September 28, 2022
Jika pindaan tiga undang-undang pengangkutan jalan diluluskan kelak, penunggang perkhidmatan P-hailling diwajibkan memiliki lesen memandu vokasional (GDL). Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pindaan akta terbabit akan dibentangkan untuk perbahasan dan kelulusan Parlimen pada dalam sesi akan datang. Penunggang P-hailing Wajib Ada GDL Wee berkata pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 menetapkan had usia penunggang perkhidmatan penghantaran makanan kepada tidak kurang 18 tahun berbanding tidak kurang 21 tahun. Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu bersetuju supaya Kementerian Pengangkutan dan agensinya iaitu: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Negeri Sarawak untuk turut mengawal selia perkhidmatan kenderaan barangan yang disediakan oleh perniagaan penghantaran, terutamanya yang menggunakan motosikal (perkhidmatan p-hailing). *Kredit foto: Metro Driving Academy Kenapa Pinda Had Umur? Menurut Wee, pindaan had usia ini akan membolehkan rakyat Malaysia bekerja sebagai penunggang motosikal P-hailing apabila mempunyai Lesen Memandu Kompeten dalam kelas motosikal dan seterusnya mendapatkan GDL bagi tujuan itu. Baginya, ketetapan ini akan membuka peluang untuk menarik lebih ramai menyertai sektor ekonomi gig untuk menjana pendapatan menerusi perkhidmatan P-hailing dan platform perkhidmatan penghantaran lain. Menteri Pengangkutan berpendapat bahawa penurunan had usia itu dibuat selepas melihat demografi di Malaysia, selain penghantaran makanan kini menjadi punca rezeki yang penting, termasuk remaja yang sudah tidak lagi bersekolah pada usia 18 tahun *Kredit foto: The Edge Ada bantahan, tapi.. Meskipun ada sesetengah pihak termasuk penunggang P-hailing sendiri yang meminta supaya tidak diwajibkan mengambil lesen GDL, namun Wee menegaskan ia bertujuan bagi memastikan semua penawar perkhidmatan berkenaan menghadiri kursus. Katanya, ini juga bagi mengekang pihak yang tidak mempunyai lesen daripada beroperasi tanpa memahami peraturan dan pematuhan undang-undang yang mengawal selia perkhidmatan berkenaan.

Jika pindaan tiga undang-undang pengangkutan jalan diluluskan kelak, penunggang perkhidmatan P-hailling diwajibkan memiliki lesen memandu vokasional (GDL).

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pindaan akta terbabit akan dibentangkan untuk perbahasan dan kelulusan Parlimen pada dalam sesi akan datang.

Penunggang P-hailing Wajib Ada GDL

Wee berkata pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 menetapkan had usia penunggang perkhidmatan penghantaran makanan kepada tidak kurang 18 tahun berbanding tidak kurang 21 tahun.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu bersetuju supaya Kementerian Pengangkutan dan agensinya iaitu:

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Negeri Sarawak

untuk turut mengawal selia perkhidmatan kenderaan barangan yang disediakan oleh perniagaan penghantaran, terutamanya yang menggunakan motosikal (perkhidmatan p-hailing).

*Kredit foto: Metro Driving Academy

Kenapa Pinda Had Umur?

Menurut Wee, pindaan had usia ini akan membolehkan rakyat Malaysia bekerja sebagai penunggang motosikal P-hailing apabila mempunyai Lesen Memandu Kompeten dalam kelas motosikal dan seterusnya mendapatkan GDL bagi tujuan itu.

Baginya, ketetapan ini akan membuka peluang untuk menarik lebih ramai menyertai sektor ekonomi gig untuk menjana pendapatan menerusi perkhidmatan P-hailing dan platform perkhidmatan penghantaran lain.

Menteri Pengangkutan berpendapat bahawa penurunan had usia itu dibuat selepas melihat demografi di Malaysia, selain penghantaran makanan kini menjadi punca rezeki yang penting, termasuk remaja yang sudah tidak lagi bersekolah pada usia 18 tahun

*Kredit foto: The Edge

Ada bantahan, tapi..

Meskipun ada sesetengah pihak termasuk penunggang P-hailing sendiri yang meminta supaya tidak diwajibkan mengambil lesen GDL, namun Wee menegaskan ia bertujuan bagi memastikan semua penawar perkhidmatan berkenaan menghadiri kursus.

Katanya, ini juga bagi mengekang pihak yang tidak mempunyai lesen daripada beroperasi tanpa memahami peraturan dan pematuhan undang-undang yang mengawal selia perkhidmatan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language