September 28, 2022
Teringin nak memiliki lesen teksi sendiri? Inilah peluang anda untuk memohon! Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong telah mengumumkan pembukaan permohonan lesen teksi dan kereta sewa susulan permintaan daripada orang awam dan pemandu teksi sedia ada yang berhasrat ingin memiliki lesen teksi sendiri. Permohonan Lesen Teksi, Kereta Sewa Dibuka Kepada Semua Permohonan lesen teksi dan kereta sewa kini dibuka semula kepada semua individu awam di bawah perniagaan milikan tunggal dan perkongsian bermula 18 April sehingga 30 Jun tahun ini. Sebelum ini, permohonan lesen tersebut telah dibekukan sejak tahun 2016, namun kini telah dibuka semula bagi membuka peluang kepada pemain-pemain baharu terutamanya generasi muda untuk menceburi sektor pengangkutan awam selain merancakkan ekonomi negara. Sebagai permulaan, kuota kelulusan Lesen Teksi dan Kereta Sewa ditetapkan sebanyak 1,000 lesen bagi tahun ini dan pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan menganalisis semua permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan. Sekiranya jumlah permohonan yang layak dan menepati syarat yang ditetapkan telah melebihi kuota yang disediakan, pihak APAD akan menimbangkan kuota tambahan yang sewajarnya. Tiada Pengalaman Diperlukan Berdasarkan kenyataan Menteri Pengangkutan, untuk memohon lesen ini, APAD telah memansuhkan keperluan syarat pengalaman memandu teksi atau kereta sewa antara satu hingga tiga tahun yang termaktub di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) sebelum ini. Walau bagaimanapun, syarat-syarat lain yang terpakai sebelum ini masih lagi dikenakan bagi memastikan pemohon yang berkualiti dan berdaya saing dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang. Beliau berkata kementerian itu amat komited dalam usaha mewujudkan persekitaran industri teksi yang berdaya saing dan perkhidmatan yang mesra pengguna serta selari dengan peningkatan teknologi semasa ke arah memberikan perkhidmatan yang terbaik lagi berkualiti. Permohonan Lesen Teksi dan Kereta Sewa akan dibuka di semua Pejabat Wilayah APAD dan kaunter APAD di cawangan JPJ negeri. Maklumat lanjut mengenai syarat permohonan boleh didapati dan dimuat turun melalui laman portal rasmi APAD.

Teringin nak memiliki lesen teksi sendiri? Inilah peluang anda untuk memohon!

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong telah mengumumkan pembukaan permohonan lesen teksi dan kereta sewa susulan permintaan daripada orang awam dan pemandu teksi sedia ada yang berhasrat ingin memiliki lesen teksi sendiri.

Permohonan Lesen Teksi, Kereta Sewa Dibuka Kepada Semua

Permohonan lesen teksi dan kereta sewa kini dibuka semula kepada semua individu awam di bawah perniagaan milikan tunggal dan perkongsian bermula 18 April sehingga 30 Jun tahun ini.

Sebelum ini, permohonan lesen tersebut telah dibekukan sejak tahun 2016, namun kini telah dibuka semula bagi membuka peluang kepada pemain-pemain baharu terutamanya generasi muda untuk menceburi sektor pengangkutan awam selain merancakkan ekonomi negara.

Sebagai permulaan, kuota kelulusan Lesen Teksi dan Kereta Sewa ditetapkan sebanyak 1,000 lesen bagi tahun ini dan pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan menganalisis semua permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan.

Sekiranya jumlah permohonan yang layak dan menepati syarat yang ditetapkan telah melebihi kuota yang disediakan, pihak APAD akan menimbangkan kuota tambahan yang sewajarnya.

Tiada Pengalaman Diperlukan

Berdasarkan kenyataan Menteri Pengangkutan, untuk memohon lesen ini, APAD telah memansuhkan keperluan syarat pengalaman memandu teksi atau kereta sewa antara satu hingga tiga tahun yang termaktub di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) sebelum ini.

Walau bagaimanapun, syarat-syarat lain yang terpakai sebelum ini masih lagi dikenakan bagi memastikan pemohon yang berkualiti dan berdaya saing dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang.

Beliau berkata kementerian itu amat komited dalam usaha mewujudkan persekitaran industri teksi yang berdaya saing dan perkhidmatan yang mesra pengguna serta selari dengan peningkatan teknologi semasa ke arah memberikan perkhidmatan yang terbaik lagi berkualiti.

Permohonan Lesen Teksi dan Kereta Sewa akan dibuka di semua Pejabat Wilayah APAD dan kaunter APAD di cawangan JPJ negeri. Maklumat lanjut mengenai syarat permohonan boleh didapati dan dimuat turun melalui laman portal rasmi APAD.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language