September 28, 2022
Pembekal perkhidmatan kereta sewa di Johor Bahru dikhabarkan sedang menarik nafas lega ekoran perniagaan mereka yang mencatatkan pemulihan berikutan peningkatan ketara terhadap permintaan kereta sewa ketika ini. Permintaan itu mula meningkat pada November tahun lalu, sejurus selepas kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri ekoran pelonggaran sekatan COVID-19 secara beransur-ansur, kata Mohamed Faliq Farhan Abdul Wahab, seorang pengusaha perkhidmatan kereta sewa di sana. Permintaan Meningkat, Kereta Tak Cukup Menurut Faliq, perniagaannya kini lebih baik selepas sempadan Malaysia dibuka semula pada 1 April 2022. Peningkatan permintaan paling ketara adalah semasa: Cuti sekolah Hari Kebangsaan Hari Malaysia "Permintaan tetap tinggi walaupun pada hari bekerja kerana pelancong biasanya datang untuk lawatan selama sehari bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas hujung minggu di Tambak," kata Faliq. Ketika ini, beliau mempunyai 30 kenderaan untuk disewa, tetapi ia tidak lagi mencukupi untuk menampung permintaan sedia ada. Tambahnya, rakan industri lain juga sedang mengalami situasi yang sama. Disebabkan ramai pengusaha perkhidmatan kereta sewa menjual kereta sewa mereka ketika pandemik demi meneruskan kelangsungan hidup, terdapat kekurangan stok kereta sewa secara menyeluruh. Pihaknya juga mempunyai rangkaian ejen yang akan bertindak meminjamkan kereta kepada pengusaha kereta sewa yang memerlukan stok kereta untuk disewa. Industri Kereta Sewa Semakin Pulih Berdasarkan laporan The Star, Faliq menyifatkan situasi ketika ini sebagai "melegakan" kerana pihaknya serta ramai lagi pengusaha lain telah mengalami banyak penderitaan sepanjang dua tahun apabila sempadan ditutup dan aktiviti pelancongan tidak dibenarkan akibat wabak itu. Para pelanggan Faliq terdiri daripada penduduk tempatan dan orang luar. Selain pelancong dari Singapura, beliau mempunyai pelanggan dari Batam, Indonesia, yang menyewa kenderaan ketika melawat Johor Bahru atas sebab perubatan. Ada juga sekumpulan kecil yang menyewa kereta untuk memandu ke tempat-tempat tarikan pelancong seperti Legoland, kawasan bandar JB serta Desaru. Ketika ini, Faliq berkata kereta yang lebih kompak seperti Perodua Axia dan Myvi muncul sebagai model paling popular dan digemari pelanggan kerana kos sewa yang mampu milik, hanya antara RM120 dan RM200 sehari, bergantung kepada ciri-ciri kereta itu. Sementara itu, Lim, seorang lagi pemilik perkhidmatan kereta sewa berkata perniagaannya telah pulih secara berterusan kira-kira 60% hingga 70% ketika ini. Walaupun telah menukar kerja ketika pandemik melanda, beliau kini kembali menawarkan khidmat kereta sewa setelah sempadan Malaysia-Singapura dibuka semula. Perkhidmatan sewa yang ditawarkan Lim termasuk servis pemindahan dari lapangan terbang serta perkhidmatan jemput dan hantar bergantung kepada keperluan pelanggan. Menurut Lim, pelanggannya tidak teragak-agak untuk membayar sewa meskipun ia telah meningkat sebanyak 10-20% bagi menampung kos operasi syarikat. Walau bagaimanapun, Lim berkata perniagaannya masih belum kembali ke tahap sebelum pandemik kerana pelanggan utamanya dari China dan Hong Kong masih belum pulang kerana sekatan perjalanan mereka. Peningkatan kemasukan pelancong dari Singapura ke Johor sedikit sebanyak membantu industri kereta sewa di sana. Tapi bagaimana pula dengan keadaan semasa industri kereta sewa di Lembah Klang?

Pembekal perkhidmatan kereta sewa di Johor Bahru dikhabarkan sedang menarik nafas lega ekoran perniagaan mereka yang mencatatkan pemulihan berikutan peningkatan ketara terhadap permintaan kereta sewa ketika ini.

Permintaan itu mula meningkat pada November tahun lalu, sejurus selepas kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri ekoran pelonggaran sekatan COVID-19 secara beransur-ansur, kata Mohamed Faliq Farhan Abdul Wahab, seorang pengusaha perkhidmatan kereta sewa di sana.

Permintaan Meningkat, Kereta Tak Cukup

Menurut Faliq, perniagaannya kini lebih baik selepas sempadan Malaysia dibuka semula pada 1 April 2022. Peningkatan permintaan paling ketara adalah semasa:

Cuti sekolah
Hari Kebangsaan
Hari Malaysia

“Permintaan tetap tinggi walaupun pada hari bekerja kerana pelancong biasanya datang untuk lawatan selama sehari bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas hujung minggu di Tambak,” kata Faliq.

Ketika ini, beliau mempunyai 30 kenderaan untuk disewa, tetapi ia tidak lagi mencukupi untuk menampung permintaan sedia ada. Tambahnya, rakan industri lain juga sedang mengalami situasi yang sama.

Disebabkan ramai pengusaha perkhidmatan kereta sewa menjual kereta sewa mereka ketika pandemik demi meneruskan kelangsungan hidup, terdapat kekurangan stok kereta sewa secara menyeluruh. Pihaknya juga mempunyai rangkaian ejen yang akan bertindak meminjamkan kereta kepada pengusaha kereta sewa yang memerlukan stok kereta untuk disewa.

Industri Kereta Sewa Semakin Pulih

Berdasarkan laporan The Star, Faliq menyifatkan situasi ketika ini sebagai “melegakan” kerana pihaknya serta ramai lagi pengusaha lain telah mengalami banyak penderitaan sepanjang dua tahun apabila sempadan ditutup dan aktiviti pelancongan tidak dibenarkan akibat wabak itu.

Para pelanggan Faliq terdiri daripada penduduk tempatan dan orang luar. Selain pelancong dari Singapura, beliau mempunyai pelanggan dari Batam, Indonesia, yang menyewa kenderaan ketika melawat Johor Bahru atas sebab perubatan. Ada juga sekumpulan kecil yang menyewa kereta untuk memandu ke tempat-tempat tarikan pelancong seperti Legoland, kawasan bandar JB serta Desaru.

Ketika ini, Faliq berkata kereta yang lebih kompak seperti Perodua Axia dan Myvi muncul sebagai model paling popular dan digemari pelanggan kerana kos sewa yang mampu milik, hanya antara RM120 dan RM200 sehari, bergantung kepada ciri-ciri kereta itu.

Sementara itu, Lim, seorang lagi pemilik perkhidmatan kereta sewa berkata perniagaannya telah pulih secara berterusan kira-kira 60% hingga 70% ketika ini. Walaupun telah menukar kerja ketika pandemik melanda, beliau kini kembali menawarkan khidmat kereta sewa setelah sempadan Malaysia-Singapura dibuka semula.

Perkhidmatan sewa yang ditawarkan Lim termasuk servis pemindahan dari lapangan terbang serta perkhidmatan jemput dan hantar bergantung kepada keperluan pelanggan. Menurut Lim, pelanggannya tidak teragak-agak untuk membayar sewa meskipun ia telah meningkat sebanyak 10-20% bagi menampung kos operasi syarikat.

Walau bagaimanapun, Lim berkata perniagaannya masih belum kembali ke tahap sebelum pandemik kerana pelanggan utamanya dari China dan Hong Kong masih belum pulang kerana sekatan perjalanan mereka.

Peningkatan kemasukan pelancong dari Singapura ke Johor sedikit sebanyak membantu industri kereta sewa di sana. Tapi bagaimana pula dengan keadaan semasa industri kereta sewa di Lembah Klang?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language