Categories
Auto news

Penghantar Makanan Langgar Lampu Merah, Myvi Diterbalikkan – 9 Individu Ditahan

Sebuah rakaman video tular menunjukkan sebuah Perodua Myvi diterbalikkan di perkarangan sebuah stesen minyak di Johor Bahru. Apakah cerita disebalik insiden ini?

Pada awalnya, Myvi tersebut diterbalikkan orang ramai kerana didakwa melanggar lampu merah sehingga mencederakan seorang penghantar makanan, tapi ada plot twist pula.

*Kredit video: Hafiz Aziz

Ejek Punca Terbalik?

Berdasarkan laporan awal Kosmo, saksi di kawasan kejadian memaklumkan pemandu kereta Perodua Myvi itu tidak mematuhi lampu merah dan telah melanggar seorang penghantar makanan sehingga patah kaki. Pemandu Myvi itu dilaporkan cuba untuk melarikan diri sebelum dikerumuni orang awam.

Tambah saksi, dua kereta peroda polis tiba tidak lama kemudian dan membawa pemandu kereta itu ke kereta peronda untuk memastikan keselamatannya. Namun apabila berada di dalam kereta peronda polis, pemandu dikatakan mengejek orang ramai menyebabkan mereka berasa marah dan bertindak merosak dan menterbalikkan Myvi tersebut.

*Kredit video: Sukan Star TV

Rakaman Dashcam Jadi Bukti

Walau bagaimanapun, tular satu lagi video rakaman dashcam dari Perodua Myvi berkenaan yang menunjukkan dengan jelas bahawa Myvi itu berada di pihak yang benar.

Rakaman menunjukkan bahawa lampu isyarat untuk laluan Myvi itu baru masih hijau, cuma ia sudah mula berkelip namun belum bertukar kepada kuning. Ini bermakna penghantar makanan tersebut yang melanggar lampu merah, bukan Myvi itu.

Ini menunjukkan terdapat perbezaan antara bukti rakaman dashcam dengan keterangan saksi di tempat kejadian. Jika dakwaan Myvi langgar lampu merah tidak benar, adakan tindakan menterbalikkan sesebuah kenderaan hanya kerana diejek boleh diterima?

PDRM Tahan 9 Individu

Susulan insiden ini, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak mengesahkan bahawa sembilan individu telah ditahan berhubung kejadian tersebut.

Kesemua sembilan suspek yang berusia antara 16 hingga 41 tahun telah ditahan reman selama empat hari hingga Selasa.

Tambah beliau, siasatan ke atas sembilan suspek itu sudah selesai dan kertas siasatan sudah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Tujuh daripada mereka akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru esok mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya.

 Dalam pada itu, polis sedang mencari seorang lagi individu yang dipercayai terlibat dalam insiden rusuhan yang menterbalikkan sebuah kereta di Taman Kota Masai, di sini Khamis lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language