Categories
Auto news

Perodua Dedah Teaser Alza 2022 Secara Rasmi

Nampaknya pelancaran Perodua Alza 2022 yang ditunggu-tunggu semakin tiba apabila Perodua secara rasminya telah berkongsi teaser model baharu MPV milik Perodua itu di media sosial rasminya.

Berdasarkan video berdurasi 50 saat yang dikongsikan oleh Perodua di laman Facebook mereka, Perodua Alza 2022 ini hanya diacahkan secara siluet, bukanlah dipertontonkan dengan jelas.

Teaser Perodua Alza 2022

Di bahagian hadapan, video tersebut menunjukkan bentuk lampu utama LED berserta lampu kabus. Walau bagaimanapun, bahagian bampar penuh serta grilnya tidak jelas kelihatan.

Selain itu, Perodua juga menunjukkan rupa MPV 7 tempat duduk ini dari tepi yang menunjukkan ia kelihatan saling tak tumpah seperti kembarnya, Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia di pasaran Indonesia.

Rekaan rim 16-incinya juga kelihatan dalam video tersebut, namun tidak begitu jelas. Bahagian belakang pula menunjukkan spoiler, antena shark fin serta lampu belakangnya, perincian lain di bahagian belakang masih lagi dirahsiakan.

*Kredit video: Perodua

Gambar Perodua Alza Tersebar

Jika anda masih tidak berpuas hati dengan teaser ini, terdapat beberapa keping gambar yang menunjukkan deretan Perodua Alza 2022 di kilang pengeluaran Perodua telah tersebar di media sosial.

Gambar tersebut menampakkan keseluruhan rupa luaran Alza 2022 ini tanpa sebarang pelekat penyamaran memandangkan ia diambil di kilang Perodua. Gambar itu jelas menunjukkan rim 16-inci Alza 2022 yang kelihatan mirip rim yang digunakan pada Daihatsu Xenia berbanding rim Avanza.

Selain itu, rupa hadapan, sisi dan belakang bagi model ini juga telah tersebar. Meskipun logonya tidak begitu kelihatan kerana kualiti gambar yang teruk, perbandingan antara imej yang tersebar itu dengan teaser rasmi Alza ini menunjukkan bahawa kedua-dua kereta itu adalah kereta yang sama.

Jika anda tak sabar nak tunggu imej rasmi Alza 2022, lihatlah koleksi gambar yang tersebar ini dan nantikan pengumuman lanjut daripada Perodua berkenaan pelancaran model MPV ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language