Categories
Auto news

Perodua MyBi – Replika Myvi Extreme 1.5 Versi Lego Dalam Skala 1:1

Sebuah replika Myvi Extreme 1.5 bersaiz sebenar telah dihasilkan menggunakan Lego oleh anak tempatan dan dipamerkan di Publika baru-baru ini.

Seperti yang anda tahu, Perodua Myvi kini sudah mencapai generasi yang ketiga. Walau bagaimanapun, mengapa model Myvi Extreme 1.5 yang dipilih dan bukanlah Myvi generasi baharu?

Myvi Extreme 1.5

Sebenarnya, Myvi Extreme 1.5 ini merupakan Myvi generasi kedua dengan penambahan pada kit badan yang lebih agresif seperti spoiler belakang yang lebih besar dan sedikit penambahan pada bampar hadapan dan belakang.

Selain itu, Myvi ini generasi ini juga turut memperkenalkan kapasiti enjin yang lebih besar iaitu 1.5L DDVT. Ia merupakan enjin yang sama digunakan pada Perodua Alza. Cuma bezanya, Perodua Alza bersaiz lebih besar dan lebih berat berbanding Myvi. Kiranya, enjin 3SZ-VE 1.5 liter yang mampu menjana 109 PS dan 141 Nm ini lebih daripada memadai bagi Perodua Myvi.

Replika Perodua MyBi

Untuk memberi penghormatan yang selayaknya kepada jentera paling popular di Malaysia ini, Bryks Art telah menghasilkan replika saiz sebenar Perodua Myvi Extreme dengan warna popularnya, kuning yang diberi nama Perodua MyBi. Replika tersebut dihasilkan menggunakan 1.27 juta Lego sempena pameran King Of The Road yang berlangsung di Publika pada 26 hingga 29 Mei lalu.

Difahamkan, seramai 15 orang rakyat tempatan terlibat dalam projek yang mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan ini. Jika dilihat dari jauh, pasti ada yang menyangka bahawa Myvi yang dipertonton ini merupakan kereta sebenar berdasarkan perinciannya yang amat teliti.

Exterior

Selain daripada logo Perodua yang ditukar kepada logo ‘B’, tiada apa yang berbeza pada bentuk luaran MyBi ini. Segala lampu yang ada seperti lampu kabus, lampu utama dan lampu signal turut dinyalakan menandakan MyBi ini lengkap dengan pendawaian elektrik yang mantap.

Bukan itu sahaja, model Lego ini juga hadir dengan sensor di bahagian belakang seakan-akan Myvi sebenar. Walau bagaimanapun, ada beberapa bahagian yang tidak dihasilkan dengan Lego seperti gandar, rim, tayar, pembesar suara, cermin serta beberapa buah mentol lampu.

Walaupun bahagian tayarnya bukanlah dihasilkan dengan menggunakan Lego, namun angkup brek dan cakera brek di belakang tayar tersebut ini dihasilkan daripada Lego.

Interior

Jika bahagian luaran kereta ini sudah membuatkan anda teruja, lihatlah bahagian interior kereta ini pula. Tempat duduk, stereng, bumbung, konsol tengah, perincian pintu, papan pemuka dan segala-galanya dihasilkan menggunakan Lego juga.

Lebih menarik, stereng yang dihasilkan daripada Lego itu juga boleh dipusingkan sambil ditemani paparan meter dan sistem infotainmen yang turut berlampu.

Tali pinggang keselamatan yang terdapat pada replika kereta ini turut mencuri perhatian apabila turut dihasilkan menggunakan Lego.

Replika Lain

Selain replika Myvi Extreme 1.5 ini, terdapat juga replika-replika lain yang dihasilkan dalam skala 1:4 yang lebih kecil seperti:

MyBi Rocket (Kereta Terbang)

MyBi ATV (Off-Road)

MyBi Tractor (Kerja Perladangan)

MyBi Tank (Ketenteraan)

MyBi Robot (Watak Baharu Transformers??)

Menurut Bryks Art, kesemua replika Myvi ini dihasilkan berdasarkan foto-foto dan meme popular berkaitan Myvi di internet. Jadi tidak hairanlah mengapa pameran ini dinamakan sebagai “King of The Road”.

*Kredit foto: Publika, Mohd Fahmi Jamaludin, Motorsports Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language