December 7, 2022
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah mendaftarkan tanda dagang Traz dan Nexis di portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Menurut perkongsian yang dibuat oleh Vanhoe Rage di Facebook, kedua-dua nama tersebut telah didaftarkan di MyIPO sejak 29 April lalu oleh koresponden Eunice Chan Wei Lynn. Nama Traz dan Nexis itu didaftarkan di bawah kategori Barangan dan Perkhidmatan termasuklah kereta, komponen dan sebagainya. *Gambaran SUV segmen-B Perodua oleh Theottle Nama SUV Segmen-B Baharu Perodua? Selain sibuk mempersiapkan pelancaran Perodua Alza generasi baharu bagi menggantikan Perodua Alza sedia ada, wujud juga desas-desus mengatakan Perodua sedang giat membangunkan SUV segmen-B berasaskan model Toyota. Khabar angin juga mengatakan SUV yang bakal menjadi pesaing Proton X50 itu bakal dijanakan oleh enjin Dual VVT-i 1.5L dan hibrid dan digandingkan bersama Transmisi D-CVT. Menurut andaian portal automotif tempatan, model prototaip penuh dengan penyamaran yang diuji di India hasil usaha sama Maruti Suzuki dan Toyota mungkin bakal menjadi SUV Perodua pada tahun hadapan. Berdasarkan laporan Autocar India pula, SUV dengan kod nama (YFG) bagi Maruti dan (D22) bagi Toyota itu bakal dihasilkan di kilang kedua Toyota yang terletak di Bidadi, Karnataka. Model ini akan dibangunkan dari pelantar pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) serta akan dijana oleh enjin Dual VVT-i 1.5L yang mampu menjana 106 PS dengan 137 Nm tork dan digandingkan dengan transmisi D-CVT. Pesaing X50? Sekiranya salah satu tanda dagang daripada Traz dan Nexis ini dipilih sebagai nama SUV segmen-B baharu Perodua, ia sememangnya bakal menjadi pesaing abadi bagi Proton X50. Memandangkan Perodua lebih fokuskan penghasilan kereta mampu milik, jika harga yang ditawarkan pada SUV segmen-B itu tidak melebihi RM100,000, ia sudah pasti bakal menjadi SUV yang hangat di pasaran Malaysia. Ketika ini, Proton X50 dijual pada harga RM79,200 bagi varian Standard manakala RM103,300 bagi varian tertinggi, TGDI Flagship. Setakat ini, masih tiada info rasmi daripada Perodua berkenaan SUV segmen-B ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.  

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah mendaftarkan tanda dagang Traz dan Nexis di portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Menurut perkongsian yang dibuat oleh Vanhoe Rage di Facebook, kedua-dua nama tersebut telah didaftarkan di MyIPO sejak 29 April lalu oleh koresponden Eunice Chan Wei Lynn.

Nama Traz dan Nexis itu didaftarkan di bawah kategori Barangan dan Perkhidmatan termasuklah kereta, komponen dan sebagainya.

*Gambaran SUV segmen-B Perodua oleh Theottle

Nama SUV Segmen-B Baharu Perodua?

Selain sibuk mempersiapkan pelancaran Perodua Alza generasi baharu bagi menggantikan Perodua Alza sedia ada, wujud juga desas-desus mengatakan Perodua sedang giat membangunkan SUV segmen-B berasaskan model Toyota.

Khabar angin juga mengatakan SUV yang bakal menjadi pesaing Proton X50 itu bakal dijanakan oleh enjin Dual VVT-i 1.5L dan hibrid dan digandingkan bersama Transmisi D-CVT.

Menurut andaian portal automotif tempatan, model prototaip penuh dengan penyamaran yang diuji di India hasil usaha sama Maruti Suzuki dan Toyota mungkin bakal menjadi SUV Perodua pada tahun hadapan.

Berdasarkan laporan Autocar India pula, SUV dengan kod nama (YFG) bagi Maruti dan (D22) bagi Toyota itu bakal dihasilkan di kilang kedua Toyota yang terletak di Bidadi, Karnataka.

Model ini akan dibangunkan dari pelantar pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) serta akan dijana oleh enjin Dual VVT-i 1.5L yang mampu menjana 106 PS dengan 137 Nm tork dan digandingkan dengan transmisi D-CVT.

Pesaing X50?

Sekiranya salah satu tanda dagang daripada Traz dan Nexis ini dipilih sebagai nama SUV segmen-B baharu Perodua, ia sememangnya bakal menjadi pesaing abadi bagi Proton X50.

Memandangkan Perodua lebih fokuskan penghasilan kereta mampu milik, jika harga yang ditawarkan pada SUV segmen-B itu tidak melebihi RM100,000, ia sudah pasti bakal menjadi SUV yang hangat di pasaran Malaysia.

Ketika ini, Proton X50 dijual pada harga RM79,200 bagi varian Standard manakala RM103,300 bagi varian tertinggi, TGDI Flagship.

Setakat ini, masih tiada info rasmi daripada Perodua berkenaan SUV segmen-B ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language