December 1, 2022
Nampaknya isu OCH pada Proton Exora masih belum selesai setelah Proton digesa oleh pengusaha bengkel untuk melantik mekanik luar yang mencipta hos penyejuk minyak (Oil Cooler Hose OCH) alternatif untuk Exora sebagai ejen pemasangannya. Dalam waktu yang sama, Proton juga perlu mewajibkan pelanggan meneruskan servis kereta di bengkel Proton sehingga tamat tempoh waranti.  OCH Exora Kerap Pecah, Lantik Mekanik Pasang OCH Alternatif OCH merupakan komponen yang menjaga transmisi dan minyak enjin kereta daripada panas melampau. Jika OCH pecah atau rosak, minyak akan bocor menyebabkan enjin dan transmisi kereta gagal berfungsi dengan baik dan boleh merosakkan enjin. Pengusaha bengkel kereta terkenal di Lembah Klang, Mohd Fadzzel Mohd Sultan, telah menyarakan supaya Proton melantik mekanik yang membuat OCH alternatif sebagai ejen pemasangan. Perkara ini telah dikemukakan oleh beberapa kelab pemilik Exora kepada pengurusan tertinggi Proton sebelum ini, namun tidak berhasil. Cadangan itu diberikan sebagai jalan penyelesaian isu OCH kereta Exora yang kerap pecah sehingga membuatkan bakal pembeli dan pemilik Exora bimbang. Orang ramai terpaksa menempah OCH alternatif melalui pihak ketiga meskipun Proton mengingatkan bahawa komponen sedemikian tidak diuji dalam makmal dan dikhuatiri menyebabkan lebih banyak kerosakan. Fadzzel bagaimanapun mempertikaikan peringatan itu dan mahu Proton mencari penyelesaian holistik untuk menyelesaikan isu ketahanan komponen itu demi kebaikan pemilik Exora. Pasang Custom OCH, Waranti Jalan Seperti Biasa Lebih dikenali sebagai Pak Tam, Fadzzel turut menawarkan khidmat pemasangan OCH buatan sendiri di lima bengkel miliknya. Tambahnya, mekanik yang membuat OCH alternatif untuk Exora patut diberikan peranan oleh Proton. Menurut Fadzzel, jika Proton izinkan mereka untuk memasang OCH alternatif, pelanggan akan membayar kepada ejen yang memasang OCH alternatif, namun waranti dengan Proton tetap akan berjalan seperti biasa. Tambah beliau, langkah ini akan menaikkan nama Proton kerana tiada lagi masalah OCH pecah serta Proton tak perlu risau pelanggan lari memandangkan mereka masih terikat dengan pusat servis Proton. Proton Pernah Berminat Nak Beli Hak Reka Cipta OCH Alternatif Sebelum ini, Proton dikatakan berminat untuk membeli hak reka cipta OCH alternatif daripada beliau, namun tawaran itu terpaksa ditolak atas pelbagai faktor. Tambahnya, ada pelanggan yang mencarinya pada jam 3-4 pagi ekoran masalah OCH pecah di tengah jalan. “Jika kita tiada hak reka cipta OCH itu, bagaimana kita nak bantu mereka?” jelas beliau kepada FMT.  “Saya tak berminat nak kerjasama cara mereka, dengan spesifikasi dan harga pun kena ikut cara mereka. Itu agak berat untuk pelanggan kita. Sebab rata-rata pelanggan kita bukan orang senang,” katanya yang terkenal dalam kalangan pemilik Exora sebagai pakar OCH. OCH Proton Tak Berkualiti? Fadzzel berkata, nasihat Proton agar pemilik Exora waspada terhadap OCH alternatif dalam pasaran tidak menggambarkan realiti sebenar. “Kalau mereka kata jangan beli daripada pihak luar sebab tak diuji, produk awak yang telah diuji pun ada kegagalan. Jadi awak letakkan tahap kualiti produk awak itu dekat mana?” Menurutnya, bengkel-bengkel luar sering mendengar keluhan pelanggan yang terpaksa membelanjakan sehingga RM7,000 – RM8,000 kerana membaiki enjin pecah. Sehingga kini, lima cawangan bengkel kereta milik Fadzzel sudah memasang lebih 1,000 buah OCH alternatif untuk pelanggan. Ketua Pengurusan Kandungan Proton, Faisal Shah, sebelum ini memberitahu media bahawa pembekal OCH alternatif diragui kemudahannya dalam menjalankan ujikaji produk buatan mereka. Walau bagaimanapun, ada pemilik Exora yang sanggup membelanjakan sehingga RM1,000 untuk menukar kepada OCH alternatif berbanding menanggung risiko kerugian besar di masa hadapan. Adakah anda pengguna Exora? Sanggupkah anda menukar kepada custom OCH memandangkan terlalu banyak kes OCH Exora buatan Proton pecah? *Kredit Foto: Free Malaysia Today  

Nampaknya isu OCH pada Proton Exora masih belum selesai setelah Proton digesa oleh pengusaha bengkel untuk melantik mekanik luar yang mencipta hos penyejuk minyak (Oil Cooler Hose OCH) alternatif untuk Exora sebagai ejen pemasangannya.

Dalam waktu yang sama, Proton juga perlu mewajibkan pelanggan meneruskan servis kereta di bengkel Proton sehingga tamat tempoh waranti. 

OCH Exora Kerap Pecah, Lantik Mekanik Pasang OCH Alternatif

OCH merupakan komponen yang menjaga transmisi dan minyak enjin kereta daripada panas melampau. Jika OCH pecah atau rosak, minyak akan bocor menyebabkan enjin dan transmisi kereta gagal berfungsi dengan baik dan boleh merosakkan enjin.

Pengusaha bengkel kereta terkenal di Lembah Klang, Mohd Fadzzel Mohd Sultan, telah menyarakan supaya Proton melantik mekanik yang membuat OCH alternatif sebagai ejen pemasangan.

Perkara ini telah dikemukakan oleh beberapa kelab pemilik Exora kepada pengurusan tertinggi Proton sebelum ini, namun tidak berhasil.

Cadangan itu diberikan sebagai jalan penyelesaian isu OCH kereta Exora yang kerap pecah sehingga membuatkan bakal pembeli dan pemilik Exora bimbang.

Orang ramai terpaksa menempah OCH alternatif melalui pihak ketiga meskipun Proton mengingatkan bahawa komponen sedemikian tidak diuji dalam makmal dan dikhuatiri menyebabkan lebih banyak kerosakan.

Fadzzel bagaimanapun mempertikaikan peringatan itu dan mahu Proton mencari penyelesaian holistik untuk menyelesaikan isu ketahanan komponen itu demi kebaikan pemilik Exora.

Pasang Custom OCH, Waranti Jalan Seperti Biasa

Lebih dikenali sebagai Pak Tam, Fadzzel turut menawarkan khidmat pemasangan OCH buatan sendiri di lima bengkel miliknya. Tambahnya, mekanik yang membuat OCH alternatif untuk Exora patut diberikan peranan oleh Proton.

Menurut Fadzzel, jika Proton izinkan mereka untuk memasang OCH alternatif, pelanggan akan membayar kepada ejen yang memasang OCH alternatif, namun waranti dengan Proton tetap akan berjalan seperti biasa.

Tambah beliau, langkah ini akan menaikkan nama Proton kerana tiada lagi masalah OCH pecah serta Proton tak perlu risau pelanggan lari memandangkan mereka masih terikat dengan pusat servis Proton.

Proton Pernah Berminat Nak Beli Hak Reka Cipta OCH Alternatif

Sebelum ini, Proton dikatakan berminat untuk membeli hak reka cipta OCH alternatif daripada beliau, namun tawaran itu terpaksa ditolak atas pelbagai faktor.

Tambahnya, ada pelanggan yang mencarinya pada jam 3-4 pagi ekoran masalah OCH pecah di tengah jalan. “Jika kita tiada hak reka cipta OCH itu, bagaimana kita nak bantu mereka?” jelas beliau kepada FMT.

 “Saya tak berminat nak kerjasama cara mereka, dengan spesifikasi dan harga pun kena ikut cara mereka. Itu agak berat untuk pelanggan kita. Sebab rata-rata pelanggan kita bukan orang senang,” katanya yang terkenal dalam kalangan pemilik Exora sebagai pakar OCH.

OCH Proton Tak Berkualiti?

Fadzzel berkata, nasihat Proton agar pemilik Exora waspada terhadap OCH alternatif dalam pasaran tidak menggambarkan realiti sebenar.

“Kalau mereka kata jangan beli daripada pihak luar sebab tak diuji, produk awak yang telah diuji pun ada kegagalan. Jadi awak letakkan tahap kualiti produk awak itu dekat mana?”

Menurutnya, bengkel-bengkel luar sering mendengar keluhan pelanggan yang terpaksa membelanjakan sehingga RM7,000 – RM8,000 kerana membaiki enjin pecah.

Sehingga kini, lima cawangan bengkel kereta milik Fadzzel sudah memasang lebih 1,000 buah OCH alternatif untuk pelanggan.

Ketua Pengurusan Kandungan Proton, Faisal Shah, sebelum ini memberitahu media bahawa pembekal OCH alternatif diragui kemudahannya dalam menjalankan ujikaji produk buatan mereka.

Walau bagaimanapun, ada pemilik Exora yang sanggup membelanjakan sehingga RM1,000 untuk menukar kepada OCH alternatif berbanding menanggung risiko kerugian besar di masa hadapan.

Adakah anda pengguna Exora? Sanggupkah anda menukar kepada custom OCH memandangkan terlalu banyak kes OCH Exora buatan Proton pecah?

*Kredit Foto: Free Malaysia Today

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language