January 29, 2023
Selepas menolak gaji Perdana Menteri, PM Anwar Ibrahim telah menolak daripada menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli oleh Jabatan Perdana Menteri sebelum beliau memasuki pejabat dan lebih selesa untuk menggunakan Toyota Camry sahaja. Menurut Perdana Menteri, langkah itu diambil kerana beliau tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya. Sebaliknya, beliau telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian. Tolak Mercedes S600, Pilih Toyota Camry Presiden PKR itu ternyata lebih selesa dengan hanya menggunakan kereta jenis Toyota Camry bagi semua urusannya. "Kereta Mercedes tak sampai...saya pakai kereta ini (Toyota Camry) okay kan? Mana-mana kereta yang ada.” Jelasnya. Beliau turut memaklumkan bahawa Mercedes S600 itu telah dipesan oleh PM yang lalu, namun selepas semakan terperinci, ia sempat dibatalkan. Memandangkan model baharu ini tidak masuk ke pasaran Malaysia, berikut adalah beberapa model dan spesifikasi keluaran Mercedes-Benz yang mungkin merujuk kepada model terbabit: Mercedes-Benz S 600 Enjin 6.0 liter biturbo V12 Menghasilkan 530 kuasa kuda (hp) dan tork 830 Nm Transmisi automatik tujuh kelajuan 7G-Tronic Plus Harga lebih RM1.3 juta Mercedes-Maybach S 600 Guard Enjin 6.0 litre V12 biturbo Menghasilkan 530 hp dan tork 830 Nm Pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.7 saat Tahap perlindungan balistik atau kalis peluru tertinggi VR10 Harga RM2.3 juta Beliau turut menegaskan bahawa semua anggota Kabinet yang bakal dilantik tidak lama lagi supaya tidak membazirkan wang kerajaan bagi perbelanjaan tidak perlu, terutama untuk kerja baik pulih pejabat masing-masing. Perdana Menteri berkata, anggota Kabinetnya juga diingatkan tidak menggunakan peruntukan kerajaan bagi kemudahan peribadi, sebaliknya ia perlu diutamakan bagi mengatasi lonjakan kos sara hidup dihadapi rakyat ketika ini. Apa kurangnya Toyota Camry? Kereta yang lengkap dengan segala keperluan dan ciri-ciri terkini tanpa sebarang teknologi yang terlalu advanced menjadikan ia mudah untuk diselenggara. Enjin 2.5L yang menghasilkan 209 PS dan 253 Nm juga memberikan kuasa yang cukup ditambah dengan rekaan luaran dan dalaman yang mewah. Jadi adakah perbuatan menolak Mercedes S600 untuk sebuah Toyota Camry sedia adalah satu langkah yang betul dalam mengelak pembaziran. Apa kata anda? Lihat video Toyota Camry kami dibawah:  

Selepas menolak gaji Perdana Menteri, PM Anwar Ibrahim telah menolak daripada menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli oleh Jabatan Perdana Menteri sebelum beliau memasuki pejabat dan lebih selesa untuk menggunakan Toyota Camry sahaja.

Menurut Perdana Menteri, langkah itu diambil kerana beliau tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.

Sebaliknya, beliau telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian.

Tolak Mercedes S600, Pilih Toyota Camry

Presiden PKR itu ternyata lebih selesa dengan hanya menggunakan kereta jenis Toyota Camry bagi semua urusannya.

“Kereta Mercedes tak sampai…saya pakai kereta ini (Toyota Camry) okay kan? Mana-mana kereta yang ada.” Jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Mercedes S600 itu telah dipesan oleh PM yang lalu, namun selepas semakan terperinci, ia sempat dibatalkan.

Memandangkan model baharu ini tidak masuk ke pasaran Malaysia, berikut adalah beberapa model dan spesifikasi keluaran Mercedes-Benz yang mungkin merujuk kepada model terbabit:

Mercedes-Benz S 600

Enjin 6.0 liter biturbo V12
Menghasilkan 530 kuasa kuda (hp) dan tork 830 Nm
Transmisi automatik tujuh kelajuan 7G-Tronic Plus
Harga lebih RM1.3 juta

Mercedes-Maybach S 600 Guard

Enjin 6.0 litre V12 biturbo
Menghasilkan 530 hp dan tork 830 Nm
Pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.7 saat
Tahap perlindungan balistik atau kalis peluru tertinggi VR10
Harga RM2.3 juta

Beliau turut menegaskan bahawa semua anggota Kabinet yang bakal dilantik tidak lama lagi supaya tidak membazirkan wang kerajaan bagi perbelanjaan tidak perlu, terutama untuk kerja baik pulih pejabat masing-masing.

Perdana Menteri berkata, anggota Kabinetnya juga diingatkan tidak menggunakan peruntukan kerajaan bagi kemudahan peribadi, sebaliknya ia perlu diutamakan bagi mengatasi lonjakan kos sara hidup dihadapi rakyat ketika ini.

Apa kurangnya Toyota Camry? Kereta yang lengkap dengan segala keperluan dan ciri-ciri terkini tanpa sebarang teknologi yang terlalu advanced menjadikan ia mudah untuk diselenggara. Enjin 2.5L yang menghasilkan 209 PS dan 253 Nm juga memberikan kuasa yang cukup ditambah dengan rekaan luaran dan dalaman yang mewah.

Jadi adakah perbuatan menolak Mercedes S600 untuk sebuah Toyota Camry sedia adalah satu langkah yang betul dalam mengelak pembaziran. Apa kata anda?

Lihat video Toyota Camry kami dibawah:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language