December 7, 2022
Motorsports Association of Malaysia (MAM) telah mengesahkan bahawa acara perlumbaan Drag Battle of The Kings (BOTK) 2022 yang berlangsung di Litar Gong Badak, Terengganu pada 15 Oktober lalu tidak mendapat kelulusan MAM. Menurut MAM, segala acara yang dikawal-selia pihaknya dijalankan dengan mematuhi garis panduan am dan teknikal yang ditetapkan oleh pihak FIA dan FIM berkaitan dengan: Penganjur Kemudahan Perserta Kenderaan Perlumbaan Tiada Kelulusan, Litar Gong Badak Hanya Untuk Motosikal Memandangkan sukan permotoran merupakan sukan yang berbahaya, penting untuk semua pihak yang ingin menyertai sukan ini untuk mematuhi segala kaedah, peraturan dan protokol yang ketat untuk memastikan tahap keselamatan tertinggi, meningkatkan persaingan serta memberi peluang kepada pelumba dan penonton menikmati perlumbaan tersebut. Malangnya, acara Drag BOTK 2022 tidak diluluskan dan dikawal selia oleh pihak MAM. Tambah MAM, pihaknya tidak pernah memberi kebenaran untuk berlumba drag di litar tersebut kerana bagi tahun 2022, Litar Gong Badak hanya dibenarkan oleh MAM untuk acara dua roda iaitu Petronas Malaysian CubPrix dengan keperluan keselamatan tambahan. Pihak kementerian Belia & Sukan (KBS) dan MAM telahpun berbincang berkenaan spesifikasi kemudahan perlumbaan drag yang diluluskan oleh pihak FIA dan FIM. Spesifikasi-spesifikasi tersebut adalah untuk memastikan kemudahan penyelenggaraan yang rendah serta tahap keselamatan yang tinggi. Perbaiki Tahap Keselamatan Litar MAM juga telah dijemput oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi meneliti kes kemalangan maut yang berlaku tempoh hari untuk membincangkan dengan lebih lanjut mengenai keperluan memastikan tahap keselamatan litar diperbaiki bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Pihak MAM turut amat berduka cita di atas kemalangan maut yang berlaku tempoh hari dan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah. Dalam pada itu, MAM akan terus mempromosikan acara-acara yang dikawal selia pihaknya untuk menjadikan sukan permotoran lebihi selamat dari segi semua disiplin di dalam Sukan Permotoran.

Motorsports Association of Malaysia (MAM) telah mengesahkan bahawa acara perlumbaan Drag Battle of The Kings (BOTK) 2022 yang berlangsung di Litar Gong Badak, Terengganu pada 15 Oktober lalu tidak mendapat kelulusan MAM.

Menurut MAM, segala acara yang dikawal-selia pihaknya dijalankan dengan mematuhi garis panduan am dan teknikal yang ditetapkan oleh pihak FIA dan FIM berkaitan dengan:

Penganjur
Kemudahan
Perserta
Kenderaan

Perlumbaan Tiada Kelulusan, Litar Gong Badak Hanya Untuk Motosikal

Memandangkan sukan permotoran merupakan sukan yang berbahaya, penting untuk semua pihak yang ingin menyertai sukan ini untuk mematuhi segala kaedah, peraturan dan protokol yang ketat untuk memastikan tahap keselamatan tertinggi, meningkatkan persaingan serta memberi peluang kepada pelumba dan penonton menikmati perlumbaan tersebut.

Malangnya, acara Drag BOTK 2022 tidak diluluskan dan dikawal selia oleh pihak MAM. Tambah MAM, pihaknya tidak pernah memberi kebenaran untuk berlumba drag di litar tersebut kerana bagi tahun 2022, Litar Gong Badak hanya dibenarkan oleh MAM untuk acara dua roda iaitu Petronas Malaysian CubPrix dengan keperluan keselamatan tambahan.

Pihak kementerian Belia & Sukan (KBS) dan MAM telahpun berbincang berkenaan spesifikasi kemudahan perlumbaan drag yang diluluskan oleh pihak FIA dan FIM. Spesifikasi-spesifikasi tersebut adalah untuk memastikan kemudahan penyelenggaraan yang rendah serta tahap keselamatan yang tinggi.

Perbaiki Tahap Keselamatan Litar

MAM juga telah dijemput oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi meneliti kes kemalangan maut yang berlaku tempoh hari untuk membincangkan dengan lebih lanjut mengenai keperluan memastikan tahap keselamatan litar diperbaiki bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Pihak MAM turut amat berduka cita di atas kemalangan maut yang berlaku tempoh hari dan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah. Dalam pada itu, MAM akan terus mempromosikan acara-acara yang dikawal selia pihaknya untuk menjadikan sukan permotoran lebihi selamat dari segi semua disiplin di dalam Sukan Permotoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language