July 1, 2022
Berdasarkan khabar angin semasa, projek pembangunan model generasi baharu Perodua Axia, kod nama D74A yang diketuai Perodua sambil dibantu Toyota dan Daihatsu telah pun dimuktamadkan dan bakal dilancarkan seawal tahun hadapan! Semenjak semua sektor ekonomi dibuka semula, semakin rancak pula industri automotif negara dengan pelancaran model baharu. Oleh itu, kereta baharu paling murah di Malaysia ketika ini, Perodua Axia (RM23,367) juga turut tidak ketinggalan untuk turut serta. *Kredit foto bayangan Axia 2023: Theottle Walau bagaimanapun, pembaharuan ini bukanlah pembaharuan kecil kerana ia merupakan model generasi baharu sepenuhnya, dan bukanlah facelift bermakna model baharu Axia kelak tidak akan berkongsi rupa yang sama seperti Axia sedia ada. Kami telah kumpulkan maklumat semasa serta khabar angin berkenaan model Axia 2023 ini bagi memastikan anda sentiasa tidak ketinggalan. Berikut merupakan beberapa info serta khabar angin semasa berkenaan Axia 2023 yang perlu anda tahu: Perodua Ketuai Projek Projek pembangunan Axia 2023 (D74A) ini diketuai oleh Perodua sambil dibantu Daihatsu serta Toyota. Maksudnya, Axia akan berkongsi rupa yang sama seperti kembarnya, Daihatsu Ayla serta Toyota Agya bezanya cuma pada spesifikasi dan beberapa perubahan kecil sahaja bagi mengekalkan identiti pengeluar. Reka bentuk model ini dikhabarkan sudah dimuktamadkan dan ujian pemasangan bakal dilakukan dalam masa terdekat. Platform DNGA Perodua Axia 2023 akan dibangunkan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) sama seperti kembarnya di Indonesia, Daihatsu Ayla/Toyota Agya. Ini juga adalah platform yang sama digunakan oleh Ativa serta Alza baharu. Transmisi D-CVT Selaras dengan penggunaan DNGA, Axia 2023 juga bakal memperkenalkan transmisi D-CVT seperti Perodua Ativa, Alza baharu serta Myvi bagi menggantikan transmisi 4 kelajuan automatik sedia ada. Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada varian manual (E) akan dikekalkan atau tidak. Enjin 1.2L NA Berdasarkan info semasa daripada portal permotoran di Indonesia, kedua-dua kembar Axia itu bakal menerima enjin (NA) 1.2L WA-VE yang memberi output 88 PS dan 113 Nm tork. Sebagai perbandingan, Perodua Axia di pasaran semasa menggunakan enjin 1.0L 1KR-VE yang menjana 69 PS serta 91 Nm tork. Enjin 1.2L ini adalah enjin sama yang digunakan pada Daihatsu Rocky dan Toyota Raize di Indonesia (kembar Ativa). 4 Varian Bakal Diperkenalkan Menurut info dalaman yang dikongsikan sebuat portal tempatan, Perodua Axia 2023 mungkin bakal memperkenalkan 4 varian sahaja iaitu G, X, SE dan AV bagi menggantikan 6 varian semasa iaitu E, G, GXtra, Style, SE, dan AV. *Kredit foto bayangan Axia 2023: Theottle Lampu LED Sebagai kereta yang diperlukan untuk membawa seseorang dari satu tempat ke satu tempat dengan selamat serta jimak minyak, rekaan Axia 2023 dikatakan cenderung ke arah rekaan selamat dan bakal dilengkapi dengan lampu hadapan LED serta lampu belakang melintang. Interior Lebih Baik Perodua Axia juga dikatakan bakal hadir dengan interior yang lebih baik seperti penggunaan meter digital sepenuhnya serta paparan unit infotainmen bersifat terapung dengan saiz yang lebih besar. Namun kemungkinan hanya 2 varian teratas sahaja yang bakal menerima ciri tersebut. Persoalannya, dengan pembaharuan yang bakal diberikan pada Perodua Axia 2023 nanti, adakah model ini masih akan memegang gelaran kereta baharu termurah di Malaysia?

Berdasarkan khabar angin semasa, projek pembangunan model generasi baharu Perodua Axia, kod nama D74A yang diketuai Perodua sambil dibantu Toyota dan Daihatsu telah pun dimuktamadkan dan bakal dilancarkan seawal tahun hadapan!

Semenjak semua sektor ekonomi dibuka semula, semakin rancak pula industri automotif negara dengan pelancaran model baharu. Oleh itu, kereta baharu paling murah di Malaysia ketika ini, Perodua Axia (RM23,367) juga turut tidak ketinggalan untuk turut serta.

*Kredit foto bayangan Axia 2023: Theottle

Walau bagaimanapun, pembaharuan ini bukanlah pembaharuan kecil kerana ia merupakan model generasi baharu sepenuhnya, dan bukanlah facelift bermakna model baharu Axia kelak tidak akan berkongsi rupa yang sama seperti Axia sedia ada.

Kami telah kumpulkan maklumat semasa serta khabar angin berkenaan model Axia 2023 ini bagi memastikan anda sentiasa tidak ketinggalan. Berikut merupakan beberapa info serta khabar angin semasa berkenaan Axia 2023 yang perlu anda tahu:

Perodua Ketuai Projek

Projek pembangunan Axia 2023 (D74A) ini diketuai oleh Perodua sambil dibantu Daihatsu serta Toyota. Maksudnya, Axia akan berkongsi rupa yang sama seperti kembarnya, Daihatsu Ayla serta Toyota Agya bezanya cuma pada spesifikasi dan beberapa perubahan kecil sahaja bagi mengekalkan identiti pengeluar. Reka bentuk model ini dikhabarkan sudah dimuktamadkan dan ujian pemasangan bakal dilakukan dalam masa terdekat.

Platform DNGA

Perodua Axia 2023 akan dibangunkan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) sama seperti kembarnya di Indonesia, Daihatsu Ayla/Toyota Agya. Ini juga adalah platform yang sama digunakan oleh Ativa serta Alza baharu.

Transmisi D-CVT

Selaras dengan penggunaan DNGA, Axia 2023 juga bakal memperkenalkan transmisi D-CVT seperti Perodua Ativa, Alza baharu serta Myvi bagi menggantikan transmisi 4 kelajuan automatik sedia ada. Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada varian manual (E) akan dikekalkan atau tidak.

Enjin 1.2L NA

Berdasarkan info semasa daripada portal permotoran di Indonesia, kedua-dua kembar Axia itu bakal menerima enjin (NA) 1.2L WA-VE yang memberi output 88 PS dan 113 Nm tork. Sebagai perbandingan, Perodua Axia di pasaran semasa menggunakan enjin 1.0L 1KR-VE yang menjana 69 PS serta 91 Nm tork. Enjin 1.2L ini adalah enjin sama yang digunakan pada Daihatsu Rocky dan Toyota Raize di Indonesia (kembar Ativa).

4 Varian Bakal Diperkenalkan

Menurut info dalaman yang dikongsikan sebuat portal tempatan, Perodua Axia 2023 mungkin bakal memperkenalkan 4 varian sahaja iaitu G, X, SE dan AV bagi menggantikan 6 varian semasa iaitu E, G, GXtra, Style, SE, dan AV.

*Kredit foto bayangan Axia 2023: Theottle

Lampu LED

Sebagai kereta yang diperlukan untuk membawa seseorang dari satu tempat ke satu tempat dengan selamat serta jimak minyak, rekaan Axia 2023 dikatakan cenderung ke arah rekaan selamat dan bakal dilengkapi dengan lampu hadapan LED serta lampu belakang melintang.

Interior Lebih Baik

Perodua Axia juga dikatakan bakal hadir dengan interior yang lebih baik seperti penggunaan meter digital sepenuhnya serta paparan unit infotainmen bersifat terapung dengan saiz yang lebih besar. Namun kemungkinan hanya 2 varian teratas sahaja yang bakal menerima ciri tersebut.

Persoalannya, dengan pembaharuan yang bakal diberikan pada Perodua Axia 2023 nanti, adakah model ini masih akan memegang gelaran kereta baharu termurah di Malaysia?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language