June 28, 2022
Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi kenaikan harga motosikal dalam tempoh tiga ke enam bulan akan datang susulan keadaan ekonomi dunia serta keadaan pasaran semasa. Bagi mengelak daripada tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di Lembah Klang, permintaan terhadap motosikal semakin meningkat sejak dua bulan lalu untuk digunakan sebagai kenderaan untuk ke tempat kerja. Harga Motosikal Naik RM300-RM500 Beberapa penjual motosikal mendakwa, harga jualan dijangka mengalami kenaikan antara RM300 sehingga RM500. Menurut penjual motosikal, William Ho, premisnya sudah kehabisan stok motosikal jenis kapcai dan pembeli terpaksa menunggu sehingga tiga bulan lamanya bagi mendapatkan kenderaan itu. Tambahnya, tiada ada yang boleh dilakukan pihaknya kerana permintaan yang tinggi tidak dapat menampung jumlah stok yang terhad. “Harga motosikal pula dijangka naik kira-kira RM300 ke RM500 bergantung kepada jenis, namun masih belum dapat dipastikan tarikh sebenar kenaikan itu,” katanya. Punca Harga Meningkat William memberitahu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kenaikan tersebut seperti harga alat ganti yang semakin mahal selain harga jualan motosikal yang diimport turut meningkat. Seorang lagi penjual, Lily Lau memberitahu, permintaan terhadap motosikal terutama kapcai didapati telah meningkat lebih 50% sejak April lalu menyebabkan motosikal berkapasiti enjin 150cc ke bawah yang dijual di kedainya laris terjual ibarat pisang goreng panas. Naib Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia, Datuk Tan Tien Chye pula berkata, harga pasaran motosikal dijangka meningkat dalam tempoh tiga ke enam bulan akan datang susulan nilai Ringgit yang rendah dan peningkatan harga import di seluruh dunia. Menurutnya, kebanyakan motosikal di sini diimport dari Thailand dan Indonesia. Apabila harga motosikal import semakin mahal, takkan nak jual semula pada harga yang sama? Tambahnya, isu ini berlaku di seluruh dunia. Permintaan Tinggi Selain itu, Tan juga berkata permintaan yang tinggi sehingga kilang kehabisan stok juga menjadi punca kepada peningkatan harga jualan motosikal.  Faktor lain pula disebabkan pandemik COVID-19 sebelum ini telah merencatkan had pengeluaran motosikal di kilang. Jelasnya, dalam ekonomi, apabila permintaan meningkat, tetapi bekalan pula kurang, sudah tentu harganya akan meningkat. Ketika ini, terdapat lebih 40,000 permintaan di seluruh negara, namun pembekal hanya mampu membekalkan kira-kira 20,000 unit sebulan. Tambahnya, waktu menunggu ketika ini mencecah tiga hingga ke enam bulan bagi mendapatkan motosikal yang ditempah kerana syarikat pengeluar juga menghadapi masalah seperti kekurangan pekerja ekoran pandemik yang telah merencatkan pengeluaran motosikal di seluruh dunia. Menurutnya, pada tahun ini sehingga April sahaja, sebanyak 217,287 unit motosikal baharu telah didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan bilangannya dijangka terus meningkat atas beberapa faktor seperti pengeluaran khas duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Berdasarkan kenyataan beliau seperti yang dilaporkan Kosmo, masalah kekurangan bekalan motosikal dijangka selesai pada Ogos nanti, sekali gus mampu menampung permintaan tinggi daripada orang ramai.  

Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi kenaikan harga motosikal dalam tempoh tiga ke enam bulan akan datang susulan keadaan ekonomi dunia serta keadaan pasaran semasa.

Bagi mengelak daripada tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di Lembah Klang, permintaan terhadap motosikal semakin meningkat sejak dua bulan lalu untuk digunakan sebagai kenderaan untuk ke tempat kerja.

Harga Motosikal Naik RM300-RM500

Beberapa penjual motosikal mendakwa, harga jualan dijangka mengalami kenaikan antara RM300 sehingga RM500.

Menurut penjual motosikal, William Ho, premisnya sudah kehabisan stok motosikal jenis kapcai dan pembeli terpaksa menunggu sehingga tiga bulan lamanya bagi mendapatkan kenderaan itu.

Tambahnya, tiada ada yang boleh dilakukan pihaknya kerana permintaan yang tinggi tidak dapat menampung jumlah stok yang terhad.

“Harga motosikal pula dijangka naik kira-kira RM300 ke RM500 bergantung kepada jenis, namun masih belum dapat dipastikan tarikh sebenar kenaikan itu,” katanya.

Punca Harga Meningkat

William memberitahu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kenaikan tersebut seperti harga alat ganti yang semakin mahal selain harga jualan motosikal yang diimport turut meningkat.

Seorang lagi penjual, Lily Lau memberitahu, permintaan terhadap motosikal terutama kapcai didapati telah meningkat lebih 50% sejak April lalu menyebabkan motosikal berkapasiti enjin 150cc ke bawah yang dijual di kedainya laris terjual ibarat pisang goreng panas.

Naib Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia, Datuk Tan Tien Chye pula berkata, harga pasaran motosikal dijangka meningkat dalam tempoh tiga ke enam bulan akan datang susulan nilai Ringgit yang rendah dan peningkatan harga import di seluruh dunia.

Menurutnya, kebanyakan motosikal di sini diimport dari Thailand dan Indonesia. Apabila harga motosikal import semakin mahal, takkan nak jual semula pada harga yang sama? Tambahnya, isu ini berlaku di seluruh dunia.

Permintaan Tinggi

Selain itu, Tan juga berkata permintaan yang tinggi sehingga kilang kehabisan stok juga menjadi punca kepada peningkatan harga jualan motosikal.  Faktor lain pula disebabkan pandemik COVID-19 sebelum ini telah merencatkan had pengeluaran motosikal di kilang.

Jelasnya, dalam ekonomi, apabila permintaan meningkat, tetapi bekalan pula kurang, sudah tentu harganya akan meningkat. Ketika ini, terdapat lebih 40,000 permintaan di seluruh negara, namun pembekal hanya mampu membekalkan kira-kira 20,000 unit sebulan.

Tambahnya, waktu menunggu ketika ini mencecah tiga hingga ke enam bulan bagi mendapatkan motosikal yang ditempah kerana syarikat pengeluar juga menghadapi masalah seperti kekurangan pekerja ekoran pandemik yang telah merencatkan pengeluaran motosikal di seluruh dunia.

Menurutnya, pada tahun ini sehingga April sahaja, sebanyak 217,287 unit motosikal baharu telah didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan bilangannya dijangka terus meningkat atas beberapa faktor seperti pengeluaran khas duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Berdasarkan kenyataan beliau seperti yang dilaporkan Kosmo, masalah kekurangan bekalan motosikal dijangka selesai pada Ogos nanti, sekali gus mampu menampung permintaan tinggi daripada orang ramai.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language