
Susulan pelancaran Perodua Alza 2022 di pasaran Malaysia baru-baru ini, varian mana yang paling sesuai dengan anda?
Perodua Alza 2022 ditawarkan dalam tiga varian iaitu:
1.5 X: RM62,500
1.5 H: RM68,000
1.5 AV: RM75,500
Seperti biasa, varian tertinggi pasti bakal menerima sistem keselamatan serta ciri-ciri lain yang lebih lengkap. Walau bagaimanapun, varian asas bagi Alza 2022 juga telah menerima penambahan ciri dalaman, luaran dan keselamatan yang jauh lebih baik berbanding varian asas Alza 2009.
Untuk membantu anda membuat pilihan, kami senaraikan perbezaan spesifikasi Perodua Alza 2022 mengikut varian.
Spesifikasi Perodua Alza 2022 Mengikut Varian
Varian 1.5 X
Exterior:
Enjin 1.5L Dual VVTi dengan transmisi D-CVT
Lampu hadapan LED
Auto-lock dengan penderia kelajuan
Tempat duduk balutan fabric
Lampu ‘follow me home’
Spoiler bumbung
Rim aloi 15 inci
Interior:
Corong penyaman udara belakang
Perehat lengan di tempat duduk barisan kedua
Keyless entry dengan butang Push Start/Stop
Paparan MID LCD 4.2 inci
Lampu di bahagian but
Keselamatan:
Lane Departure Prevention (LDP)
Lane Departure Warning (LDW)
Auto High Beam (AHB)
ASA 3.0
6 beg udara keselamatan
ABS dengan EBD dan BA
HHA, VSC
ISOFIX
Varian 1.5 H
Exterior:
Lampu signal ‘sequential’
Lampu hadapan automatik
Lampu kabus hadapan LED
Rim aloi 16 inci
Kamera undur
Cermin sisi boleh lipat
Interior:
Paparan infotainment 9 inci dengan Apple Carplay dan Android Auto
Tweeter
Stereng multifungsi balutan kulit
Paparan kluster instrumen bersaiz 7 inci
Mod pemanduan (Normal, ECO, Power)
Auto headlamp levelling
Keselamatan:
Adaptive Driving Beam (ADB)
Penderia selekoh hadapan dan parkir belakang
Varian 1.5 AV
Exterior:
Brek cakera belakang
Interior:
Parkir brek elektronik (EPB)
Tempat duduk semi-leather
Kabin dalaman dwi tona
Keselamatan:
Kamera 360 darjah
Adaptive Cruise Control (ACC) with Stop,Hold/Start function
Lane Keep Control (LKC)
Blind Spot Monitor (BSM)
Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
Dashcam hadapan
Kesimpulan
Sebelum ini, Perodua Alza dijual pada harga bermula RM49,944 sehingga RM60,525 sahaja manakala Alza 2022 dijual pada harga RM62,000 hingga RM75,000. Ini menunjukkan bahawa varian terendah Alza 2022 nanti lebih mahal berbanding varian tertinggi bagi Alza generasi pertama. Diharapkan artikel ini dapat membantu anda memilih varian Perodua Alza 2022 yang paling sesuai mengikut kemampuan anda.