
Antara generasi kedua Perodua Alza 2022 yang diasaskan dari Daihatsu Xenia dengan generasi pertama Perodua Alza yang diasaskan dari Daihatsu Boon Luminas, yang mana satu lebih luas dan selesa?
MPV segmen-B baharu Perodua, Alza 2022 merupakan model kedua selepas Perodua Ativa yang dibina menggunakan platform DNGA (Daihatsu New Global Architecture) dan dibina dibawah konsep Perodua Smart Build (PSB).
Alza pertama kali dilancarkan pada tahun 2009, jadi perbezaan 13 tahun antara model generasi pertama dan kedua MPV ini pasti dapat dilihat dengan jelas. Berikut merupakan perbezaan saiz dalaman dan luaran antara kedua-dua generasi Perodua Alza ini.
Dimensi
Model
Perodua Alza 2009
Perodua Alza 2022
Panjang (mm)
4,220
4,425
Lebar (mm)
1,695
1,730
Tinggi (mm)
1,620
AV, H: 1,670
X: 1,660
Jarak Roda (mm)
2,750
2,750
Jarak Kelegaan Tanah (mm)
155
AV, H; 160 (16″)
X: 150 (15″)
Berat Kerb (kg)
AV, SE: 1,160
S (A/T): 1,145
AV: 1,170
H: 1,155
X: 1,145
Saiz Exterior
Alza 2022 yang menggunakan platform DNGA ternyata lebih besar secara keseluruhannya berbanding Alza 2009 dengan 205 mm lebih panjang, 35 mm lebih lebar dan 50 mm lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, jarak antara rodanya kekal sama manakala jarak kelegaan tanah Alza 2022 adalah 5 mm lebih tinggi bagi model AV dan H manakala varian asasnya, X pula 5 mm lebih rendah berbanding Alza 2009.
Saiz Interior
Faktor kelebaran Perodua Alza 2022 yang sudah ditingkatkan membuatkan kabin MPV ini lebih luas dan lebih selesa untuk perjalanan yang pendek mahupun panjang. Saiz panjang ruang dalam kabin Alza 2022 kini berada pada jarak 2,765 mm, iaitu 115 mm lebih panjang jika nak dibandingkan dengan Alza terdahulu. Saiz panjang barisan tempat duduk kedua juga telah meningkat kepada 240 mm, iaitu 90 mm lebih panjang berbanding sebelumnya.
Kapasiti But
Model
Perodua Alza 2009
Perodua Alza 2022
Barisan Ketiga Dibangunkan (L)
83
137
Barisan Ketiga Diturunkan (L)
348
498
Radius Pusingan
Meskipun lebih panjang, namun Alza 2022 hanya memerlukan 5 meter sahaja untuk membuat pusingan membuatkan urusan membelok atau membuat pusingan U lebih mudah di kawasan bandar. Rujuk perbezaan di bawah:
Model
Perodua Alza 2009
Perodua Alza 2022
Mitsubishi Xpander 2020
Honda BR-V 2020
Proton Exora 2019
Radius Pusingan (meter)
5.2
5.0
5.2
5.6
5.4
Kesimpulan
Perbezaan 13 tahun antara kedua-dua generasi Alza ini ternyata dapat dilihat bukan sahaja dari sudut teknologi sahaja, namun juga dari segi saiz dalaman dan luaran kereta ini. Walaupun lebih lebar, panjang dan tinggi, namun Alza 2022 tetap lebih praktikal dengan saiz but yang lebih besar, radius pusingan lebih kecil serta pelbagai gaya pelarasan kerusi penumpang dengan kawalan yang lebih mudah untuk melipat kerusi di barisan kedua.