Categories
Auto news

Perodua Jual 26,039 Unit Kenderaan Pada Ogos – Meningkat Sebanyak 42%

Pendaftaraan kenderaan Perodua meningkat sebanyak 42% pada bulan Ogos kepada 26,039 unit daripada 18,346 unit pada Julai lalu disebabkan bekalan komponen automotif yang semakin pulih.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, Perodua akan berusaha meningkatkan lagi angka tersebut demi mengurangkan waktu menunggu bagi para pelanggannya.

Bezza, Myvi dan Axia Masih Popular

Tambah Zainal, Perodua juga mencapai tahap pengeluran terbaik tahun ini sebanyak 28,036 unit dan jumlah ini telah membolehkan mereka meningkatkan lagi pendaftaran model-modelnya. Perodua Bezza merupakan model paling popular dengan 6,808 unit didaftarkan, diikuti Myvi 6,252 unit dan Axia sebanyak 4,857 unit.

Selain itu, MPV mampu milik terhangat ketika ini, Perodua Alza 2022 pula menerima 51,000 tempahan setakat ini manakala sebanyak 7,682 unit telah didaftarkan pada bulan Julai dan Ogos lalu sejak model itu dilancarkan pada 20 Julai 2022.

“Peningkatan dalam pengeluaran dan pendaftaran Perodua bulan Ogos disebabkan gangguan bekalan cip semikonduktor dan juga kekurangan pekerja di operasi pembekal kami. Akan tetapi isu-isu ini telah diatasi pada masa ini,” jelas Zainal.

Kaji Cara Atasi Peningkatan Harga Mentah 

Zainal turut berkata Perodua sedang mengkaji kesan peningkatan harga bahan mentah pada masa sekarang. Pada masa yang sama, Perodua dan syarikat-syarikat pembekal komponen sedang bekerjasama untuk mengatasi isu kenaikan kos yang sedang melanda.

Jualan Perodua dari Januari hingga Ogos tahun ini melonjak sebanyak 63.7% kepada 171,728 unit berbanding 104,933 unit pada jangka masa sama tahun lepas. Kenaikan jualan ini disebabkan oleh perintah berkurung yang dikuatkuasakan dari 1 Jun 2021 hingga 15 Ogos 2021 untuk membendung penularan kes Covid-19 pada masa itu.

Walaupun Perodua Bezza merupakan kereta paling popular bulan ini, namun jika dikira dari Januari hingga Ogos tahun 2022, Perodua Myvi masih kekal model paling laris Perodua dengan 48,658 unit telah didaftarkan, diikuti Bezza sebanyak 39,642 unit dan Axia sebanyak 37,013 unit,” jelas Zainal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language