August 14, 2022
Perodua Alza 2022 serta kembarnya, Toyota Veloz 2022 akan dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Persoalannya, apa beza antara kedua-dua model ini? Seperti yang diketahui ramai, Perodua Alza 2022 akan berkongsi platform serta asas yang sama dengan Toyota Veloz 2022. Walaupun kedua-duanya kembar, namun terdapat beberapa perbezaan sama seperti Perodua Aruz dan Toyota Rush. Gril Hadapan Perbezaan paling ketara dapat dilihat semestinya pada rekaan luarannya di mana Toyota Veloz menggunakan kemasan gril seakan-akan Toyota Corolla Cross sementara Perodua Alza menampilkan rekaan gril berbentuk seakan-akan seperti Perodua Ativa. Lampu Nyalaan Siang (DRL) Meskipun kedua-dua model ini menerima lampu signal jenis sekuential, namun kedudukan DRL pada kedua-dua model ini adalah berbeza di mana lampu DRL Alza berada di bahagian atas lampu utamanya manakala Veloz menampilkan DRL di sebelah bawah lampu utama. Saiz Rim Selain itu, Veloz menggunakan saiz rim aloi yang lebih besar, iaitu 17 inci berbanding Alza yang hanya menggunakan rim aloi bersaiz 16 inci. Bahagian Belakang Bahagian belakang kedua-dua model ini juga sedikit berbeza di bahagian diffuser. Walau bagaimanapun, Veloz mempunyai lampu LED bersambung di bahagian belakang sementara Alza tidak mempunyai ciri ini. Rel Bumbung Berdasarkan teaser yang dikeluarkan oleh Toyota, Veloz akan dilengkapi dengan rel bumbung. Namun berdasarkan imej Alza yang tersebar sebelum ini, rel bumbung itu seperti tidak kelihatan pada Alza.  Interior Meskipun menggunakan dashboard yang sama, namun kedua-dua model ini sudah pasti bakal tiba dengan kemasan yang sedikit berbeza. Kedua-duanya hadir dengan paparan infotainmen bersaiz 9 inci dengan sambungan Apple Carplay dan Android Auto serta paparan MID bersaiz 7 inci. Bahagian kabin Veloz juga menampilkan dua tona warna, iaitu hitam dan putih sementara melalui teaser yang dikeluarkan oleh Perodua, kabin dalamannya kelihatan seperti menerima gabungan warna hitam serta merah pada bahagian pintu serta tempat duduk. Selain itu, Veloz di Indonesia turut menerima paparan hiburan bagi tempat duduk belakang. Namun ini tidak dapat dipastikan sama ada Toyota Veloz di Malaysia akan turut menerima ciri tersebut, namun Perodua Alza mungkin tidak dilengkapi dengan ciri itu. Enjin Veloz di Malaysia bakal menggunakan enjin petrol 2NR-VE 1.5 liter empat silinder NA bersama padanan kotak gear D-CVT automatik dengan 7 kelajuan sekuential. UMW Toyota masih belum mendedahkan sepenuhnya output yang dihasilkan, namun model yang sama di pasaran Indonesia menghasilkan 106 PS dan 138 Nm tork. Enjin yang sama itu dijangka akan digunakan oleh Perodua Alza kelak memandangkan ia merupakan enjin yang sama digunakan pada Perodua Myvi 2022, namun outputnya ditingkatkan sebanyak 4 PS berbanding Myvi yang menghasilkan 102 PS. Meskipun output sebenar enjin ini masih belum dikeluarkan oleh Perodua, namun menurut Perodua, kereta ini mampu mencapai penggunaan bahan api serendah 22.0 km/l dan diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV). Dimensi Perodua Alza dan Toyota Veloz menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Ini menjadikan dimensi dan saiz kedua-dua kereta ini kemungkinan besar sama sahaja. Panjang: 4,475 mm Lebar: 1,750 mm Tinggi: 1,700 mm Jarak antara roda: 2,750 mm Kapasiti but: 498 liter jika barisan tempat duduk ketiga diturunkan. Warna Alza 2022 tidak menawarkan warna biru manakala Toyota Veloz pula tidak ditawarkan dalam warna coklat. Berikut adalah pilihan warna yang ditawarkan bagi kedua-dua model ini: Alza: Ivory White Glittering Silver Garnet Red Elegant Black (BAHARU) Vintage Brown (BAHARU) Veloz: White Metallic bluish black Red metallic Silver metallic (dua tona) Blue metallic (dua tona) Ciri Keselamatan Kedua-dua model ini bakal menerima ciri paparan kamera 360 darjah, dan akan diberikan ciri keselamatan aktif seperti Perodua Smart Drive Assist (PSDA) bagi Alza serta Toyota Safety Sense (TSS) bagi Veloz. Berikut merupakan ciri keselamatan yang disahkan akan ditawarkan pada Alza: Perodua Smart Drive Assist: A.S.A. 3.0 Driving Assist Parking Assist Headlamp Assist Meskipun Veloz turut akan hadir dengan ciri keselamatan aktif, namun UMW Toyota masih belum mendedahkan ciri penuh bagi TSS untuk pasaran Malaysia ini. Namun sistem TSS itu mungkin lebih kurang dengan sistem PSDA pada Alza yang menampilkan fungsi seperti: Adaptive Cruise Control (ACC) Kawalan Kekal Lorong (LKC) Pemantau Titik Buta (BSM) Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) Harga Perodua Alza 2022: 1.5 X CVT – RM62,000 1.5 H CVT – RM68,000 1.5 AV CVT – RM75,000 Toyota Veloz: 1.5 AT – RM95,000 Berdasarkan perbezaan harga, Toyota Veloz 2022 adalah RM20,000 lebih mahal berbanding MPV sama dengan lencana Perodua, meskipun kedua-duanya diasaskan dari platform dan kerangka yang sama. Sama seperti Toyota Rush dan Perodua Aruz, Perodua Alza 2022 ini dilihat sebagai versi MPV yang lebih mampu milik berbanding Veloz. Perbezaan yang lebih menyeluruh tidak dapat dilakukan ketika ini memandangkan kedua-dua model ini masih lagi belum dilancarkan dan banyak ciri-ciri yang masih belum didedahkan. Namun jika anda mahukan MPV yang mampu milik, Alza adalah pilihan terbaik namun jika anda mahukan MPV yang lebih premium, Veloz adalah pilihan yang terbaik.

Perodua Alza 2022 serta kembarnya, Toyota Veloz 2022 akan dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Persoalannya, apa beza antara kedua-dua model ini?

Seperti yang diketahui ramai, Perodua Alza 2022 akan berkongsi platform serta asas yang sama dengan Toyota Veloz 2022. Walaupun kedua-duanya kembar, namun terdapat beberapa perbezaan sama seperti Perodua Aruz dan Toyota Rush.

Gril Hadapan

Perbezaan paling ketara dapat dilihat semestinya pada rekaan luarannya di mana Toyota Veloz menggunakan kemasan gril seakan-akan Toyota Corolla Cross sementara Perodua Alza menampilkan rekaan gril berbentuk seakan-akan seperti Perodua Ativa.

Lampu Nyalaan Siang (DRL)

Meskipun kedua-dua model ini menerima lampu signal jenis sekuential, namun kedudukan DRL pada kedua-dua model ini adalah berbeza di mana lampu DRL Alza berada di bahagian atas lampu utamanya manakala Veloz menampilkan DRL di sebelah bawah lampu utama.

Saiz Rim

Selain itu, Veloz menggunakan saiz rim aloi yang lebih besar, iaitu 17 inci berbanding Alza yang hanya menggunakan rim aloi bersaiz 16 inci.

Bahagian Belakang

Bahagian belakang kedua-dua model ini juga sedikit berbeza di bahagian diffuser. Walau bagaimanapun, Veloz mempunyai lampu LED bersambung di bahagian belakang sementara Alza tidak mempunyai ciri ini.

Rel Bumbung

Berdasarkan teaser yang dikeluarkan oleh Toyota, Veloz akan dilengkapi dengan rel bumbung. Namun berdasarkan imej Alza yang tersebar sebelum ini, rel bumbung itu seperti tidak kelihatan pada Alza. 

Interior

Meskipun menggunakan dashboard yang sama, namun kedua-dua model ini sudah pasti bakal tiba dengan kemasan yang sedikit berbeza. Kedua-duanya hadir dengan paparan infotainmen bersaiz 9 inci dengan sambungan Apple Carplay dan Android Auto serta paparan MID bersaiz 7 inci.

Bahagian kabin Veloz juga menampilkan dua tona warna, iaitu hitam dan putih sementara melalui teaser yang dikeluarkan oleh Perodua, kabin dalamannya kelihatan seperti menerima gabungan warna hitam serta merah pada bahagian pintu serta tempat duduk.

Selain itu, Veloz di Indonesia turut menerima paparan hiburan bagi tempat duduk belakang. Namun ini tidak dapat dipastikan sama ada Toyota Veloz di Malaysia akan turut menerima ciri tersebut, namun Perodua Alza mungkin tidak dilengkapi dengan ciri itu.

Enjin

Veloz di Malaysia bakal menggunakan enjin petrol 2NR-VE 1.5 liter empat silinder NA bersama padanan kotak gear D-CVT automatik dengan 7 kelajuan sekuential. UMW Toyota masih belum mendedahkan sepenuhnya output yang dihasilkan, namun model yang sama di pasaran Indonesia menghasilkan 106 PS dan 138 Nm tork.

Enjin yang sama itu dijangka akan digunakan oleh Perodua Alza kelak memandangkan ia merupakan enjin yang sama digunakan pada Perodua Myvi 2022, namun outputnya ditingkatkan sebanyak 4 PS berbanding Myvi yang menghasilkan 102 PS. Meskipun output sebenar enjin ini masih belum dikeluarkan oleh Perodua, namun menurut Perodua, kereta ini mampu mencapai penggunaan bahan api serendah 22.0 km/l dan diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV).

Dimensi

Perodua Alza dan Toyota Veloz menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Ini menjadikan dimensi dan saiz kedua-dua kereta ini kemungkinan besar sama sahaja.

Panjang: 4,475 mm
Lebar: 1,750 mm
Tinggi: 1,700 mm
Jarak antara roda: 2,750 mm
Kapasiti but: 498 liter jika barisan tempat duduk ketiga diturunkan.

Warna

Alza 2022 tidak menawarkan warna biru manakala Toyota Veloz pula tidak ditawarkan dalam warna coklat. Berikut adalah pilihan warna yang ditawarkan bagi kedua-dua model ini:

Alza:

Ivory White
Glittering Silver
Garnet Red
Elegant Black (BAHARU)
Vintage Brown (BAHARU)

Veloz:

White
Metallic bluish black
Red metallic
Silver metallic (dua tona)
Blue metallic (dua tona)

Ciri Keselamatan

Kedua-dua model ini bakal menerima ciri paparan kamera 360 darjah, dan akan diberikan ciri keselamatan aktif seperti Perodua Smart Drive Assist (PSDA) bagi Alza serta Toyota Safety Sense (TSS) bagi Veloz. Berikut merupakan ciri keselamatan yang disahkan akan ditawarkan pada Alza:

Perodua Smart Drive Assist:

A.S.A. 3.0
Driving Assist
Parking Assist
Headlamp Assist

Meskipun Veloz turut akan hadir dengan ciri keselamatan aktif, namun UMW Toyota masih belum mendedahkan ciri penuh bagi TSS untuk pasaran Malaysia ini. Namun sistem TSS itu mungkin lebih kurang dengan sistem PSDA pada Alza yang menampilkan fungsi seperti:

Adaptive Cruise Control (ACC)
Kawalan Kekal Lorong (LKC)
Pemantau Titik Buta (BSM)
Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)

Harga

Perodua Alza 2022:

1.5 X CVT – RM62,000
1.5 H CVT – RM68,000
1.5 AV CVT – RM75,000

Toyota Veloz:

1.5 AT – RM95,000

Berdasarkan perbezaan harga, Toyota Veloz 2022 adalah RM20,000 lebih mahal berbanding MPV sama dengan lencana Perodua, meskipun kedua-duanya diasaskan dari platform dan kerangka yang sama. Sama seperti Toyota Rush dan Perodua Aruz, Perodua Alza 2022 ini dilihat sebagai versi MPV yang lebih mampu milik berbanding Veloz.

Perbezaan yang lebih menyeluruh tidak dapat dilakukan ketika ini memandangkan kedua-dua model ini masih lagi belum dilancarkan dan banyak ciri-ciri yang masih belum didedahkan. Namun jika anda mahukan MPV yang mampu milik, Alza adalah pilihan terbaik namun jika anda mahukan MPV yang lebih premium, Veloz adalah pilihan yang terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language