Categories
Auto news

Penjual Kad NFC Touch ‘n Go Pada Harga Yahudi Diburu KPDNHEP

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang mengesan kegiatan penjualan kad Komunikasi Medan Dekat (NFC) Touch ‘n Go (TnG) di platform pasaran dalam talian pada harga yahudi.

Kad NFC TnG dijual pada berlipat kali ganda berbanding harga asalnya,RM10 jika dibeli di lokasi stesen minyak terpilih atau menerusi transaksi dalam talian menggunakan aplikasi eWallet TnG.

Kad NFC TnG Dijual Terlalu Mahal

Sejak diperkenalkan pada April tahun ini dengan bekalan yang agak terhad, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual semula kad terbabit pada harga yang tidak masuk akal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP telah menerima empat aduan rasmi mengenai kad NFC TnG dan mengesan 13 iklan jualan kad berkenaan membabitkan beberapa platform dalam talian.

Berdasarkan siasatan awal, beliau berkata penjualan kad NFC TnG itu turut membabitkan pekerja di kaunter pembayaran sebuah stesen minyak.

“Individu berkenaan didapati menjual sekeping kad NFC TnG yang asalnya berharga RM10 tanpa ada sebarang kredit di dalamnya pada kadar lebih lima kali ganda, menerusi platform pasaran dalam talian,” katanya.

Boleh Dikenakan Tindakan

Daripada semakan dan maklumat daripada pengelola platform pasaran dalam talian, sebanyak 11 premis merangkumi kediaman peribadi serta bangunan perniagaan diperiksa berhubung kes berkenaan.

KPDNHEP telah mengeluarkan sebanyak enam notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 kepada pihak terbabit, yang antara lain menuntut maklum balas atau penjelasan rasmi dikemukakan kepada Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP.

“Kegagalan berbuat demikian, pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 21(5) AKHAP 2011 kerana enggan atau gagal mengemukakan maklum balas,” katanya.

Pihak KPDNHEP dijangka mengadakan pertemuan dengan syarikat TnG minggu ini bagi mendapatkan status kaedah semasa penjualan kad NFC TnG dan status isu kekurangan bekalan kad NFC TnG.

Kad NFC ini membolehkan pengguna membuat tambah nilai pada bila-bila masa dan di mana-mana saja daripada aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang terdapat di peranti mudah alih.

Malah, pengguna kad dan perkhidmatan itu juga tidak dikenakan sebarang surcaj apabila tambah nilai dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language