disemak terlebih dahulu. *Kredit foto: Harian Metro Peraturan Kecil e-Skuter Bakal Diputuskan Meskipun ada sesetegah e-skuter yang digelar e-bicycle, namun kelajuannya seakan sebuah motosikal membuatkan Kementerian Pengangkutan tidak boleh melihat berpandukan nama sahaja. Bagi Wee Ka Siong, kenderaan mikro mobiliti terlalu banyak menggunakan nama berbeza, jadi ia memerlukan satu definisi jelas yang akan dibuat melalui peraturan kecil itu. Tambahnya lagi, penggunaan e-skuter semakin menjadi trend dalam kalangan masyarakat yang memerlukan penyelesaian sewajarnya untuk mengelakkan pengguna terdedah kepada risiko nahas yang lebih teruk. Penggunaan kenderaan elektrik seperti e-skuter adalah termaktub dalam pindaan Akta 333 Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020. Pindaan itu merangkumi semua aspek kenderaan yang digolongkan di bawah kenderaan mikro mobiliti yang mempunyai peraturan kecil mengenai spesifikasi kenderaan tersebut.  “Kita kena perhalusi setiap satu kenderaan itu dan pendekatan sudah dibuat berkali-kali kerana jumlah mikro mobiliti ini amat banyak,” jelas Wee Ka Siong. Pengumuman lanjut berhubung isu ini akan diumumkan tidak lama lagi. Boleh Ke Bawa e-Skuter Di Jalan Raya? Bermula 1 Januari 2021, penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya atau kawasan selain yang digazetkan di ibu negara adalah dilarang. Orang ramai dinasihati supaya tidak menyewa dan menaiki skuter di atas jalan raya kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Penunggang skuter elektrik yang didapati bergerak di atas jalan raya akan dikenakan denda RM300 untuk kesalahan pertama, maksimum RM1,000 untuk kesalahan seterusnya atau penjara tiga bulan. Kat Mana Boleh Bawa Skuter Elektrik? Taman permainan Kawasan pejalan kaki Kawasan sekitar pusat beli belah di ibu negara Kawasan yang terasing dari jalan raya

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, satu peraturan kecil berhubung penggunaan e-skuter akan diputuskan, termasuk pelaksanaan lesen terhadap e-skuter.

Susulan tular video yang memaparkan para pengguna e-skuter yang menggunakan jalan raya tanpa menghirau keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain di Cyberjaya, Kementerian Pengangkutan dilaporkan sedang memperhalusi satu peraturan kecil berhubung penggunaan skuter elektrik, termasuk pelaksanaan lesen.

*Kredit foto: The Star

Lesen e-Skuter

Ketika ini, Kementerian Pengangkutan sedang memperhalusi beberapa dasar dan peraturan kecil bagi memastikan kenderaan mobiliti mikro itu dikawal penggunaannya. Kemungkinan, pelaksanaan lesen akan dikenakan kepada:

Pengguna e-skuter
Pembekal e-skuter

Menurut Wee, pembekal skuter elektrik perlu melalui pengendali lesen dan cukai kerana spesifikasi e-skuter tersebut perlu disemak terlebih dahulu.

*Kredit foto: Harian Metro

Peraturan Kecil e-Skuter Bakal Diputuskan

Meskipun ada sesetegah e-skuter yang digelar e-bicycle, namun kelajuannya seakan sebuah motosikal membuatkan Kementerian Pengangkutan tidak boleh melihat berpandukan nama sahaja.

Bagi Wee Ka Siong, kenderaan mikro mobiliti terlalu banyak menggunakan nama berbeza, jadi ia memerlukan satu definisi jelas yang akan dibuat melalui peraturan kecil itu.

Tambahnya lagi, penggunaan e-skuter semakin menjadi trend dalam kalangan masyarakat yang memerlukan penyelesaian sewajarnya untuk mengelakkan pengguna terdedah kepada risiko nahas yang lebih teruk.

Penggunaan kenderaan elektrik seperti e-skuter adalah termaktub dalam pindaan Akta 333 Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020. Pindaan itu merangkumi semua aspek kenderaan yang digolongkan di bawah kenderaan mikro mobiliti yang mempunyai peraturan kecil mengenai spesifikasi kenderaan tersebut.

 “Kita kena perhalusi setiap satu kenderaan itu dan pendekatan sudah dibuat berkali-kali kerana jumlah mikro mobiliti ini amat banyak,” jelas Wee Ka Siong. Pengumuman lanjut berhubung isu ini akan diumumkan tidak lama lagi.

Boleh Ke Bawa e-Skuter Di Jalan Raya?

Bermula 1 Januari 2021, penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya atau kawasan selain yang digazetkan di ibu negara adalah dilarang.

Orang ramai dinasihati supaya tidak menyewa dan menaiki skuter di atas jalan raya kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penunggang skuter elektrik yang didapati bergerak di atas jalan raya akan dikenakan denda RM300 untuk kesalahan pertama, maksimum RM1,000 untuk kesalahan seterusnya atau penjara tiga bulan.

Kat Mana Boleh Bawa Skuter Elektrik?

Taman permainan
Kawasan pejalan kaki
Kawasan sekitar pusat beli belah di ibu negara
Kawasan yang terasing dari jalan raya

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language