August 13, 2022
Walaupun telah menerima lebih 200,000 unit tempahan kereta buat masa ini, namun Perodua kekal optimis untuk memenuhi permintaan tersebut sebelum 31 Mac 2023 bagi membolehkan pelanggannya menikmati pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Permintaan terhadap kereta keluaran Perodua meningkat secara mendadak setelah Menteri Kewangan mengumumkan bahawa pengecualian SST bakal tamat pada 30 Jun lalu. Pada hari terakhir sebelum tamatnya pengecualian SST, Perodua mencatatkan jumlah tempahan kereta tertinggi dalam satu hari iaitu sebanyak 25,100 unit. Tempah Sebelum 30 Jun 2022, Terima Sebelum 31 Mac 2023 Sekiranya pelanggan menempah kereta sebelum atau pada 30 jun 2022, Zainal berkata mereka bakal menerima kereta sebelum 31 Mac 2023 bagi membolehkan mereka terkecuali daripada dikenakan cukai SST. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, syarikat itu kini mampu menghasilkan kira-kira 28,000 unit sebulan bagi memenuhi tempahan itu menjelang suku pertama tahun hadapan. Ketika ditanya sama ada pelanggan ada membuat pembatalan tempahan setelah mendengar jumlah tempahan tertunggaknya, Zainal berkata jumlah pembatalan tempahan amat kecil. Tiada Kenaikan Harga Kereta Walaupun kos bahan mentah meningkat berikutan kejatuhan ringgit, Zainal berkata Perodua akan cuba menyerap kos tambahan dengan mengekalkan harga keretanya. “Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan, daripada harga bahan mentah, keadaan ekonomi Malaysia, kepada kuasa beli pelanggan,” jelasnya. Menurut Zainal, harga mereka masih dikekalkan namun beliau berharap bahawa mereka mampu mengekalkan harga tersebut sehingga hujung tahun ini. Masalah Kekurangan Alat Ganti Zainal berkata isu seperti tenaga kerja mahir dan kekurangan alat ganti masih wujud dan berharap pelanggan dapat memahami keadaan ini. "Kami ingin memohon maaf kerana pelanggan terpaksa menunggu lama untuk menerima kenderaan mereka dan kami sedang melakukan sebaiknya untuk meningkatkan lagi pengeluaran," katanya. Mengenai kekurangan alat ganti, katanya, perbincangan dengan pembekal dan rakan kongsi masih lagi berterusan untuk mencari komponen alternatif. Meskipun berdepan pelbagai isu, pengeluar kereta nasional itu masih mengekalkan sasaran jualan keseluruhan tahun ini sebanyak 247,800 unit.

Walaupun telah menerima lebih 200,000 unit tempahan kereta buat masa ini, namun Perodua kekal optimis untuk memenuhi permintaan tersebut sebelum 31 Mac 2023 bagi membolehkan pelanggannya menikmati pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Permintaan terhadap kereta keluaran Perodua meningkat secara mendadak setelah Menteri Kewangan mengumumkan bahawa pengecualian SST bakal tamat pada 30 Jun lalu.

Pada hari terakhir sebelum tamatnya pengecualian SST, Perodua mencatatkan jumlah tempahan kereta tertinggi dalam satu hari iaitu sebanyak 25,100 unit.

Tempah Sebelum 30 Jun 2022, Terima Sebelum 31 Mac 2023

Sekiranya pelanggan menempah kereta sebelum atau pada 30 jun 2022, Zainal berkata mereka bakal menerima kereta sebelum 31 Mac 2023 bagi membolehkan mereka terkecuali daripada dikenakan cukai SST.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, syarikat itu kini mampu menghasilkan kira-kira 28,000 unit sebulan bagi memenuhi tempahan itu menjelang suku pertama tahun hadapan.

Ketika ditanya sama ada pelanggan ada membuat pembatalan tempahan setelah mendengar jumlah tempahan tertunggaknya, Zainal berkata jumlah pembatalan tempahan amat kecil.

Tiada Kenaikan Harga Kereta

Walaupun kos bahan mentah meningkat berikutan kejatuhan ringgit, Zainal berkata Perodua akan cuba menyerap kos tambahan dengan mengekalkan harga keretanya.

“Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan, daripada harga bahan mentah, keadaan ekonomi Malaysia, kepada kuasa beli pelanggan,” jelasnya.

Menurut Zainal, harga mereka masih dikekalkan namun beliau berharap bahawa mereka mampu mengekalkan harga tersebut sehingga hujung tahun ini.

Masalah Kekurangan Alat Ganti

Zainal berkata isu seperti tenaga kerja mahir dan kekurangan alat ganti masih wujud dan berharap pelanggan dapat memahami keadaan ini.

“Kami ingin memohon maaf kerana pelanggan terpaksa menunggu lama untuk menerima kenderaan mereka dan kami sedang melakukan sebaiknya untuk meningkatkan lagi pengeluaran,” katanya.

Mengenai kekurangan alat ganti, katanya, perbincangan dengan pembekal dan rakan kongsi masih lagi berterusan untuk mencari komponen alternatif.

Meskipun berdepan pelbagai isu, pengeluar kereta nasional itu masih mengekalkan sasaran jualan keseluruhan tahun ini sebanyak 247,800 unit.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language