
Adakah Perodua Alza 2022 merupakan MPV 7 tempat duduk terbaik yang boleh dibeli berdasarkan harga yang ditawarkan berbanding MPV 7 tempat duduk lain di Malaysia?
Susulan berita berkenaan MPV baharu Perodua Alza 2022 yang telah menerima lebih 30,000 tempahan, adakah ia bermaksud ketika ini Perodua Alza merupakan MPV yang paling berbaloi untuk dimiliki berbanding pencabarnya yang lain?
Kami senaraikan beberapa MPV 7 tempat duduk di bawah RM100,000 bagi mereka yang sedang mencari kenderaan sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.
MPV 7-Tempat Duduk Mampu Milik
Model
Mitsubishi Xpander
Honda BR-V 1.5 V
Perodua Alza AV
Toyota Veloz
Proton Exora Premium
Harga
RM96,800
RM97,700
RM75,500
RM95,000*
RM66,800
Panjang (mm)
4,475
4,457
4,425
4,475
4,610
Lebar (mm)
1,750
1,735
1,730
1,750
1,809
Tinggi (mm)
1,730
1,677
1,670
1,700
1,691
Jarak Roda (mm)
2,775
2,662
2,750
2,750
2,730
Enjin dan Output
1.5L MIVEC DOHC
105 PS & 141 Nm
1.5L SOHC i‑VTEC
120 PS & 145 Nm
1.5L 2NR-VE DVVT-i
106 PS & 138 Nm
1.5L 2NR-VE DVVT-i
106 PS & 137 Nm
1.5L Turbo DOHC VVT
103 PS & 205 Nm
Transmisi
4-Kelajuan Automatik
CVT
CVT
CVT
CVT
Saiz Tayar
205/55 R16
195/60 R16
195/60 R16
205/50 R17
205/50 R16
Pacuan
FWD
FWD
FWD
FWD
FWD
Ciri Keselamatan
2 airbags
ABS, EBD, BA
Traction Control
Hill Start Assist
All-Round Monitor
Driving Video Recorder
Parking Sensors
2 airbags
ABS, EBD, BA
Vehicle Stability Assist
Traction Control
Hill Start Assist
Reverse Camera and Sensors
6 airbags
ABS, EBD, BA
Vehicle Stability Control
Traction Control
Hill Start Assist
Digital Driving Recorder
360 camera
Auto Brake Hold
Perodua Smart Drive Assist: (Adaptive Cruise Control, Lane Departure Warning and Prevention, Pre-Collision Warning and Braking, Blind Spot Monitor, RCTA, Adaptive Driving Beam)
Toyota Safety Sense (TSS)
Pre-Collision System
Adaptive Cruise Control
Auto Hold
2 Airbags
ABS, EBD, ESC
Rear Parking sensors
Reverse Camera
Harga
Jika melihat dari kedudukan harga MPV keluaran nasional, Alza dan Exora muncul sebagai pilihan mampu milik terbaik antara yang tersenarai. Walau bagaimanapun, Proton Exora merupakan model MPV lama yang tidak dipenuhi dengan teknologi keselamatan aktif yang terkini.
Sementara itu, Alza yang berkongsi platform DNGA yang sama seperti Toyota Veloz pula dilihat pilihan yang terbaik dari segala segi memandangkan ia memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan Veloz, namun dijual kira-kira RM19,500 lebih murah berbanding model Toyota itu.
Saiz
MPV 7 tempat duduk seharusnya mempunyai ruang yang besar dan selesa di bahagian penumpang. Dari segi lebar dan panjang, agak mengejutkan kerana Exora muncul sebagai juara. Namun angka tersebut tidaklah melambangkan keluasan dan keselesaan dengan tepat di dalam kabinnya kerana ia bergantung pada rekaan serta kualiti binaan.
Output Enjin
Meskipun enjin i-VTEC pada Honda BR-V menghasilkan output tertinggi dengan 120 PS, namun kadar tork maksimumnya tidaklah sehebat enjin turbo pada Exora yang menghasilkan sekitar 205 Nm. Kesemua MPV yang disenaraikan menggunakan transmisi CVT, kecuali Xpander yang menggunakan transmisi 4-kelajuan automatik.
Ciri Keselamatan
Tidak dinafikan, ciri keselamatan yang ditawarkan pada Alza dan Veloz adalah ciri yang paling termaju dan terkini. Berbanding MPV lain, hanya Alza sahaja yang dilengkapi dengan 6 airbag serta ciri Perodua Smart Drive Assist seperti Toyota Safety Sense (TSS). Meskpun Toyota belum menjelaskan ciri lengkap TSS bagi Veloz untuk pasaran Malaysia, namun sudah pasti ia bakal menyamai ciri keselamatan pada Alza.
Kesimpulan
Kesimpulannya, hanya Exora dan Alza sahaja yang dijual pada harga di bawah RM80,000 sementara kesemua pencabar lainnya berada pada lingkungan RM95,000 ke atas. Jika anda mencari MPV termurah, Proton Exora memang pilihan terbaik, namun harus diingatkan bahawa ia merupakan model lama jika nak dibandingkan dengan MPV lain yang disenaraikan.
Ini sedikit sebanyak membuatkan Perodua Alza sebagai MPV terbaik dari segala segi berdasarkan harga serta ciri-ciri yang ditawarkan memandangkan ia masih baru dilancarkan. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan perbezaan sebenar untuk antara MPV yang disebutkan ini, pastikan anda pandu uji kesemua model ini terlebih dahulu sebelum membuat pilihan.