September 24, 2022
PLUS Malaysia mengingatkan penunggang motosikal di lebuh rayanya supaya sentiasa menggunakan tempat perlindungan hujan yang disediakan khas untuk motosikal jika perlu berhenti. Menurut Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Syed Mohamad Idid, ini adalah untuk keselamatan semua, terutamanya bagi penunggang motosikal. Kawasan Perlindungan Hujan PLUS Ketika ini, terdapat 184 kawasan perlindungan hujan untuk penunggang motosikal berteduh di sepanjang rangkaian lebuhraya PLUS. Kawasan berteduh ini terbahagi kepada tiga iaitu: Kawasan berteduh berasingan di kawasan selamat Kawasan berteduh di bawah jambatan dan jejambat Kawasan berteduh di bawah persimpangan bertingkat Daripada 186 kawasan itu, sebanyak 85 tempat perlindungan terletak di belah Selatan 70 tempat perlindungan terletak di belah tengah 31 tempat perlindungan terletak di belah Utara Daripada jumlah ini, PLUS juga sentiasa menilai lokasi baharu untuk menambah bilangan tempat perlindungan hujan motosikal.           *Kredit infografik: PLUS Keselamatan Adalah Keutamaan Meskipun pengguna motosikal tidak membayar tol dan tidak mendatangkan untung buat PLUS, namun Syed berkata keselamatan semua penggunanya adalah keutamaan utama bagi mereka. Anda tidak boleh meletakkan had pada nilai nyawa seseorang manusia,” kata Syed. Bagaimanapun, beliau berkata terdapat had kepada bilangan dan lokasi tempat perlindungan hujan boleh ditempatkan kerana ruang dan pertimbangan reka bentuk jalan. *kredit foto: Sinar Harian Syed juga berkata pengguna lebuh raya perlu mengambil tahu dan mengikuti petua memandu dan menunggang yang disediakan PLUS terutama ketika cuaca buruk serta sentiasa mematuhi peraturan lebuh raya dan had laju. “Keselamatan lebuh raya adalah satu perkara penting untuk semua pihak untuk mengambil bahagian secara aktif dan bekerjasama. Rangkaian lebuh raya PLUS direka untuk perjalanan yang cekap dan menawarkan kadar tol bagi setiap kilometer yang terbaik di Malaysia,” jelas Syed.

PLUS Malaysia mengingatkan penunggang motosikal di lebuh rayanya supaya sentiasa menggunakan tempat perlindungan hujan yang disediakan khas untuk motosikal jika perlu berhenti.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Syed Mohamad Idid, ini adalah untuk keselamatan semua, terutamanya bagi penunggang motosikal.

Kawasan Perlindungan Hujan PLUS

Ketika ini, terdapat 184 kawasan perlindungan hujan untuk penunggang motosikal berteduh di sepanjang rangkaian lebuhraya PLUS.

Kawasan berteduh ini terbahagi kepada tiga iaitu:

Kawasan berteduh berasingan di kawasan selamat
Kawasan berteduh di bawah jambatan dan jejambat
Kawasan berteduh di bawah persimpangan bertingkat

Daripada 186 kawasan itu, sebanyak

85 tempat perlindungan terletak di belah Selatan
70 tempat perlindungan terletak di belah tengah
31 tempat perlindungan terletak di belah Utara

Daripada jumlah ini, PLUS juga sentiasa menilai lokasi baharu untuk menambah bilangan tempat perlindungan hujan motosikal.          

*Kredit infografik: PLUS

Keselamatan Adalah Keutamaan

Meskipun pengguna motosikal tidak membayar tol dan tidak mendatangkan untung buat PLUS, namun Syed berkata keselamatan semua penggunanya adalah keutamaan utama bagi mereka.

Anda tidak boleh meletakkan had pada nilai nyawa seseorang manusia,” kata Syed. Bagaimanapun, beliau berkata terdapat had kepada bilangan dan lokasi tempat perlindungan hujan boleh ditempatkan kerana ruang dan pertimbangan reka bentuk jalan.

*kredit foto: Sinar Harian

Syed juga berkata pengguna lebuh raya perlu mengambil tahu dan mengikuti petua memandu dan menunggang yang disediakan PLUS terutama ketika cuaca buruk serta sentiasa mematuhi peraturan lebuh raya dan had laju.

“Keselamatan lebuh raya adalah satu perkara penting untuk semua pihak untuk mengambil bahagian secara aktif dan bekerjasama. Rangkaian lebuh raya PLUS direka untuk perjalanan yang cekap dan menawarkan kadar tol bagi setiap kilometer yang terbaik di Malaysia,” jelas Syed.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language