September 24, 2022
Mungkin ada yang belum tahu bahawa Perodua Alza 2022 nanti dikatakan berkait rapat dengan Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia kerana berkongsi pembangunan yang sama. Model terbaharu Perodua Alza digembar-gemburkan bakal berkongsi casis yang sama dengan Avanza dan Xenia. Susulan pelancaran kedua-dua model itu di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2021, orang ramai boleh mendapat gambaran jelas tentang reka bentuk Alza bagi masa akan datang. Apa Yang Berbeza? Saiz lebih besar Berdasarkan daripada dimensi kereta, saiz badan Xenia ini lebih besar berbanding Perodua Alza generasi semasa di pasaran.  Model Daihatsu Xenia Perodua Alza Panjang 4,395 mm 4,270 mm Lebar 1,730 mm 1,695 mm Tinggi 1,690 mm 1,620 mm Jarak Antara Roda 2,750 mm 2,750 mm Berat 1,080 kg 1,160 mm Exterior  Muka hadapan baharu dengan lampu utama yang lebih nipis Kemungkinan Alza bakal menerima lampu utama LED bagi kesemua varian seperti Myvi. Kemasan bampar atau perumah lampu kabus kemungkinan akan diubah sedikit untuk menerima DNA Perodua. Sama seperti Rocky dan Ativa.  Tiada lagi rekaan lampu belakang menegak.  Interior Memandangkan Alza sudah berbelas tahun di dalam pasaran, bahagian dalamannya dijangka akan mendapat perubahan maksimum seakan bahagian luarannya juga seperti: Sistem infotaimen jenis terapung seperti Perodua Ativa. Rekaan kluster meter Alza juga dipercayai akan diperbaharui, mungkin menggunakan gabungan kombinasi meter analog bersama paparan TFT ditengah-tengah. Penambahan saiz pada Xenia berbanding Alza generasi sekarang akan memberikan sedikit ruang tambahan yang lebih luas.  Ia turut hadir dengan fungsi mod sofa. Terdapat juga corong penyaman udara yang disediakan di bahagian bumbung bagi penumpang belakang untuk menjimatkan ruang serta memberikan rupa moden pada interior kereta Trenkuasa Dari segi janaan kuasa, Daihatsu tampil dengan dua pilihan enjin yang yang sama seperti Toyota Avanza iaitu 1.3L 1NR-VE dan 1.5L 2NR-VE. Enjin 1.3L 1NR-VE menghasilkan 98 PS dan 121 Nm tork manakala enjin yang lebih besar, 1.5L 2NR-VE menghasilkan 106 PS dan 137 Nm tork. Walau bagaimanapun, ketika ini hanya 1 pilihan enjin yang ditawarkan bagi Perodua Alza, iaitu enjin 1.5L yang menghasilkan 104 PS dan 136 Nm Tork. Angka itu tidaklah jauh berbeza dengan output yang ada pada Daihatsu Xenia buat masa ini.  Jika teknologi yang ada pada Myvi dan Ativa diterapkan dalam kereta ini, besar kemungkinan ia akan menerima stereng seakan Myvi dan Ativa yang lengkap dengan butang Power Mode.  Ciri Keselamatan  Memandangkan Alza merupakan kereta lama, sudah pasti Alza baharu kelak akan lebih padat dengan ciri-ciri keselamatan aktif terkini yang ada pada Daihatsu Xenia seperti: Kamera 360 darjah Amaran Pra-Perlanggaran Pedal Misoperation Control Bantuan Mula Mendaki Pengelap cermin dengan Penderia Kelajuan Kawalan Kekal Lorong Amaran Keluar Lorong Kawalan Cengkaman ABS, EBD Harga Harga jualan bagi Daihatsu Xenia 2022 ini bermula dari Rp 190,900,000 (RM55k) hingga Rp 244,200,000 (RM71k) bagi varian tertingginya. Walaupun model ini tidak memasuki Malaysia, namun kembarnya, Perodua Alza 2022 tetap akan dilancarkan di dalam pasaran negara ini tidak lama lagi. Ketika ini, harga varian tertinggi semasa Alza hanya mencecah RM60,525. Jika Alza baharu ini dilancarkan di Malaysia, kemungkinan harganya akan dijual lebih mahal dalam lingkungan RM60k - RM75k. berdasarkan ciri-ciri tambahan yang ditawarkan. 

Mungkin ada yang belum tahu bahawa Perodua Alza 2022 nanti dikatakan berkait rapat dengan Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia kerana berkongsi pembangunan yang sama.

Model terbaharu Perodua Alza digembar-gemburkan bakal berkongsi casis yang sama dengan Avanza dan Xenia. Susulan pelancaran kedua-dua model itu di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2021, orang ramai boleh mendapat gambaran jelas tentang reka bentuk Alza bagi masa akan datang.

Apa Yang Berbeza?

Saiz lebih besar

Berdasarkan daripada dimensi kereta, saiz badan Xenia ini lebih besar berbanding Perodua Alza generasi semasa di pasaran. 

Model
Daihatsu Xenia
Perodua Alza

Panjang
4,395 mm
4,270 mm

Lebar
1,730 mm
1,695 mm

Tinggi
1,690 mm
1,620 mm

Jarak Antara Roda
2,750 mm
2,750 mm

Berat
1,080 kg
1,160 mm

Exterior 

Muka hadapan baharu dengan lampu utama yang lebih nipis

Kemungkinan Alza bakal menerima lampu utama LED bagi kesemua varian seperti Myvi.

Kemasan bampar atau perumah lampu kabus kemungkinan akan diubah sedikit untuk menerima DNA Perodua. Sama seperti Rocky dan Ativa. 

Tiada lagi rekaan lampu belakang menegak. 

Interior

Memandangkan Alza sudah berbelas tahun di dalam pasaran, bahagian dalamannya dijangka akan mendapat perubahan maksimum seakan bahagian luarannya juga seperti:

Sistem infotaimen jenis terapung seperti Perodua Ativa.

Rekaan kluster meter Alza juga dipercayai akan diperbaharui, mungkin menggunakan gabungan kombinasi meter analog bersama paparan TFT ditengah-tengah.

Penambahan saiz pada Xenia berbanding Alza generasi sekarang akan memberikan sedikit ruang tambahan yang lebih luas. 

Ia turut hadir dengan fungsi mod sofa.

Terdapat juga corong penyaman udara yang disediakan di bahagian bumbung bagi penumpang belakang untuk menjimatkan ruang serta memberikan rupa moden pada interior kereta

Trenkuasa

Dari segi janaan kuasa, Daihatsu tampil dengan dua pilihan enjin yang yang sama seperti Toyota Avanza iaitu 1.3L 1NR-VE dan 1.5L 2NR-VE. Enjin 1.3L 1NR-VE menghasilkan 98 PS dan 121 Nm tork manakala enjin yang lebih besar, 1.5L 2NR-VE menghasilkan 106 PS dan 137 Nm tork.

Walau bagaimanapun, ketika ini hanya 1 pilihan enjin yang ditawarkan bagi Perodua Alza, iaitu enjin 1.5L yang menghasilkan 104 PS dan 136 Nm Tork. Angka itu tidaklah jauh berbeza dengan output yang ada pada Daihatsu Xenia buat masa ini. 

Jika teknologi yang ada pada Myvi dan Ativa diterapkan dalam kereta ini, besar kemungkinan ia akan menerima stereng seakan Myvi dan Ativa yang lengkap dengan butang Power Mode. 

Ciri Keselamatan 

Memandangkan Alza merupakan kereta lama, sudah pasti Alza baharu kelak akan lebih padat dengan ciri-ciri keselamatan aktif terkini yang ada pada Daihatsu Xenia seperti:

Kamera 360 darjah

Amaran Pra-Perlanggaran

Pedal Misoperation Control

Bantuan Mula Mendaki

Pengelap cermin dengan Penderia Kelajuan

Kawalan Kekal Lorong

Amaran Keluar Lorong

Kawalan Cengkaman

ABS, EBD

Harga

Harga jualan bagi Daihatsu Xenia 2022 ini bermula dari Rp 190,900,000 (RM55k) hingga Rp 244,200,000 (RM71k) bagi varian tertingginya. Walaupun model ini tidak memasuki Malaysia, namun kembarnya, Perodua Alza 2022 tetap akan dilancarkan di dalam pasaran negara ini tidak lama lagi.

Ketika ini, harga varian tertinggi semasa Alza hanya mencecah RM60,525. Jika Alza baharu ini dilancarkan di Malaysia, kemungkinan harganya akan dijual lebih mahal dalam lingkungan RM60k – RM75k. berdasarkan ciri-ciri tambahan yang ditawarkan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language