Categories
Auto news

Perbezaan Enjin: Perodua Alza 2022 vs Perodua Alza 2009

Walaupun Perodua Alza 2022 masih menggunakan enjin berkapasiti sama (1.5L) seperti enjin Alza terdahulu, namun jenis enjinnya adalah berbeza sama sekali. Apa beza antara dua-dua jenis enjin ni?

Berikut merupakan jenis enjin yang digunakan oleh Alza mengikut generasi:

Perodua Alza 2009: 1.5L 3SZ-VE DVVT (Euro 3)
Perodua Alza 2022: 1.5L 2NR-VE DVVTi (Euro 4)

Enjin terdahulu tidak lagi digunakan kerana tidak melepasi undang-undang emisi ekzos yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia yang bakal beralih dari Euro 2 kepada Euro 4 menjelang awal tahun ini. Walaubagaimanapun, Perodua telah berjaya memohon untuk meneruskan pengeluaran Alza sehingga bulan April 2022 meskipun undang-undang tersebut telah terlaksana pada ketika itu.

Perbezaan Enjin

Model
Perodua Alza 2009
Perodua Alza 2022

Jenis Enjin
1.5L 3SZ-VE DVVT
1.5L 2NR-VE DVVTi

Output (PS)
104
106

Tork (Nm)
136
138

Penggunaan Bahan Api (L)
13.3 km/l
22 km/l

Dari segi perbezaan output, tidak banyak beza antara kedua-dua Alza ini jika dibandingkan di atas kertas dengan hanya berbeza 2 PS dan 2 Nm tork lebih tinggi berbanding sebelumnya. Tetapi Perodua Alza 2022 kini dilengkapi dengan mod pemanduan seperti Normal, Eco dan Power yang lebih banyak membantu dari segi pemanduan seperti memotong ataupun menjimatkan minyak.

Penggunaan Bahan Api

Sebelum ini, Alza hadir dengan tangki minyak bersaiz 42 liter namun kini tangki Alza 2022 telah dipertingkatkan kepada 43 liter dengan penggunaan bahan api sehingga boleh mencecah 22 km/L, menyaksikan penambahan sebanyak 8.7km/L lebih berbanding sebelumnya.

Walau bagaimanapun, bacaan jarak penggunaan bahan api Perodua Alza 2022 itu dibuat berasaskan mod MDC (Malaysian Driving Cycle). Dengan ini, anda memerlukan kurang daripada RM40 untuk mengisi minyak kereta untuk bergerak dari KL ke Pulau Pinang (358 km) jika harga minyak RON95 masih berada pada RM2.05 seliter.

 Jika menggunakan kaedah New European Driving Cycle (NEDC), Alza 2022 mencatatkan penggunaan bahan api pada 18.9 km/L. Secara ringkasnya, penggunaan enjin baharu ini 40% lebih efisien dari segi penggunaan minyak serta prestasinya menurut Perodua.

Beza Enjin Alza 2022 Dengan Myvi, Aruz

Model
Perodua Aruz 2021
Perodua Myvi 2022
Perodua Alza 2022

Jenis Enjin
1.5L 2NR-VE DVVTi
1.5L 2NR-VE DVVTi
1.5L 2NR-VE DVVTi

Output (PS)
102
103
106

Tork (Nm)
133
137
138

Walaupun ketiga-tiga model Perodua ini berkongsi enjin yang sama, namun Perodua mendakwa telah menala kembali enjin pada Alza menjadikan ia sedikit berkuasa berbanding enjin versi terdahulu yang digunakan pada Aruz dan Myvi.

Transmisi D-CVT

Semenjak pengenalan transmisi D-CVT pada Perodua Ativa dan seterusnya diperkenalkan pada Myvi, transmisi ini juga dibawa masuk pada Alza 2022 menggantikan transmisi 4-kelajuan automatik yang digunakan Alza terdahulu.

Kelebihan D-CVT

Kecekapan transmisi dipertingkatkan
Saiz lebih kompak dan ringan
Pergerakan yang berkuasa dan lancar pada kelajuan rendah
Jimat minyak dan prestasi yang lebih senyap ketika kelajuan tinggi

Kombinasi rantai keluli dan Planetary Gear Set pada transmisi ini membuatkan rantai keluli digunakan ketika berada pada kelajuan rendah manakala pergerakan kelajuan sederhana dan kelajuan tinggi akan menggunakan Planetary Gear Set.

Kesimpulan

Kesimpulannya, enjin yang digunakan oleh Alza 2022 ini bukan sahaja lebih lancar, berkuasa dan menjimatkan minyak, namun ia juga sudah terbukti berkesan dan sesuai dengan keadaan di Malaysia kerana telah digunakan oleh Aruz dan Myvi tanpa sebarang masalah besar setakat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language